Wednesday, March 30, 2011

melepasi sekolah menengah:)

destinasi kita seterusnya sure-sure institusi pengajian tinggi yang ada didalam serta diluar negara bukan,

begitu jugak dengan aku hari ini,
genapla 6bulan lebih aku disini dibumi jordan,yang mana tiap-tiap pagi kaki aku akan berpijak di atas tanah-tanah di university al-bayt ini,
sometime rasa macam tak percaya je aku dekat sini,kalau jalan sorang-sorang balik dari kelas ke mesti terpiki betul ke aku dekat sini dah sekarang.
kalau dekat rumah dulu ayah ada cakap:

-study dekat jordan nanti cukupla empat tahun.

bila dah sampai sini memang la aku nak study 4tahun saje tak nak lebih,
dan aku kena makesure kan aku ambik madah betul-betul kena dengan aku punya tahun bukan,

tapi bila dah sampai sini,ramai sangat yang push cakap rugi kalau ambik madah sikit sebab kita nak balik awal bukan,
yup that's right,
tapi kita kena ingat niat kita balik,datang sini kerana nak tuntut ilmu dari ulamak-ulamak sini yang terdahulu,
aku bukan tak setuju dengan pendapat mereka yang nak balik dengan tergesa-gesa,
tapi,sometime aku terpiki kenapa nak tergesa-gesa sedangkan ilmu yang kita dapat tak cukup mantap untuk kita bawak balik malaysia bukan,
sedangkan ilmu itu nanti kita akan ajar pada mereka anak bangsa kita suatu hari nanti,
siapa yang tak nak berjaya?tanyala budak tadika pun pasti jawapan mereka tetap macam aku,nakkan kejayaan,tapi yang pasti biarlah kejayaan itu didunia dan jugak diakhirat kelak.

mungkin pendapat orang lain-lain,kita tak sama,aku jugak nak habiskan aku punya degree disini hanya dgn 4tahun.dan aku harapkan ilmu yang aku dapat,aku boleh sebarkan buat mereka ahli keluarga aku terdahulu,dan seterusnya mereka anak bangsa malaysia.pleass doakan aku...


menanti debaran untuk KARISMA malam esok:)

Tuesday, March 29, 2011

ikatan yang kekal

ada doktor tanya'ada tak kawan awak yang sangat-sangat rapat tapi last2 gaduh?'dan awak tinggalkan dia macam tu je.

-dulu,kalau dekat sekolah,semua benda aku nak buat dengan mereka kawan aku,
-nak pegi mana-mana pun mesti aku nak dia ada sekali dengan aku,
-aku nak mak aku kenal dia,sama jugak aku nak mak family aku kenal family dia,
-kalau beli something aku nak yang agak sama dengan dia,
-kalau nak kuruskan badan pun aku akan ajak dia sekali,
-kalau aku sedih dia ada,
-kalau dia sedih aku ada,
-kalau dia ada masalah aku nak aku orang first yang tahu,
-kalau dia gembira aku pun tumpang sekali,
-kalau ada event ape2 kami akan buat sesama,
-kalau buat kerja tak berapa baik pun sekali,
-kalau buat benda baik pun sekali,
-kalau ada rahsia kami akan sama-sama keep it as a secret,
-kalau boleh aku nak mereka tahu aku sayang mereka lebih dari aku sayang diri aku,

dekat sini,macam-macam aku jumpa orang,dan betullah mereka semua bukan orang yang sama,

-ada yang suka puji diri sendiri,
-ada yang buat bodoh je kalau orang nak cakap ape dekat dia,
-ada jugak yang pentingkan diri sendiri,
-ada yang suka tunggu kawan dia,

dan sekarang baru aku sedar,sekali kita tuding jari dekat orang lain,berpuluh jari akan tuding dekat kita,
kita selalu nak orang yang perfect untuk kita,
tapi,adakah kita piki macamane nak sempurnakan diri kita untuk orang lain?

semoga hari esok kita akan lebih banyak belaja untuk menghargai diri kita buat orang lain...

Sunday, March 27, 2011

:menangis boleh:

ALLAH paling tak suka tengok orang menangis melampau-lampau.
contohnya:bila kita ditimpa musibah atau ujian kita menangis tersedu sedan.
lagi,bila ada kematian kita menangis bagai nak rak,
tahu bukan dalam islam menangis macam tu tak diharuskan,
aku baru perasan benda ni bila ada orang yang cakap dekat depan mata aku tadi,
kejadian yang tidak diingini berlaku pada diri sendiri dulu membuatkan segala jenis pokok zaitun dekat tepi jalan pun naik menyampah dengan aku,sebab ia tau menangis meraung-raung itu adalah salah,betapa ceteknya aku time tu,
betapa aku tak sedar ketika itu,tak malu ke aku time tu?
tapi insyallah aku tengah dalam proses belaja untuk mengawal perasaan aku sendiri,
kerana aku ingin menjadi seorang yang kuat.

Sunday, March 20, 2011

:sakura time:


myamira yang menjadi model pada petang khamis lalu,


aku tau tak lawa pun,tapi still aku mencuba.


dah jadi minat aku suka ambik gambar,


nasibla mira sporting.


yang lastnya she snap mypict also.

pagi yang damai.aku berjaya untuk tidak tido pada pagi ini,hehehehe.
ye la dari pagi tadi lepas subuh tu aku tahan mata aku dari terus mengantuk.
dapat jugak buat senaman ringan pagi ni,sebab tak nak lemak-lemak menguasai dunia aku!.
kalau semalam aku story dekat korang sal bayi kan,hari ni aku saje je nak share ape yang aku buat dengan missmyamira pada khamis lalu,
disebabkan kami ni agak renggang dua tiga bulan ni,so she ask me to round one of jam'iah albayt ni,sambil-sambil makan icecream.

dah alang-alang she bring the camera along with us,aku ape lagi,start r photoshot bersama dia.
and she be a model for that day.ape lagi suka la budak tuh.

dan gambar diatas itu hasil dari tangan aku,act banyak lagi,tapi malas nak post banyak-banyak pagi buta ni.cuma agak lain sedikit sebab gambar itu telah aku edit sedikit,ada yang aku sepiakan ia.dn aku letak kan mylink.
.saiabaekhati.blogspot.
betul lah kan tak semestinya camera DSLR yang aku duk gila-gilakan saje dapat bagi gambar itu jadi lawa.camera biasa pun dapat.cume kalau diberi peluang sure aku nak camera DSLR tu.

oke.going to out now!nak pegi kelas!

dia adalah anugerah dari ALLAH.


gambar ini sekadar hiasan,isinya nanti tiada kena mengena okey.

mukanya memang suci dari sejak dia dilahirkan,
dia bersih dari dosa,
dia tidak mengetahui apa-apa,
yang dia lihat hanya warna warni yang bermain disekeliling dia,
kalau dia lapar dia akan menangis,
dan kalau ada yang mengusik dia,dia akan senyum,

tapi kecerian yang keluar dari mata dia bukan lah selamanya indah,

kerana,ada dikalangan dia akan dibuang selepas lahir,
kenapa?malapetaka apa yang dibawa sampai mereka dibuang,

baru2 ini di china,satu berita yang amat mendukacitakan,
apabila seorang perempuan telah mengeluarkan janimnya,
selepas itu telah merebusnya,
dan kemudian dimakan janim itu,
dan satu ayat yang keluar dari mulut mereka yang makan janim tersebut adalah.
"sedap"
manusia jenis apa kah kamu semua?
memang dia bukanlah seorang islam,tapi,tidak timbul kah dalam hati mereka bahawa bayi itu adalah manusia jua,
tidak timbulkah rasa belas kasihan dalam jiwa mereka?
seluruh jiwa dan raga aku terketar2 mendengar cerita tersebut,keluar segala jernih airmata aku kerana perbuatan manusia itu,
ada jugak mulut-mulut yang mendengar cerita ini mengatakan,
"zalim"
memang,kalau boleh bukan setakat zalim aku nak bagi segala jenis raja permaisuri zalim tu kalau ada aku nak bagi dekat manusia itu.
tapi siapa kita,kita hanya mampu menbenci kejahatan yang bermain didepan mata kita bukan,kita tidak cukup kuat untuk melawan semua ini,
apa yang kita dapat buat adalah berdoa,agar mereka semua diberi petunjuk oleh
ALLAH.

sayangilah mereka.kerana mereka anugerah dari ALLAH,dan sebelum kita meningkat dewasa kini kita jua sama seperti mereka.

Tuesday, March 15, 2011

ada rasa habuk dekat mata tak

hai,lame kan tak post story2 dekat sini,sory sangat i'm so busy lately ni,ada exam lagi,petang tadi baru settle,alhamdulillah,
erm,okey what the news now?ape erk,tak tau la,tapi yang pasti alhamdulillah semangat semakin kuat untuk terus hidup,

exam tadi tersangat la lucu,sebab aku memang tak paham soalan yang doc bagi yang soalan last tapi semoga semuanya berjalan dengan baik,dan natijahnya berpatutan dengan usaha aku.
bila tengah kusyuk sangat tengah jawab2 exam tadi,terpandangla sorang budak arab ni,
dia punya syarah panjang gila la beb,sampai habis satu mukasurat kertas tu dia syarah,hmm,aku pun tak tau la ape yang dia syarah,tapi bagi mereka suatu kebiasaan sebab tengok tempatla kami study dekat mane bhai,

kalau dekat malaysia dulu nak bukak buku pun tunggu mak dengan ayah suruh dulu,tapi
alhamdulillah dekat sini aku berada dekat dengan kakak aku berdua ni yang memang kuat sangat study,dan memang best student la,
kakak:saya mahu jadi macam awak!cemerlang,

kalau rasa hati tak kuat dengan dugaan dekat sini aku cepat2 ingat yang aku jauh dari keluarga,
kalau ada je masalah yang datang menimpa,aku cepat2 ingat aku kena matang untuk hadapi semua ini,
sebab kata orang,aku dah 20,memang angka usia bukan melambangkan kematangan
seseorang.tapi aku rasa dah sampai masa untuk aku mematangkan diri aku sendiri,

kalau nak piki pasal kawan,atau sahabat sampai akhirat pun tak habis bukan,
sebab aku tau zaman sekarang susah sangat nak cari kawan yang sanggup mati kerana kawan bukan,salah aku ke semua ini terjadi?
kadang2 aku pelik,kenapa mereka yang dulu memang rapat gile dengan aku dulu,
sekarang,nak tengok batang hidung mereka pun susah,
adakah sebab aku jarang bertanya kaba korang?
kalau dulu semua nak sekali,tapi sekarang aku jalan pun sorang2.
aku rasa lagi baik aku kawan dengan orang yang aku tak kenal dari kawan dengan orang yang memang aku hormati,

apa yang aku harapkan selalu,
ikatan aku dengan kalian akan berkekalan sampai bila2,
memang aku kalau berkawan aku akan masuk kan terus dalam hati aku,
dan apabila aku berkecil hati,susah utk sembuhkannya,

tapi,jangan khuatir,kerana semua itu hanya ada pada diri aku yang dulu,
kerana sejak beberapa hari ini,satu anjakan paradigma telah menembusi kedalam hati,minda dan jugak jiwa aku,

terima kasih ALLAH kerana hadiahkan aku ujian yang membuatkan aku lebih matang untuk menghadapinya,
dan aku tau,ENGKAU tidak akan memberi ujian yang tidak mampu kami tanggung,

ALLAH

Thursday, March 10, 2011

alasan yang tidak munasabah.

sekali aku berkawan sampai bila2 aku ingat mereka kawan aku.

even orang buat jahat dengan kita,
jangan kita balas setimpal dengan apa yang dia buat pada kita betul tak?