Monday, February 6, 2012

merenung sejenak.


assalamualaikum,saya kira agak lama saya menyepi diruangan bloggerkan,
tapi tak mengapa kerana blog ini bukan blog yang agak famous dari blog-blog lain,
seperti biasa,sem baru sudah pun mula menyingkap cebisan-cebisan yang akan menjadi kenangan dalam masa 4bulan ini,

hidup kita kadang-kadang kita gembira sangat-sangat sehingga kita terlupa yang kegembiraan itu datangnya dari Allah untuk kita hilangkan sekejap kedukaan kita,
dugaan datang silih berganti,memberi ruang agar kita sentiasa dekat denganNya,
untuk mencari kekuatan itu,semakin Allah sayangkan kita,semakin banyak ujian yang diberi buat kita.itu salah satu janjiNya buat kita.

kita selalu lalai dalam mengingati Allah dan Rasul kesayangan kita,hingga hari kelahiran baginda baru kita tersedar yang kita sebenarnya cukup bertuah dilahirkan didalam islam,
kita leka,
kita alpa,
kita sombong,
kita lalai,
kita riak,
peringatan buat diri.

namun alhamdulillah,kita cepat tersedar,kerana itulah diri kita terkenal dengan nama manusia.
asal perkataan yang membawa maksud pelupa.

tiada tempat untuk meluahkan segala rasa,namun keyakinan membangkitkan diri untuk terus bersujud dalam keenakan orang sedang bermimpi,namun masih kaku,mungkin jua keikhlasan itu masih tidak menonjolkan diri,
mencari-cari dimanakan usaha untuk terus berjaya dalam meniti dan mencari ilmu dibumi yang pemiliknya adalah Allah.seandainya suara sahaja yang lebih,belum tentu hasilnya dapat dilihat.
mencari-cari dimana silapnya,sdangkan diri benar-benar ingin berubah untuk kearah yang lebih baik,
namun sampai ke hujung tidak terjumpa,
terlalu banyak titik-titik hitam yang meresap didalam tubuh,yang terlalu penting bagi jiwa kita seorang muslimin.hati.

satu ungkapan yang saya rasa cukup memberi kesan buat diri,kita memang penuh dengan dosa,tetapi Allah tengok pada usaha kita,tengok macam orang cina,mereka penuh jugak dengan dosa.tetapi kenapa mereka berjaya?sebab mereka usaha.bukankah Allah mengatakan usaha dulu baru bertawakkal.
satu ungkapan juga yang buat diri berfikir,kenapa kita selalu cemburu dengan manusia yang bahagia,
namun jawapanya cukup simple,kita dapat lihat dia gembira diriak wajahnya,tapi kita tak tahu apa yang bermain dihatinya.tersentap.

saya tinggalkan anda dengan sebuah kata-kata yang saya dengar dari seseorang yang saya kira kagum dengan bakat tulisannya tentang islam.
Rasuluallah tidak pernah mengecewakan sahabat-sahabatnya,walaupun baginda seorang yang cukup sibuk dengan urusan dunia dan akhirat,baginda masih sempat buatkan cucunya rasa terhibur dalam keadaan
baginda sedang solat,dan baginda selalu bergurau dengan cucu-cucunya,namun baginda tidak pernah lupa tentang sahabat-sahabat baginda,
bahkan baginda tidak pernah melukakan hati sahabat-sahabat baginda,

by:nurhasnida