RUSUHAN DIMESIR
KAHERAH – Pemerintah Mesir semalam memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat.
Bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei dan Persaudaraan Muslim turut menyertai protes tersebut walaupun terdapat amaran bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas untuk mematahkan gelombang kebangkitan itu.
Ketiadaan perkhidmatan Internet menghalang akses ke laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi alat komunikasi utama para penganjur protes.
Polis Mesir mengalami kesukaran untuk berdepan dengan penunjuk perasaan yang telah bertempur selama tiga hari. Mereka menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran bahawa keganasan bukan penyelesaian di Mesir.
Obama turut meminta kedua-dua belah pihak mengawal perasaan dan menggesa Hosni agar melakukan perubahan politik.
“Ini adalah waktu kritikal dalam hidup rakyat Mesir. Keinginan untuk berubah mesti dihormati. Rejim tidak boleh menggunakan kekerasan ke atas peserta demonstrasi,” kata Elbaradei yang lantang mengkritik Hosni dan menyatakan kesediaannya untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta berbuat demikian.
Demonstrasi itu mendapat ilham daripada Revolusi Jasmin yang berlaku di Tunisia baru-baru ini sehingga mengakibatkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan.
Setakat ini, lima penunjuk perasaan dan dua anggota polis terbunuh di Mesir manakala 100 yang lain cedera.
Seorang pegawai keselamatan memberitahu kira-kira 1,000 orang telah ditahan sejak tunjuk perasaan bermula pada Selasa lalu.
Para aktivis menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menuntut hak untuk hidup dengan penuh kebebasan dan bermaruah.
Hosni dianggap sebagai presiden yang tidak membawa pembaharuan ekonomi.
Hampir separuh daripada 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan berdasarkan kadar pendapatan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu AS (RM6.11) sehari.
Negara itu mempunyai pendidikan yang berkualiti rendah, kadar pengangguran tinggi telah menyebabkan penduduk gagal memperoleh keperluan hidup yang sempurna.
kalau kita dekat sini bergembira seadanya,kita tak tahu ape yang berlaku diluar sana,
kalau lah sedang enak kita menikmati makanan di sini tetiba ada rusuhan yang berlaku diluar sana,semua itu susah kita nak duga bukan,
kalau sekarang ada sahaja yang sedang nyenyak tidur sampai mimpi balik malaysia,
hati aku gelisah mendengar berita yang sedanga hangat sekarang,
ayah ada cakap dengar berita ada rusuhan dekat mesir sekarang,
aku buat tak endah benda tu sebab aku ingat bende tu biasa-biasa,
bila dah makin ramai yang berdiskusi tentang rusuhan ini,hati aku mula terdetik utk menyelongkar segala jenis berita yang tertera dalam internet ini,even aku pakai broadband aku still jugak berusaha untuk melihat kesahihan berita ini,
YAALLAH,betul la ape yang diperkata orang,dalam fb aku jugak ramai yang tengah mewawarkan berita ini,sempat jua aku copypaste ayat yang kawan aku dari mesir cakap tapi ditranslatekan oleh humaira'
'meme pun..ni, sakni call kak marje, nak tahu perkembangan sano.. perintah darurat di keluarkan.. kena berkurung dalam rumah.. internet dan telefon rumah dimatikan. kereta kebal lalu lalang depan rumah, banduan dilepaskan, pembunuhan meningkat.. diorang tak tahu nak buat gapo2 lagi, sakni maso call kak jea tu, dio duk nangis, bergelap dalam rumah, rumah tak leh pase lampu.tu dari kawan kite'
takutkan,sedangkan aku yang mendengar rasa tersentuh hati,rasa bimbang menguasai diri,kerana kedudukan kami jua bukan lah jauh sangat dari tempat itu,dan dengar-dengar tunjuk perasaan ini sudah mula merebak sedikit demi sedikit memasuki negara jordan ini,,
mesir yang menjadi tumpuan sekarang,kerana disana terlalu ramai kewujudan pelajar malaysia yang sedang berjuang untuk menuntut ilmu,aku khuatir terjadi sesuatu terhadap mereka,,cube bayang kan kalau situasi ini berlaku pada kita,apa kita harus lakukan dan apa kita nak lakukan,
aku berharap agar tiada apa2 yang akan berlaku tehadap kamu rakan seperjuanganku,
kami disini akan sentiasa mendoakan keselamatan kalian,
k.teh:jage diri kamu....
sahabat-sahabat yang lain jua,jage diri kamu,
insyallah kamu akan selamat....
insyaallah...