Sunday, January 30, 2011

kembali kosong:)



tak lena tido kot semalam bila jiwa meronta-ronta pikikan semeste kedua ini,exciter kot,rasa macambudak yang baru nak masuk darjah satu kan,

selalu kalau lepas subuh memang sure-sure aku bikin tahik mata je keje,
tapi pagi tadi tak tahu la mimpi ape yang aku dapat semalam,
tetiba je bangun solat subuh je terus tak rasa macam nak buat aktiviti yang selalu aku buat tu,lagipom memg dah niat nak berubah kot,

seawal mungkin pagi ini aku bersama kawan aku pergi ke tempat yang namanya
MARKAZLUGHAH,exciterd nak blaja bai,
tapi doc pulak cakap hari selasa baru ada kelas,tak kisah pom act,dapat jugak jalan-jalan jamiah pagi tadi,dalam hujan lagi,aduh,teringat saat-saat romantik kot,

hey,sahabat kami ada yang dah berpurdah menjelang semeste kedua ini,alhamdulillah,
adala sorang kawan aku ni cakap,imagine tak kalau nida jalan dengan dia macam mane erk?yer la aku ni tak sah kalau hidup aku tak brutal,
tadi pom aku dah kalut semacam je,dah kalau aku exciterd semua benda akan jadi kalut,
sampai kawan aky=u selalu tapiskan ape yang aku buat,
aduh,,,

tapi,ada pelajar baru kot dari china,comel sangat mereka-mereka tadi,

bila dah start sem baru ni,mula la berduyung-duyung orang lalu lalang tempat yang selalunye tiada orang tu,lagi-lagi hari ni hujan je memanjang,nak jalan pom rasa macam tak selesa,tapi suka tetap suka,macam yang kawan sabri hj ismail cakapla,
'suka is suka' 'like is like'
aku pom tak berape nak faham sebenanya,abaikan,

'nida dah free dah sekarang'
tak akan rasa terikat dengan sesape,dan aku hepy bila dengar kamu pilih orang yang lagi baik dari aku,
walau papepom kite tetap kawan,dan kawan akan sentiasa doakan kebahagian kawan dia,


awk:semoga berbahagia:)

Saturday, January 29, 2011

doa buat mereka yang sedang berjuang mencari ilmu disana




RUSUHAN DIMESIR
KAHERAH – Pemerintah Mesir semalam memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat.

Bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei dan Persaudaraan Muslim turut menyertai protes tersebut walaupun terdapat amaran bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas untuk mematahkan gelombang kebangkitan itu.

Ketiadaan perkhidmatan Internet menghalang akses ke laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi alat komunikasi utama para penganjur protes.

Polis Mesir mengalami kesukaran untuk berdepan dengan penunjuk perasaan yang telah bertempur selama tiga hari. Mereka menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran bahawa keganasan bukan penyelesaian di Mesir.

Obama turut meminta kedua-dua belah pihak mengawal perasaan dan menggesa Hosni agar melakukan perubahan politik.

“Ini adalah waktu kritikal dalam hidup rakyat Mesir. Keinginan untuk berubah mesti dihormati. Rejim tidak boleh menggunakan kekerasan ke atas peserta demonstrasi,” kata Elbaradei yang lantang mengkritik Hosni dan menyatakan kesediaannya untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta berbuat demikian.

Demonstrasi itu mendapat ilham daripada Revolusi Jasmin yang berlaku di Tunisia baru-baru ini sehingga mengakibatkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan.

Setakat ini, lima penunjuk perasaan dan dua anggota polis terbunuh di Mesir manakala 100 yang lain cedera.

Seorang pegawai keselamatan memberitahu kira-kira 1,000 orang telah ditahan sejak tunjuk perasaan bermula pada Selasa lalu.

Para aktivis menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menuntut hak untuk hidup dengan penuh kebebasan dan bermaruah.

Hosni dianggap sebagai presiden yang tidak membawa pembaharuan ekonomi.

Hampir separuh daripada 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan berdasarkan kadar pendapatan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu AS (RM6.11) sehari.

Negara itu mempunyai pendidikan yang berkualiti rendah, kadar pengangguran tinggi telah menyebabkan penduduk gagal memperoleh keperluan hidup yang sempurna.

kalau kita dekat sini bergembira seadanya,kita tak tahu ape yang berlaku diluar sana,
kalau lah sedang enak kita menikmati makanan di sini tetiba ada rusuhan yang berlaku diluar sana,semua itu susah kita nak duga bukan,

kalau sekarang ada sahaja yang sedang nyenyak tidur sampai mimpi balik malaysia,
hati aku gelisah mendengar berita yang sedanga hangat sekarang,
ayah ada cakap dengar berita ada rusuhan dekat mesir sekarang,
aku buat tak endah benda tu sebab aku ingat bende tu biasa-biasa,
bila dah makin ramai yang berdiskusi tentang rusuhan ini,hati aku mula terdetik utk menyelongkar segala jenis berita yang tertera dalam internet ini,even aku pakai broadband aku still jugak berusaha untuk melihat kesahihan berita ini,

YAALLAH,betul la ape yang diperkata orang,dalam fb aku jugak ramai yang tengah mewawarkan berita ini,sempat jua aku copypaste ayat yang kawan aku dari mesir cakap tapi ditranslatekan oleh humaira'

'meme pun..ni, sakni call kak marje, nak tahu perkembangan sano.. perintah darurat di keluarkan.. kena berkurung dalam rumah.. internet dan telefon rumah dimatikan. kereta kebal lalu lalang depan rumah, banduan dilepaskan, pembunuhan meningkat.. diorang tak tahu nak buat gapo2 lagi, sakni maso call kak jea tu, dio duk nangis, bergelap dalam rumah, rumah tak leh pase lampu.tu dari kawan kite'

takutkan,sedangkan aku yang mendengar rasa tersentuh hati,rasa bimbang menguasai diri,kerana kedudukan kami jua bukan lah jauh sangat dari tempat itu,dan dengar-dengar tunjuk perasaan ini sudah mula merebak sedikit demi sedikit memasuki negara jordan ini,,

mesir yang menjadi tumpuan sekarang,kerana disana terlalu ramai kewujudan pelajar malaysia yang sedang berjuang untuk menuntut ilmu,aku khuatir terjadi sesuatu terhadap mereka,,cube bayang kan kalau situasi ini berlaku pada kita,apa kita harus lakukan dan apa kita nak lakukan,

aku berharap agar tiada apa2 yang akan berlaku tehadap kamu rakan seperjuanganku,
kami disini akan sentiasa mendoakan keselamatan kalian,

k.teh:jage diri kamu....
sahabat-sahabat yang lain jua,jage diri kamu,
insyallah kamu akan selamat....


insyaallah...

time:2.30

bangun pagi pagi dah ada orang call suruh pegi program,adoiiii...tak nak dan memang aku buat apa yang aku cakap,
bila terlajak tido sampai pukul 12..gila kan anak dara jenis apa la aku ni kan,
bia la lantak ko la nak piki aku ni anak dara jenis apa,ada aku kesah?

ALLAH tak akan memnbeza-bezakan hamba-hambanya,
so kenapa kita perlu berpecah kalau kita diberi peluang untuk bersatu kan,

orang sedang cerita2 dah sekarang,
kalau ada kuasa semua kita boleh buat,
kerana semua kerja ini atas kuasa,

kalau dari mata kasar satu kumpulan itu nampak GAH,
tapi tetap nampak kecil je kumpulan itu,
kerana kekurangan kuasala.
orang cakap la,

dalam tengah-tengah bercerita baru baru ni tertimbul bab-bab macam ni,rasa macam tertarik nak tau lebih lanjut,lagi-lagi orang bercerita itu seorang yang mengeluarkan kata-kata yang bernas,

katanya,tak semestinya orang yang berpakaian tak senonoh tu tak baik,
kadang kadang orang yang pakai jubah,tudung bulat tu lagi teruk dari orang yang free hair kot,
okey,cuba renung balik,dan piki lebih baik,jgn piki dari aspek yang kecik,tapi piki dari secara terbuka,
ye memang betul salah bagi dari segi agama mereka berpakaian begitu,
tapi siapa kita nak menentukan dosa dan pahala seseorang hambanya itu,

aku tau bila aku buat post yang macam ni akan menimbulkan kontroversi bagi mereka yang membacakan,aduh,
lantak korang la,ini rasa dan pendapat aku,apa aku nak buat aku punya suka,tapi kalau aku salah tolong tunjuk ajarkan,
masing masing ada pendapat masing-masing kan,
tapi ini jugak blog aku,aku punya suka la nak coret pape pom kan,

rasanya tak perlu kot nak bertikam lidah nak cakap sesape salah sebab kalau dia buat sesuatu pasti ada kepentingan bagi diri dia kot,

act,aku tak tahu apa yang aku cerita pagi ini,sesaje rasa nak tayang tulisan dekat depan aku punya blogger kan,
kalau korang tak nak baca tak payah baca,
kalau dah baca tu tak payah nak komen ape ape,
sebab ini aku punya pendapat,kalau korang nak letak pendapat korang letak dekat korang punya blog okey!

bai,

Friday, January 28, 2011

langkah yang baru bersama doa dan azam yang baru



langkah yang banyak seribu satu azam yang baru,
petang bersama memberi kekuatan pada minda mencari idea utk terus mengarang cerita cerita aku dalam blogger ini,even aku tahu cerita aku tak menarik perhatian korang,
tapi aku still lagi buat tak tau,dan still lagi jari aku bermain atas keyboard ini,

okey,winter break dah pom nak melabuh kan tirainya kan,
first time kot cuti sem macam ni rasa macam lucu je,
satu bulan telah memberi aku ketenangan yang terlampau cukup kot,memang kosong terus minda aku kali ini,tak piki langsung sal stdy,dah name cuti sem,nak kena bersihkan minda utk memprepare kan diri dan minda utk sem depan pulak kan,

bercuti bersama,
iman,asmaq,fatimah,fatehah,amirah,humaira',yasmin,mila,ra,
lagi lagi...
amat lah seronok,even penat tapi seronok,sampai kan last destinasi kami battle of yarmouk kot,semoga percutian ini bagikan kami byk pengalaman yer...

okey dah,lusa dah start semester kedua,
aku kena menyediakan diri sendiri dari segi mental dan fizikal dah skang,
pengalaman dulu aku jadikan pengajaran buat aku,supaya aku tak lagi lalai dengan permainan di sekeliling aku,
benda yang lepas aku dah tanam dalam tanah dah,aku dah tak nak gali balik dah,aku nak biar terkubur dalam sana,
apa aku nak aku harap dan aku inginkan,aku dapat buat yang lagi baik kalau blh berlipat kali baik dari yang lepas,okey!

p/s:ko dah tak boleh malu malu dah nanti kalau ko taknak org pijak pijak ko mcm pijak tanah...
sambil senyum nampak gigi...

no idea



rendahkan dirimu,serendah rumput hijau yang segar dibumi allah,
dan tinggikan cita citamu setinggi bintang dilangit,

don't juged a book by the cover kan,
tu semua orang cakap,aku pom kadang kadang mengiakan apa yang dikata,
sebab memg betul kan,
rambut je sama hitam tapi hati lain lain,
aku penah cakap kt sorang member aku ni,
ko tak boleh nak suruh aku jadi macam ko,
sebab aku is aku,
hati aku dengan ko lain,pemikiran kita jua berbeza,
so hidup kita jugak mengikut pendapat yang lain lain,
so tak payah nak heran kalau aku kasar,

aku ada kanan kiri depan dan belakang,setiap penjuru hidup ini masing masing ada ceritanya kan,ada sedih ada gembira,

ada jugak yang kalau ada masalah dia senyap je,tapi tengok tengok menangis je,
ada pulak yang cakap kalau aku ada masalah aku nk story dekat org lain,

bagi aku,aku tak rasa nk ikut orang lain,bia je aku macam ni kalau aku rasa nak cerita aku cerita,dan betul la kalau orang cakap kita tak boleh nak suruh orang tu ikut macam kita buat,sebab dia bukan kita,dan kita bukan dia,

berbalik kepada rasa sedih dan gembira,
okey,rasa itu semua datangnya dari allah,
sedih atau gembira kita kena ingat pada allah,sebab yang mendatang kan rasa itu hanya allah,
tipula kalau aku cakap kawan,kalau rapat mane pom dia dengan kita,dia tak penah terasa dengan kita kan?
even humaira' tu pom kadang kadang fedup dgn perangai aku betul tak deq?
tak mengapa sbb aku tau semua tu,tapi aku untung sangat dapat kawan macam dia sebab dia dapat terima kekurangan dan jua kelebihan aku,tapi dekat mane kelebihan aku pom,aku tak tau,tapi semua bende ini yang betul2 nampak ketulusan kita hanya allah kan,so tak payah nak tunjuk lebih lebih,nantikan ada je yang cakap kita ni menunjuk2,

satu pepatah ni penah cakap,
apa yang kita harap kan dari teman kita,
kita nak teman kita syg kita balik kan,
tapi kalau dia tak sayang kita jgnla kecik hati,
sebab mungkin usaha kita masih tak cukup utk buat dia sayang kita,

seorang sahabat yang betul betul sahabat,
dia akan menerima kita seadanya,
dia akan ikut apa yang kita nak,tapi dlm waktu y sama dia akan menegur seandainya kita buat sesuatu yang salah,
dia takkan cepat melenting,dan tak mudah terasa dengan bnd kecik,

sekarang ni,ingat senang ke nak cari sahabat yang macam menepati ciri2 di atas?


metured?

Monday, January 24, 2011

dalam kasar ada kelembutan,
dalam sombong ada sopan,

kenangan lalu masih rapi dalam ingatan sampai bila bila



yakin atau tidak korang tetap dalam hati sampai habes study kita dekat sini,
melawak je la wey,

cuti semester ni banyak sangat masa kita spend together gether kan,
kita pegi irbid,
irbid turun mafraq la,
kita pegi amman sesama,
kita pg mu'tah,
aqobah je yang tak sempat pegi,planning bukan main rapi tup tup pegi nye tidak kan,
kita pegi maen go kart sesama sampai dua tiga round kita belasah litar tu,
kita maen cawan yang putar2 tu lagi la,
nak pecah kot perut aku gelak dengan korang,

tapi percaya kan setiap kegembiraan pasti ada kesedihan,
dalam kita harungi cuti kita sesama pasti ada yang terkecik hati,
terkesok hati,
tersinggung rasa,
segala jenis ter la,
memang kalau dah nama kawan pasti rasa tu semua orang akan kutip sikit demi sikit kan,
ko tak puas hati dengan aku,aku tak puas hati dengan ko semua ada,
tapi result dia kita teap tegether gether kan,
sebelom cuti korang tau masalah aku apa kan,
korang still jugak nk buak aku hepy dengan lawak korang yang tak lawak tu,
hmmm aku terhibur sangat even aku tahu tak lawak pom,
terima kasih...

satu je aku nk korang buat demi aku,
jangan la korang buat jalan korang je kejap lagi,
ada pape korang still dengan aku k.

Sunday, January 23, 2011

cerita cinta islamik..



tengok ini cerita cepat tau,best sangat,lagi lagi kalau dengan asyraf muslim jadi pelakon,waaaa exciterd kot,first tu tak nak tgk ye la tgk tajuk pom,

ustaz amirul

ape benda cerita kan,tapi bila dah ada yang cakap rugi nida tak tengok baik tengok cepat,act semalam aku nak tengok cerita ini,tapi line internet plak buat hal,
tup tup masuk bilik internet pagi ni line laju nak mati kot,
terus ingt cerita ni,bukak je memang tak ade yang tersekat sekat macam korang naik kereta ada bonggok tu kan,

okey,serius ustaz amirul memang hensem tahap cipangla,cerita dia mcm kisah kisah cinta islamik gitu,hmm,bila ustaz amirul terpaksa melanjutkan pelajaran dia dekat mesir,dia terpaksa tinggalkan adawiah kekasih diala,sedangkan family kedua dua tu memang dah plan tuk menyatukan mereka,tapi terpaksa pergi jugak,tapi silap jugak ustaz amirul tu dia pergi tinggal kan mesir 13tahun tak bagi kaba berita pom,
dan adawiah tu plak telah lari dari kg tu,act bukan lari la tapi pergi mencari ketenangan,dan bila si ustaz tu balik nak tuntut balik janji tu adawiah tiada,

dan episode dia akan bersambung,sebab kat television pom episode 3 baru aku tgk....

ada je pengajaran cerita ni,
yer la bila amirul dengan adawiyah tu stdy di form5 diaorang memang dah berkasih,
tapi tak pernah pegang2 ni,setiap percakapan mereka jugak mereka masuk kan unsur pengajian,ada satu ayat yang buat aku tertarik,
'janji yang di ikat oleh allah akan berkekalan sampai bila2'

tengok tau....

Saturday, January 22, 2011

mood:tak nak situasi macam ni

selamat pagi cinta:ececececeh bajet kot cinta tuh...

kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai kan..

kata orang orang la,
cinta tu boleh buat kita buta,
kenapa nak buta kalau tak nak kan?

kata orang orang lagi,
cinta itu indah?
kata aku,
betul ke?

kata orang,
aku sayang gila ar kt awek/pakwe aku,
knp syg mereka mcm mereka hati ko?

kata orang lagi,
ko tak kan rasa sbb ko tak penah berada dlm situasi mcm ni..
sebab aku memang tak nak rasa bnd tuh,
tak payah tanya aku knp,
sbb aku memang tak ada jwpn nye...

yang pasti aku tau,kita memang diharuskan mengasihi saudara seislam kita...
hai,mungkin kalau korang perasan entry kali ini mcm nk tuju tuk seseorang kan,lantak korangla nk pk ape,yang pasti aku tahu jari aku yang gatal2 menaip tuk menulis semua ni,kalau korang perasan dua tiga hari ni aku selalu mention benda ni

'yakin janji allah kan,kalau yakin dengan pastinya kita tak akan melawan qada' dan qadar dari dia,
'sekali kita jatuh tak bermakna kita jatuh tuk selamanya'
'jangan terlalu berharap pada manusia krn takut suatu hari nanti dia akn kecewakan kita,tapi berharapla hanya pada allah yakin dia tidak akn kecewakan kita,kalau dia tidak memberi apa yg kita minta mungkin dia masih nak dengar suara kita yang selalu memintak dgnnya,

serius aku cakap kalau nk bercakap bab mcm ni aku memang cetek sangat sangat la,
sebab kadang2 aku pom kalau datang time kecewa tu takkan dengar org cakap apa,

kalau sesape yng baca entry aku kali ini.myb ada yang tau maksud aku sebenanya apa,

p/s:saya tak nak awak kecewala,
awak jangan cepat putus asa tau,
awak jangan tinggal solat,
quran bace selalu,
letakkan allah dalam hati awak,
yakin dgn dia,
saya tak nak tgk awak mcm org putus asa...
stdy leplop....

Tuesday, January 18, 2011

satu petang...

hye.dengar dengar ada cerita ni,sedih pom ada gembira pom ada,
malam tadi mimpi ayah dalam mimpi tu siap peluk2 nanges lagi,
then pagi tadi tangan laju je taip msg dekat ayah,
ayah pom call.

ayah:nida sihat?
nida:sihat,nida mimpi ayah semalam,siap peluk2 nanges lagi,tu yang call,sebelum ni pom ingat je tapi tak tahu la semalam mimpi macam tui datang time tengah2 lena tidur,
ayah:patutla ayah pom ingat je deat nida dua tiga hari ni,mak tak sihat ada batuk2
sikit,
nida:panggil mak la,
mak:nida sihat ke?
nida:sihat,mak tuh yang tak sihat banyak sangat piki...
mak:awak tuh jage diri,stdy leklop!
nida:okey mak!rindula dekat mak dgn ayah,nida ingat cuti nanti nida nak g stdy dekat
syria,
ayah:bagus,ayah setuju,tak payah la balik lagi,
mak:hmm mak ikut je,
nida:nantila nida piki piki dulu,

k.long:balik tak tahun ni?
nida:tak tahu lagi,sbb ingt nk pegi syria,
k.long:balik la tak nak tgk anak sedara ke?dah start dah nanges time ni,
nida:jangan la buat nida confius!
k.long:nanti nk piki!



mereka la yang selalu buat hati gelisah,
insyaallah kalau ada rezeki terpijak jugak kaki nida di malaysia nanti.
saya sayang mereka!

Monday, January 17, 2011

coretan buat awak adeq...




saya adalh seorang insan biase yg tidak kuat dengan ujian ! saya memerlukan awk untuk bersama saya dalam menjalani ujian ini ! saya tidak mampu ! balik la cepat

kata kata ini kakak copy paste di kakak punya wall fb:

kakak tak tahu apa yang terjadi pada awak,
kakak tiada disisi awak utk mendengar cerita awak,
kakak mintak maaf deq,
awak kena sabar,
susah nak buat hati orang hepy sebab kita hanya manusia,
kalau dah nama manusia bukan lagi dia seorang yang sempurna kan,
kakak nak adeq sentiasa senyum macam dalam gambar kt atas tu...
ceria je selalu,even dalam hati geloranya tiada yang tau melainkan allah...

bila kita kecewa ataupom sedih,ucapkan,
innalillah:
redha dengan sglnya:
yakin pasti ada hikmah disebalik semua ini:

siapa tak penah alami semua ini,semua penah kan,
lagi2 kalau orang tu memikul beban yang berat bukan,
tapi percaya dan yakin la pasti ada hikmah ...
ataupom mungkin semua ini satu kafarah bagi adeq,
menghapuskan dosa2 kecil adeq yang dulu2...
sesungguhnya allah lebih mengetahui apa yang menjadi rahsia,

kakak sentiasa ada untuk adeq!
dalam hati adeq,
suburkan hati adeq dgn memngingati allah selalu...
jangan cepat mengeluh dengan apa yang terjadi...

love you<3

....

kenali aku dengan sifat kekurangan aku dahulu...
jangan kenali aku dengan kelebihan yang ada pada diri aku,
kerana aku takut seandainya suatu hari kamu melihat kekurangan aku.
aku khuatir kebencian kamu pada aku semakin menebal,

kadang kadang mulut aku ni bukan la ada insurans sangat,aku main redah je apa kau nak cakap,
tapi aku ada sebab knp aku buat begitu,aku nak cetuskan suasana yang boleh menceriakan kamu semua,
tapi lain yang aku inginkan,lain yang aku dapat bukan,
aku bukan kecil hati dengan benda ini semua,
mungkin benar apa yang dikata oleh kamu semua,'kalau orang tgh tension jgn beban kan otak dia dengan bebelan kamu'
tapi semua tu aku anggap sbg teguran buat aku,

apa yang pasti aku sangat suka bila ada kawan yang datang pada aku dan bercerita pada aku,
mungkin aku bukan pendengar yang terbaik,tapi telinga aku mampu menapung cerita2 korang semua,
mungkin jugak aku bukan pemberi nasihat yang pakar,
tapi aku boleh sajikan korang semua dgn gurauan aku yang dapat menghilangkan tension korang,:ayat bajet:

Wednesday, January 12, 2011

result dah kelua ?

time time macam ni la semua orang tengah sibuk nak tanya orang lain,

'wey result fiqh ibadat 1 dgn tanzim dah kelua la'
dah tengok ke?'

aku tahu la result dah kelua,tak payah nak tanya aku kalau korang dah tahu jawapan aku macam mane,dah sure2 aku tak akan bagi tahu korang result aku,
gila r nak mati bagitahu korang,kalau result lawa macam scha aku bagi tahu la,
tapi bila result pom macam longkang,
baik aku simpan dalam kain kuning,

esok dah nak kena pegi FESMAK:
agak malas sebenanya,sebab otak tengah ligat berpiki about fasa sanni nanti.,
entah apa aku piki aku pom tak tahu,
tapi yang pasti aku takutla,
lepas je program tu habis dah sibuk nak kena bayar sakan,bayar madah,drop madah lagi,
kena ada jadual la macam ini,
mengalahkan PM kita plak kan,

kadang kadang betul jugak apa yang setengah orang tu cakap,
'kalau followers ramai buat apa kalau post tu bukan pasal diri kita sendiri kan,'
yela,kalau nak cakap kan,beribu ribu post yang kita buat sebebnya dan sepatutnya about kita je kan,dah tulisan kita confirm2 kita nak mengarang pasal kita,tak perlu nak tayang cerita pasal orang lain,

okayla:nanti pape hal aku sambung balik nanti k,

babai...

Sunday, January 9, 2011

mampu TERSENYUM kembali

bila sakit diluar terkena something atau terluka kena duri kesan dia tak lama kan,sakitnya jua tidak akan bertahan dengan lama kan,

tapi bila sakit dihati atau terkecewa dengan something lukanya mungkin akan berlanjutan dan akan memakan masa yang lama untuk sembuh kan,

tapi percaya kan bila sesuatu yang boleh buat hati kita gembira automatik kesan luka itu kita dah tak sempat nak ingat kan,

dalam beberapa masa yang nida lalui sekarang ini,nida tak nak piki dah semua tuh,
nida dah anggap semua tu ujian dari allah untuk nida,

kata kakak senior,'percayalah semua tu mungkin menjadi satu kafarah untuk nida,mungkin allah nak kurangkan salah satu dosa nida'
bila dikira balik betul la tu,
kita kena percaya itu semua,sebagai seorang islam semua itu menjadi satu kemungkinan buat kita kan,mungkin nida patut mencari penghijrahan dalam diri nida buat masa sekarang,
ada jugak yang cakap,'aku tengok ko dah hepy dah sekang bila jumpa dengan kawan2 ko dari irbid,' semua tu nida anggap biasa saje dalam hidup nida...tapi ada yang paling penting lagi

dan yang paling penting itu apabila;
masa dalam teksi kemarin tiba tiba ada orang call.
guess who's?

AYAH!
hepy jgn cakap la,ayah sempat pesan banyak sangat antaranya;
ingat nida kalau tak paham call ayah:
ingat nida kita ada ALLAH berharap hanya padaNYA;
ingat kalau kita ada masalah mengadu hanya pada ALLAH:
kena kuat duduk tempat orang tu:
kena ada keyakinan diri and part ni memg nida tak dapat nak terima sebab benda tu nida tak dapat cari dalam diri nida,
kalau ada pape call ayah:
nasibla tak sempat nangis dalam teksi tu kalau tak malu dekat ammu kholid....
lagipom ayah pesan jgn selalu sangat nangis tu, syaitan ni suka sangat tengok orang yang lemah lemah semangat ni.
lagi satu ayah pesan amal kan apa yang ayah ajar tu baik untuk mencari kekuatan diri awak...

okay ayah :)
nida akan ingat pesanan ayah sama macam nida ingat ayah dengan mak selalu k...
sebut about mak ni mak sekang demam la,
mak jage diri tau....muahhhhhhh...

kakak senior penah cakap bila hati kita bersih semua jadi mudah,
kenapa kita selalu sedih sebab hati kita ada tanda hitam,
nak hilangkan tanda hitam tu plak antaranya:
:memaafkan orang;
kenapa Nabi kita seorang yang tabah dan penyabar,ingat tak satu kisah.time nabi kena baling batu dan najis,time tu malaikat ada tanya kau nak aku balas balik ke apa yang mereka buat pada kau?Nabi cakap tak payah,aku dah maafkan apa yang mereka buat pada aku,
:baca alquran jua dapat membersihkan hati dan membaca ayat2 suci alquran adalah cara yang paling mudah:
:dan semayang malam:

semua ini datang masa nida dalam situasi yang nida sendiri tengah mencari kekuatan untuk diri nida,dan semua tegura ini,sebenanya ALLAH yang nak tegur kita,mungkin ada salah kita dimana2....

catatan ini nida coret masa nida di irbid,melarikan diri sekejap dari asrama mafraq..
tapi yang pasti nida rindu la senior2 sekarang,,nida nak dengar motivasi korang lagi,
tapi nida nak kena kosongkan minda nida buat masa sekarang,
nak kena mencari kekuatan sebelum melihat natijah imtihan niyai nanti....


insyaALLAH ALLAH sentiasa dihati kita semua....
isi ini buat diri nida terutama sekali,
kerana nida sering kali menjadi seorang yang pelupa
belajar untuk memaafkan orang lain nida;)


Wednesday, January 5, 2011

satu detik,

kekecewaan selalu datang dekat dengan kita kan,
namun kita kena ingat satu perkara,
jangan cepat mengeluh,
luahan ini untuk diri sendiri sebenarnya,
untuk membangkit kan kembali rasa keyakinan yang telah hilang jauh pegi entah kemana,


jatuh sekali tak bermakna jatuh untuk selamanya,
nak kan pelangi kena la menempuh hujan dahulu,
mungkin ALLAH nak tengok lagi tangisan kita,
mungkin juga ALLAH tahu kita kuat utk hadapi semua ini,
dan mungkin jua ada hikmah disebalik semua ini kan,

semua kata kata tu kita dengar dari mulut2 yang datang pada kita,
tapi sedarkah mereka perasaan kita ketika itu,
bila rasa down itu datang kita akan rasa nak lari,
tak nak jumpa dengan sesape,
bila bukak facebook,bejebok status yang mention benda yang sama,
tapi semua itu kita kena hadapi kan,

tetapi nasib cukup baik bila rasa down itu datang,
kita cepat sedar bahawa kita masih ada ALLAH,
DIA yang memberi ujian itu buat kita,
DIA sayang kan kita,
DIA tahu kita kuat sebab itu ujian diberi buat kita,

tak baik mengeluh,kita kena tengok orang disekeliling kita lagi teruk dari kita,
kita kena bersyukur dgn apa yang diberi,
dan kesedaran itu buat kita percaya bahawa iman kita masih lagi kuat,

hati,
jangan la terlalu sedih dengan apa yang berlaku,
senyum adalah pengubat segala kedukaan,
cari kembali kekuatan itu,dan cari balik keyakinan diri itu,
tapi jangan lah kita berharap pada manusia,
kerana mereka tidak memberi apa apa faedah bt kita,
'berharap hanya pada ALLAH,
kerana DIA lebih mengetahui apa yang menjadi rahsia,

benda paling saya sayang..

tudor
okay tahu tak berapa harga jam ini?
rm2000 tau!
nak tahu kenapa aku sakit hati sangat buat masa sekarang?
jam aku ini telah hilang beberapa hari yang lepas,
menangis tak berlagu aku,
dah la benda ini
ayah aku kasi wey!
bila bagitahu kat mak tentang hal ini,
mak apa lagi membebel la,
tapi kalau korang nak tahu,
aku lagi sedih tahap cipang la,
sampai menangis2 2 3 hari,
makan nasi pom tak lalu,
aku msg ayah aku ckp
'ayah sory sangat2,
jam yang ayah kasi hilang,
nida tau nida salah,
careless nida,
nida tertinggal jam tu dalam bilik air,
time nak pegi ambk air semayang,
ayah sory sgt,
kalau ayah nak marah marah la,
tapi ayah tak payah la call nida,
nida tak berani nak dengar suara ayah,
sory sangat ayah'
itula isi kandungan aku text ayah aku,
dan nasib baik la ayah sangat2 memahami,
dia tak nak aku risau,
dia tanya je mak aku kejadian sebenar,
ayah cakap nak buat cne lagi,,
dah rezeki kita tak ada kan,
lagi2 nida sekang dop jauh sangat2,
macam2 blh jadi,
betul la kan kata org,
antara harta dgn anak anak lagi bernilai wey,
tapi rasa terkilan aku tu still ada,
sebab harga nya terlalu mahal kalau nak dibanding kan dgn aku punya phone,
buat mereka yang gatal tangan nak ambil tu,jangan senang duduk la wey,
ingat la kita jp dekat sana nanti!


Sunday, January 2, 2011

entah ape la nak post

bila hati tak tenang kita selalu piki benda yang tak betul kan,
kita tak sedar sebenanya semua itu hanya ujian ALLAH buat kita,
tahu tak ALLAH sangat sayang kan kita sebab tu dia bagi ujian untuk kita,
kita sepatutnya sedar benda itu kan,
time kita sedih mula la,kita nak ingat semua benda yang kita xpenah ingat sebelum ini,
bila kita sedih mula lah airmata y selalu teman kita,
dan kalau mereka tengok muka kita macam ibu hilang anak,
'sabarla yer'ada hikmah disebalik semua ini,
betula la semua tu,apa y kita kena bt adalah bersabar,selawat bebanyak,
insya ALLAH apa y kita harap kan pasti berlaku,
kalau masih tiada apa y kita harapkan
mungkin ALLAH masih nak dengar tangisan kita,
sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa y terbaik bt kita,
apa y pasti letak kan keyakinan kita hanya pd ALLAH,
berfikiran positif mungkin akan bt kan kita sentiasa dlm keadaan y terbaik selalu,




sungguh saya sangat perlukan positiv thinking now!

Saturday, January 1, 2011

mood final exam dah datang


hidup kita sekarang penuh dengan kasih dan sayang kan kalau perasan,
ye la macam mane tak de kan, dah memang kita lahir dgn kasih dan sayang kan,
tapi semua tu atas diri kita masing2 ,
macam mana kita nak menilai rasa kasih dan sayang itu,
ia kadang2 datang tanpa kita duga kan,
rasa kasih kita sebenanya hanya layak buat ALLAH y menciptakan langit dan bumi,
y menciptakan kita,
y mengetahui apa y menjadi rahsia,
y maha atas segala2nya,
tapi kadang2 kita sendiri y khilaf,
kita tersalah letak rasa kasih itu pd tempat y salah,
betul kita manusia ada rasa ingin dicintai dan mencintai,
tapi janganla melebihi rasa kasih kita bt ALLAH y satu,
mungkin nida bukan y terbaik utk berbicara soal ini,
tapi nida rasa tertarik dgn topik y sedang hangat dibual kan sekarang,
nak tahu kenapa tetiba nida bersoal tentang kasih ini,
okay semalam mr H tiba2 membangkit kan kembali isu y dah lepas,
awak:
kita mintak maaf kita tak dapat nak treat awak macam org lain treat dia punya bf,
kita tak dapat bagi komitmen buat awak,
kita takut awak akan kecewa nanti,
awak jgn la tunggu kita,
kita tahu awak akn dapat org y lebih baik dr kita nanti,
walau apa pom terjadi kita syg awak tapi sbg kawan je,
kita xblh anggap awak lebih,
kita nak syg keluarga kita dulu,
namun kita tahu ALLAH lebih bertahta dalam hati kita,
kita mintak maaf,
awak kena ingat satu je,
kalau dah jodoh xkan kemana,
kalau boleh nida nak sgt berlaku adil utk semua,
tapi nida tak mampu,
nida takut utk menyanyangi seseorang,
nida takut kecewa dtg bersama nida,
apa entah y nida merepek ni kan,
okay la,
sekarang mood study tgh berlegar disetiap sakan2,
hanya krn imtihan akan berlaku kejap lagi tidak sampai beberapa jam je lagi,
samala dgn nida pom,
kertas tanzim dgn fiqh ibadah dah tak saba nak suh tuan2 dia coret2 kan sgl ilmu itu,
doakan nida erk,
nida nak cepat habis dah exam ni,
nida nak cuti,
to k.ira n k.hasma esok
bittaufiq erk,chaiyok2,
akak jaga kesihatan sekali tau,
sekarang dua benda bermain dlm minda nida nak exam ni satu kan,
satu lagi tak tahu nak blk brp bulan nanti soifi,
ada cakap suh blk 3bulan,
ada kata 1 bulan je,
pening!
pape pom nida nak study dulu erk..
babai...
off: