Sunday, June 5, 2011

saat kame sedang enak tidur...

mata yang sepatutnya pejam pada malam ini,entah kenapa rasa macam memang langsung tak boleh tidur.

luahan rasa kali ini biarlah aku coretkan buat kekanda-kekanda aku di malaysia.
buatmu NURHAMIZAH,RUSYDI HARITH,IMAN HANAFI,




sungguh benar aku telah jauh dari kalian,

kadang-kadang timbul rasa bimbang bila berjauhan dari kalian,

kerana hanya kita berempat harta ayah dan jua mak,

dalam istilah anak bagi ayah dan juga mak tiada rasa pilih kasih,

kerana kelebihan yang diberi buat kita sama rata,


tiada perbezaan antara kita,

walaupun tuntutan ilmu aku jauh dari kalian,

kerana kalau kita yakin dengan ALLAH,

ilmu itu semua sama,

tidak mengira tempat yang kita tuntut,





sungguh masa itu berlalu dengan pantas,

sekarang aku sudah pun 20 tahun,

dan along dengan angah apa lagi,

mereka lagi berumur dari aku,

adik,17




kalau boleh aku mahu putarkan kembali masa kita kecil-kecil dahulu,

disaat kita tak tahu berjalan

mak dengan ayah yang ajarkan,

indahnya saat itu,

bagi mereka kita racun,dan kita juala penawar,


aku khuatir dengan kalian,

kerana kalian bukan matang seperti yang aku bayangkan,

kerana bagi aku,umur bukan penentu seseorang itu matang,


aku mengharapkan,

korang dapat menjaga ayah dan mak dengan sebaiknya,

kerana aku bukan lagi bersama kalian disana,

gembirakan hati mereka dengan situasi kita sekarang,

jangan bebankan mereka dengan masalah kita,

mereka hanya inginkan perhatian dari kita,



harapan aku:)

No comments:

Post a Comment