Monday, June 27, 2011

sometimes



satu perasaan itu pasti ada dalam hati bagi insan yang bergelar manusia,namun perit mengalami perasaan itu satu benda yang sukar digambarkan,seperti tangan yang terluka kerana pisau,


bila ia datang,yang pahit pasti manis,yang sakit pasti sembuh,yang mandi pasti tak basah,yang makan pasti tak kenyang,


benar perasaan itu cukup indah,seperti pelangi yang cukup indah selepas hujan,


namun bila ia datang sama seperti kita mencari penyakit,


namun for now,perasaan i normal lagi.cuma ada kadang-kadang bila rasa ingin tersenyum pasti lebar senyuman diwajah untuk semua yang memandang.


ia seperti



ia seperti warna warni,

jarang orang nampak,

ia seperti pelangi.

ia datang selepas hujan.

sungguh indah.


begitu jua hidup kita,

walau pahit yang muncul dahulu,

di hujungnya pasti ada manisnya.

Thursday, June 16, 2011

sesungguhnya benar kita adalah HAMBANYA yang lemah.

assalamualaikum buatmu teman.




sesungguhnya iblis berdiri didepanmu,jiwa disebelah kananmu,nafsu disebelah kirimu,

dunia disebelah belakangmu,dan semua anggota tubuhmu berada disekitar tubuhmu,

sedangkan allah diatasmu,sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama,

jiwa mengajakmu ke arah maksiat,nafsu mengajakmu memenuhi syahwat,

dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat,dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa,dan tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunannya.




sebagaimana firmannya yang bermaksud'dan allah mengajakmu ke syurga serta menuju keampunann-nya'.


dan benarlah iman itu bukan diwarisi.

Wednesday, June 15, 2011

siapa sangka KISAH dahulu diPUTARKAN kembali

aku tahu aku salah.okay tak payah nak mention banyak kali dekat telinga aku.sebab aku,kau jadi seorang yang serius.

tapi semua tu dah lama berlalu,aku tahu aku yang silap,namun masa tidak dapat diputarkan kembali.

apa yang aku harapkan kau dapat maafkan aku.
dan insyallah benda ini tak kan terjadi untuk kedua kali.

Monday, June 13, 2011

aku tujukan kisah ini buat kau.

oneday ago,aku memang sangat-sangat tak suka kau,kalau dalam kelas tu ada saja benda yang aku memang tak puas hati dengan kau.

sebab kadang-kadang kau pun sombong dengan aku,tapi bila aku dengar story-story ada yang
cakap aku sombong,muka aku garang,susah nak cakap dengan orang.

yang realnya,bila aku bercakap susah nak berhenti la beb.

then,bila keluar jalan-jalan dengan doktor haritu,aku pinjam kau punya DSLR.
dah nampak yang kau bukan la sombong sangat.
then,aku tahu pulak kau ada minat somebody,yang memang aku kenal sangat.

bila dah start sem2,aku makin selesa berkawan dengan kau,bila kau ada masalah kau story dekat aku.tapi someday kita ada selisih pendapat,dan ada cerita-cerita yang tak sedap kita dengar dekat telinga kita berdua.terus kita dua senyap.

then bila aku ingat balik kisah-kisah kau,aku tahu aku kena ada dengan kau,sebagai sahabat.
kerana,aku tak nak orang anggap aku macam waktu senang je ada,waktu susah entah lari kemana.

sebab tu aku ada satu pesanan buat kau.
ingat tau,walau apa pun orang nak cakap,walau buruk mana pun aku atau kau,
aku nak kau ingat aku akan jadi kawan kau ketika susah dan senang.
kalau ada cerita-cerita yang kita tak sedap dengan tentang kita berdua,
aku nak kau datang tanya aku terlebih dahulu.

kerana sehingga hari ini.kita sahabat.

sesuatu tanpa dijangka

the true is,act banyak sangat kejutan dalam hidup ni kita tak sedar,

bila kita ingat kita dengan dia tak akan jadi kawan,

tapi tiba-tiba dia masih ingat kita lagi,

dia masih lagi cari kita bila dia ada masalah,

itulah kita panggil 'sahabat'

dia tetap ada walau pun,sebelum ni kita dengan dia always gaduh.


seburuk mana pun dia untuk kita,dan kita untuk dia,

kita saling ada untuk satu sama lain,

yang penting.

walaupun banyak mana cerita yang kita dengar tentang kawan kita,

it's better,kalau kita tanya kawan kita itu yang terlebih dahulu.

Sunday, June 12, 2011

first day

okay fine! dari ghazali berlari ke muslim.it's killing me.

Saturday, June 11, 2011

esok mula buku baru SYG.

memang title aku macam ni la malam ni,dengan senyuman yang sentiasa mekar di wajah aku sekarang,biarpun masih ada sesuatu yang buat aku tak senang hati dengan sikap seseorang terhadap aku kan kan.aku akan pastikan aku menulis malam ini sehingga jarum jam yang panjang tu sampai betul-betul angka 12 okay.

esok memang akan mula buku baru,sebab aku ambik subjek fiqh ahwallu syakhsiah wey.takut.

dah siap iron baju sampai 3pasang sekali aku iron tadi,dah kapur kasut?dah susun buku?dah jahit lencana?dah susun beg letak tepi?gelak sampai teguling aku tadi.bila ada sorang kakak ni masuk dalam bilik buat lawak yang memang ternyata lawak gila la.

siap buat metting yang tak rasmi lagi tadi bersama dengan senior-senior ni.
then terimbasla kisah-kisah dahulu kala.ala masa dulu-dulu kalau time nak bukak sekolah kan.
ingat tak ingat tak?semua nak baru,malam tu bukan main lagi exciterd sampai tak boleh tido,
kalau tiap kali spochekk lagila,mula gelabah cari kawan yang cukup lengkap uniformnya,sengal kan.aku respect la dekat pengawas-pengawas yang memang sedia ada cukup lengkap uniformnya.
teringin nak kembali pada zaman dulu tu.nak merasa suasan hijau yang ada dekat MMP .

sekarang dah tak sama la syg,aku dekat UNIVERSITI ok! kelas tak menentu,pagi sampai petang.sorang-sorang bukan dengan kawan lagi.

esok bermula la kesibukan yang dirasai seperti sem-sem lepas,cuma bezanya maybe this sem akan lebih sibuk,sebab kelas tiap-tiap hari wey,dari ghazali berlari ke su'ukas.
i can't imagine it sebab soifi kan.takut letih.dah la first exam dah mula 20 haribulan.adoi belaja tak mula lagi ni.it's killing me you know.

tapi-tapi jangan risau sayang.itulah pengorbanan yang harus dibayar kerana yang menanti dihujung sana ialah KEJAYAAN.
so,sabar tau.

and this for you:biane.sy tahu maybe sy tak layak kawan dengan awk.
satu je pesan sy janganla terlampau memilih,org puteh cakap demand erk.
sebab ALLAH tak bagi apa yang kita nak.tapi Dia bagi apa yang kita perlu.

ala,tak sampai jam 12 pun.tak mengapalah.aku berharap,aku dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan study untuk sem ni.baik dengan aku pleasss.
kalau ada masa.aku akan menjenguk kau kembali blog.

bahana bola sepak KELANTAN vs TERENGGANU.

bola,bola,bola,sekarang pukul 7.11 mlm kalau ikut waktu jordan la,pukul 11.11 ikut malaysia punya timer.nak story dekat sini,semalam ada bola sepak kelantan lawan terengganu.

mula0mula bukan main la lagi,kelantan masukkan 1gol,i though that kelantan is the winner for this time,tapi alih-ali,bila masa dah nak tamat,salah sorang pemain kelantan terbawak masuk bola salam jaring kelantan jugak,yang membuatkan mata free-free dapat dekat terengganu,
apa lagi frust menunggengla kelantan.

dan tak tahan nya,bahana bola sepak ni sampai JORDAN wey.kalau perasan la,dekat wall aku ada aku post tentang bola sepak ni.berderet orang like.orang komen.
tak tahan nya kawan aku yang dekat malaysia tu lagilah,kelua dekat cafe depan bilik dia semata-mata demi bola.

bagi aku.game kan.biasala ada kalah dan menang,maybe kelantan belum ada rezeki untuk pegang piala kot kan kan kan.

that's all.
ape2 pun aku still SYG kelantan aku.

Friday, June 10, 2011

11 jun 2011

ai mata yang makin mengantuk tetapi sempat lagi mencari-cari something untuk blog kesayangan saya ini.
ohh gosh,i have lagi satu hari untuk cuti kan kan kan,ahad nanti dah start kuliah,semakin tiada masa saya bersama anda sayang.

kadang-kadang perasaan bukan main lagi tak sabar nak melangkah ke short sem ni,nak merasa ambik madah time soifi la katakan,

benda pertama yang aku akan tengok ahad nanti.sure-sure,dekat bangunan syariah tu ramai budak melayu je kan,ye la budak arab ramai yang balik 3bulan,
mesti tak ramai yang merayau-rayau dekat tepi-tepi bangunan nanti.tak tahu act suka ke tidak dengan situasi itu nanti.

dalam exciterd nya perasaan saya ini,saya masih lagi ada perasaan takut dengan study saya nanti.
tapi saya akan rasa masa itu cepat berlalu,kerana saya akan menyibukkan diri saya dengan kuliah.

dan saya akan jadi tak sabar untuk bertemu kembali muka yang saya tinggalkan lebih kurang 9bulan lalu.saya nak balik masak untuk mak dengan ayah saya tau.

act,tadi saya buat sambal ikan bilis,tapi terlebih pedas,kesian dekat kakak saya yang dua orang dalam bilik ni.sory.

dan tulisan saya malam ni agakla baik.kerana bahasa yang diguna cukup sopan bukan.

Thursday, June 9, 2011

there's no title for this post

semalam aku baru sampai dari IRBID,banyak yang berlaku dalam hidup aku seharian kali ini,
aku gaduh dengan gadis cumil humaira'.act,aku tak tahu pun kenapa aku gaduh dengan kau dik,
tapi macam pelik je kan,that's we call friendship sayang.

aku suka something yang dipanggil riben,comel lol,tersangat sangat comel,dan aku dapat banyak sangat something yang macam riben nanti sampai masa aku postkan pict yang semua beriben okay,tunggu tau.

aku belajar satu benda semalam,
hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya,bukan menerima sebanyak-banyaknya,
kejarlah pelangi kamu sampai ke hujungnya,
dan jangan penah menyerah,aku takut bila fikir masa akan datang,serius,banyak cabaran yang akan aku tempuh,nanti-nanti kalau kakak berdua dalam bilik aku ni dah khirij siapa akan jadi roomate aku nanti?

teman tak akan selalu bersama kita,that's the true,not the fake okay!

jauh dari ayah dan mak,banyak sangat dugaan kan,study overseas ni kena kuat,kalau lalai or leka susah,dan bila fikirkan balik,satu je,kalau niat nak study mesti boleh.

betullah orang dulu-dulu kala cakap,sayang tak semestinya memiliki,kita selalu mengharapkan pelangi akan sentiasa bersama kita,tapi sedarkah kita pelangi itu milik allah,
kedukaan yang datang pada hati kita akan buat kita lebih dekat dengan penciptanya,
kerana perasaan itu telah didatangkan oleh allah buat kita,supaya kita tak selalu gembira dengan dunia.
dan harapan kita pada manusia tak selalunya menjanjikan kebahagian dipenghujungnya,
kerana harapan kita yang kekal hanya pada allah.

dan sekarang,aku sedang memerhatikan sinar matahari yang akan memberi sinarnya buat kita semua,setiap tulisan aku,aku mengharapkan akan timbul rasa-rasa yang boleh membuatkan orang lain akan tersenyum apabila membaca tulisan aku.

ahad depan akan mula sesi kuliah,semoga muadal aku terus naik.

kalau mahu berjaya belajar.
kalau mahu hasil usaha.

Wednesday, June 8, 2011

its all about SAHABAT...

aku ada seorang sahabat yang sama-sama belajar dengan aku dekat sini JORDAN.
namanya biarlah jadi ingatan dalam minda aku.

kadang-kadang,bila berkawan,kita tak sedar yang kawan kita jua perlukan privacy kan.

aku akui,aku seorang yang suka control kawan aku.
aku seorang yang sangat sangat SAYANG kan kawan aku.

tapi aku kena sedar,sedangkan lidah lagi kan tergigit,inikan pula,
aku dan juga dia.

aku berkawan bukan kerana harta!
that's the true,not the fake!

sometimes EGO aku tinggi.kerana aku tak pandai nak leraikan yang terbuku.
tapi whatever is.the true is.
aku sangat SAYANG kan kawan aku ini.
kerana bila kami dah okay,kami akan SENYUM....
dan dengan senyuman itu,kami akan rasa lega.then KETAWA.

thanks untuk segalanya.
dan maaf untuk everything.

Sunday, June 5, 2011

saat kame sedang enak tidur...

mata yang sepatutnya pejam pada malam ini,entah kenapa rasa macam memang langsung tak boleh tidur.

luahan rasa kali ini biarlah aku coretkan buat kekanda-kekanda aku di malaysia.
buatmu NURHAMIZAH,RUSYDI HARITH,IMAN HANAFI,




sungguh benar aku telah jauh dari kalian,

kadang-kadang timbul rasa bimbang bila berjauhan dari kalian,

kerana hanya kita berempat harta ayah dan jua mak,

dalam istilah anak bagi ayah dan juga mak tiada rasa pilih kasih,

kerana kelebihan yang diberi buat kita sama rata,


tiada perbezaan antara kita,

walaupun tuntutan ilmu aku jauh dari kalian,

kerana kalau kita yakin dengan ALLAH,

ilmu itu semua sama,

tidak mengira tempat yang kita tuntut,





sungguh masa itu berlalu dengan pantas,

sekarang aku sudah pun 20 tahun,

dan along dengan angah apa lagi,

mereka lagi berumur dari aku,

adik,17




kalau boleh aku mahu putarkan kembali masa kita kecil-kecil dahulu,

disaat kita tak tahu berjalan

mak dengan ayah yang ajarkan,

indahnya saat itu,

bagi mereka kita racun,dan kita juala penawar,


aku khuatir dengan kalian,

kerana kalian bukan matang seperti yang aku bayangkan,

kerana bagi aku,umur bukan penentu seseorang itu matang,


aku mengharapkan,

korang dapat menjaga ayah dan mak dengan sebaiknya,

kerana aku bukan lagi bersama kalian disana,

gembirakan hati mereka dengan situasi kita sekarang,

jangan bebankan mereka dengan masalah kita,

mereka hanya inginkan perhatian dari kita,



harapan aku:)

Saturday, June 4, 2011

target:untuk buat aku sakit hati



TARGET:NURHASNIDA CHE ABDUL HAMID

DATE:04 JUN 2011

LOCATION:MECCA MALL

PENGARAH:ZAKIRIN

PELAKON UTAMA:IMAN,ASMAQ,NADHIRAH

PELAKON PEMBANTU:HUMAIRA',TIEYAH,SYAMILA,SAKINAH,FAEZ.



korang memang terbaik,berjaya buat aku sakit hati,hmmm,biarpun birthday aku is 31 mei haritu,tapi sempat lagi korang buat something untuk aku,

aku memang sakit hati gila dekat korang pagi tadi,bukan main lagi janji nak pegi amman sama-sama tapi tup tup aku kena pegi sendiri,siapa tak naik angin kan,bukan main aku call umai pagi tadi mengadu si iman k.maq dgn k.nad tinggal aku,tapi tak sangka aku mengadu dekat salah sorang pelakon korang,

then,bila tiba dekat amman,si iman call nak balik,sebab tak sihat,time ni pun memang la aku bengang gila,kalaula pakcik-pakcik kat tepi jalan tu tahu bahasa melayu,aku sure-sure pakcik tu akan tanya kenapa muka aku masam macam cuka,

dah bila si tieyah ni ajak pegi mecca mall,act memang aku tak nak pegi sebab malas plus takde mood kan,tapi bila dia cakap nak beli kasut,aku kena la teman kan jugak,

bila sampai tetiba nampak faez,adoi dah mula musykil dah time tu,yang si faez tu plak macam nak sengih tak nak sengih je bila jumpa kami,bila nampak budak melayu ramai,aku tanya si tieyah ni asal melayu ramai sangat,ada ke dia buat bodoh je dekat aku,dah bila nampak iman,aku cuak gila!terus kaki cepat gila lari,tapi sempat dihalang oleh si tieyah ni,tiem tu memang la semua tauke-tauke kedai kat tepi-tepi tu semua tengok adengan time ni,malu siot!

then,si cumil humaira' ada sekali membawa kek bersama,sambil berlari-lari anak mengejar aku.sengal tak?macam cerita hindustan la plak kan,


tapi,memang terkejut tahap cipangla,plus sakit hati tahap gabang!dekat korang!

thanks korang,aku tak sangka tahun ni aku berjaya disakiti oleh orang lain,selain kawan aku dekat malaysia sana!


dan bila dapat tahu plan A plan B dan seterusnya memang kelakarla,bila korang cakap,

act,nak tinggal aku dekat mafraq ni,bia pegi sendiri amman,

plan B ,bila cakap nak tinggal aku dekat amman sesorang,bia aku pegi sendiri mecca mall tu,wey,kalau tinggal aku sorang-sorang memang sah-sah aku balik mafraq balik.


macam mane la situasi korang time buat plan ni semua kan,time tengah ribut-ribut contact antara satu sama lain.mesti kelakar gila kan.

apa-apa pun,banyak-banyak terima kasih tau,

sayang korang sampai bila-bila.terima kasih untuk segala yang korang dah buat sepangjang hari jadi aku ini.


nati kita tengok siapa yang kena untuk this JUN and JULAI!

terjah!

Friday, June 3, 2011

okay,aku pandai bagi nasihat dekat orang,tapi aku tak pandai nak jaga diri aku sendiri.

kadang-kadang bila ia melibatkan hati dan perasaan,ia bukan mudah nak selesaikan,
walau banyak mana pun ilmu kita,menasihati bukan satu perkara yang mudah,
kerana hati manusia lain-lain,

tapi,kenapa hati keras sangat nak menerima teguran orang lain,sedangkan teguran itu dapat membantu kita menjadi orang yang lagi baik dari hari ini,

susah sangatkah nak menerima yang ia bukan hak kita!

si gadis comel:yakin dan pasti dengan setiap langkah kita,setelah usaha kita tahu dimana tempat kita,biarlah apa orang nak kata,asalkan kita tahu apa yang kita buat adalah yang terbaik bagi orang sekeliling kita,biarkan dia,pasti suatu hari dia akan berfikir,

ara!

Thursday, June 2, 2011

act post ni sepatutnya aku update at 31 mei lepas lagi,tapi disebabkan ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan aku terpaksa tunda post aku ini,

31 mei 2011
tarikh yang bermakna bagi aku nurhasnida che abdul hamid,sebab that date aku dah cukup 20 tahun bernafas atas muka bumi ALLAH ini,cuma yang berbeza tahun ini aku bukan di malaysia,
tetapi aku di jordan meneruskan perjuangan aku mencari sekelumit ilmu yang akan aku perjuangkan di masa depan aku nanti.

alhamdulillah walaupun situasinya tak sama di malaysia tetapi aku bersyukur kerana sekurang2nya aku masih lagi dapat memberu senyuman aku buat orang lain,dan insyaallah aku masih lagi dapat mencari peluang untuk membalas segala jasa dan budi mak dan ayah,
dan sekurang kurangnya aku masih lagi mampu beramal ibadah buat pencipta kita ALLAH.
aku dah besar,20 tahun bukan angka yang boleh dianggap masih lagi belum dewasa,
20 dah cukup dewasa,sepatutnya di umur aku ini,aku sudah tahu untuk berdikari,
aku sudah tahu untuk menguruskan rumah,aku sudah tahu untuk memasak,dan aku sepatutnya tahu banyak benda bukan,
aku berharap tahun ni aku dapat buat sesuatu yang boleh memajukan diri aku sendiri,
doakan aku erk.

terima kasih untuk pertama sekali buat anda amirah ibrahim,
-video yang sangat buat aku terharu sampai menangis
-for tshirt.

yang kedua terima kasih buat anda hasma mustafakhma,sarbaiti yusof,k.shiha,k.fiza,k.izzatul aini,kawani,
-untuk lakonan yang berjaya buat nida blurrr.
-untuk kek.
-untuk bunga bunga kecik.

yang ketiga untuk anda iman,k.asmq,k.nad.
-untuk kek jugak.

dan terima kasih bagi anda yang wish aku punya birthday.

off.gembira kerana anda yang jauh masih ingat saya even mendengar suara sekejap sahaja tadi.