Sunday, July 31, 2011

termiliknya kita pada sesuatu.

dalam islam,seandainya seorang lelaki telah memberi kata putus bahawa dia ingin mengambil seorang perempuan itu sbg isteri,itu bermakna perempuan itu adalah hak lelaki tersebut,
maka tiada sesiapa pun yang berhak mengambil perempuan itu dari lelaki tersebut.
jika lelaki lain mengambil perempuan itu jua ia dikira merampas.

merampas bermakna mengambil sesuatu yang bukan milik kita tanpa izin kita adalah dikira merampas secara mutlak.sedangkan kalau orang lain duduk atas katil kita tanpa keizinan kita,itu sudah dikira perampas.

susah bila tiba masa kita nak kena nasihat orang lain,kerana kita juga bukan sempurna,
namun ada pepatah mengatakan,
jangan melihat pada orang yang berkata-kata,tetapi lihatlah apa yang dituturkan.
kerana kalau kita perasan,untuk melihat kematangan seseorang bukan bergantung pada umur.
kerana umur bukan melambangkan kematangan seseorang.

wahai kaum wanita,pandailah membawa diri dalam pelayaran kali ini,bukan mudah untuk mencari seseorang yang dapat membimbing kita kejalan yang diredhai oleh allah.
jagalah perasaan orang lain.kerana kita hanyalah seorang wanita.sekuat mana pun kita,tetap lemah bila dihadapan seorang lelaki.
bukan untuk melemahkan kita kaum wanita,tetapi hakikatnya begitulah.

semoga semua diberi petunjuk olehmu ALLAH.

Tuesday, July 26, 2011

pasti ada pelangi selepas hujan

assalamualaikum,lame kan tidak mengupdate blog,sorry sangat sebab sekarang dah final exam,
makin hari makin banyak dugaan kan,bukak buku mengantuk,tapi mengadap benda ni tak pulak,
tapi ape2 pun aku exam sabtu ni dgn isnin then merdeka,

kenapa title aku macam tu,sebab aku nak kongsi sesuatu dengan kalian,
jangan pernah mengeluh dengan ujian dari allah,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,macam hujan lepas hujan pasti ada pelangi yang menceriakan hari kita bukan,malahan lagi cantik,subhanallah sungguh tak terduga rahmat yang diberi oleh allah buat kita semua bukan,

allah tidak akan menguji hambanya yang tidak kuat menerima ujian darinya,
bila kita ditimpa musibah,allah yakin kita mampu memikulnya,
mungkin allah masih tidak dapat melihat usaha kita,atau mungkin allah masih mahu mendengar suara kita memanggilnya,siapa tahu kan,kerana dia lah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.
allah malu untuk menjawab doa kita dengan sesuatu yang kurang baik,kerana allah maha kaya,
namun bila mana dia masih lagi tidak menjawab doa kita,mungkin ada sesuatu yang lagi baik dari apa yang kita inginkan,
kerana allah tidak akan memberi apa yang kita minta,tetapi memberi apa yang kita perlukan.

so,tetapkan hati,yakin dengan hubungan kita dengan ALLAH dan jua makhlukNya yang lain.

Monday, July 11, 2011

assalamualaikum,sekarang kalau korang perasanla,status fb aku mesti bernombor kan.
bagi sesetengah kawan aku dekat fb maybe diorang tahu kenapa.
aku xnak sebut sebab it's gonna be suprise for you all see la nanti.
bila dah tiap-tiap hai aku dop mengadap buku fiqh ahwalu syahksiah tu,timbul pulak rasa minat pada ilmu yang ada dalam tu,orang nak habis belaja dah,aku baru nak minat kan.
nasibla ada google translate.dia penyelamat aku ketika aku hampir putus asa.
mula-mula belaja buku tu penim wey nak cari makna,tapi bila semalam macam menarik je makna aku cari tu terus hati berbunga tak saba nak habis untuk semesta ni.

dengan kekuatan yang ada pada aku sekarang,aku memang tak saba nak tunggu second exam ahad nanti,bujetla ko nida,macam la ko dah habis baca,act tak habis study pun lagi k.
tapi sebab ada something menanti awal bulan ogos nanti,tu yang macam exciterd lebih.

tolongla exam be nice with me k.
aku nak cemerlang.
mood:tak saba.selepas 11month being perantauan.

Thursday, July 7, 2011

perasaan aku ketika ini

assalamualaikum,dan selamat malam,seandainya rasa dan perasaan aku dapat dilihat dengan mata kasar,tidak perlu aku bersusah payah menaip untuk tatapan kalian bukan.
semua rasa ada,cinta,sahabat bercampur seperti nasi kerabu.

betullah kata pepatah untuk memilih yang terbaik dalam hidup kita bukanlah satu keputusan yang mudah.
bila rasa sayang kita padanya timbul dan ada penghalang memang susahkan,dan bila kita terpaksa membuat pilihan untuk mencari yang terbaik bagi kita.terlalu perit.
namun pilihan itu terpaksa kita buat jua.untuk mendapatkan kepuasan kita sendiri.
memerlukan pengorbanan yang banyak.
namun jangan disalahkan pada takdir yang telah tertulis buat kita,kerana setiap kejadian yang datang dari allah akan ada hikmahnya nanti.sekadar lambat atau cepat.
untuk memilih sesuatu,jangan dilihat pada masa kini,tapi renungkan untuk masa akan datang.
kerana kalau boleh biarlah pilihan kita itu kekal untuk satu jangka masa yang lama.

sepanjang hidup aku 20tahun,aku cuba mencari kebahagian memilki sahabat.
sampai aku terlupa kawan jua adalah pinjaman dari allah.
letih dengan kerenah kawan,tidak terniat aku untuk menyalahkan sesiapa yang menjadi punca,kerana aku tahu masing-masing bukanlah sempurna untuk melengkapi antara satu sama lain.
namun aku sudah penat mengalah,kerana sikap aku juga mudah melatah,aku bukan malaikat yang 24jam tidak pernah melakukan dosa.asal kamu tahu,kehidupan seharian kita ini sentiasa bergeloman dengan dosa.
bukan ego yang aku perjudikan namun sudah tiba masa kamu lihat dan sedar yang tidak semua orang dapat memenuhi kehendak kamu.dan kadang kala sikap toleransi kamu juga amat diperlukan dalam kehidupan kita sebagai sahabat.

kadang-kadang aku teringin untuk hidup seperti teater yang bersiaran langsung di atas pentas,
sehinggakan aku terlupa hidup mereka diatur oleh manusia yang digelar pengarah.
oleh kerana itu mereka nampak begitu gembira dengan kehidupan mereka.
sedangkan kita terlupa hidup mereka di luar bagaimana.

bukan aku tidak bersyukur dengan segala nikmat yang aku perolehi,aku dapat bernafas menghirup udara segar yang diciptakan oleh allah,
nukan aku merungut,namun kadang-kadang aku terlalu mengikut emosi dalam membuat keputusan.sehingga aku terlupa semua itu datangnya dari allah.

dan alhamdulillah,dengan itu kesedaran masih lagi bersama aku.

bila aku rasa cuak

first point aku,aku memang rasa sebal bangat hari ni,sedih semua ada,cuakkkkkkk tahap entah tahap keberape dah,
masuk kelas hasub tadi doc cakap exam sani 18 nanti,terus senyap aku,sebab 18 tu aku dah ada satu paper,memang aku tahu dah biasakan kalau exam dua paper,tapi entahlah dah la satu paper tu nak kata senang tipula kan.
dah tu dengan perangai manusia yang macam-macam ragam ni.
kalau aku cuak mula lah benda-benda macam ni jadi,

-aku tak kan bercakap dengan sesape until aku punya feel ok.
-muka dah memang terang-terang nampak tension.
-jalan bukan main laju.
-hati jadi tak keruan.
-mula rasa nak nangis.
-mula rasa nak balik malaysia.
-masuk bilik cari makanan.

tapi tadi,bila aku mula rasa semua tu,aku jadi sedih,aku cuba call kawan aku nak story-story,
tapi dia xangkat,tu salah satu sebab allah suh aku cari dia dulu,terus pegi ambik wuduk solat,then mengadap kitab dgn menggunakan google translate.

tapi bila dah makna aku cari macam pelik,aku jadi cuak balik,nak tido tapi xboleh,sebab tak nak aja tido petang,
then terpiki dekat blog,kerja aku menaipla jadinya,

now aku tau,bila rasa sedih tu datang allah yang paling layak untuk kita dampingi.

Tuesday, July 5, 2011

jika aku jatuh cinta



bismillahirrahmanirrahim


ya allah, jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu,

agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu.

ya muhaimin,jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu agar tidak terjatuh aku kejurang cinta nafsu,

ya rabbana, jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatimu.

ya rabbul izzati, jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanmu.

ya allah, jika aku menikmati cinta kekasihmu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

ya allah,jika aku jatuh hati pada kekasihmu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu..

ya allah,jika kau halalkan aku merindui kekasihmu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padamu..


amin...

Monday, July 4, 2011

selamat petang.

selamat petang semua,time-time macam ni semua orang tengah kusyuk tido je kan,tapi aku tak,sebab ape?sebab aku tengah tengok cerita cinta akhbar.
dengar-dengarlahkan orang cakap tido petang ni salah satu sebab boleh jadi gila?tak tahula kan,sebab ada orang dia kena tido petang baru boleh study malam-malam.

okey tadi aku tengok cerita cinta akhbar ni,ada something aku tiba-tiba ingat.

wuduk.
begitu pentingnya wuduk dalam kehidupan seharian kita kan,ia membersihkan luar dan dalam diri kita.ini kerana hari-hari yang kita lalui kita sering bercakap sesuatu yang tidak berfaedah.
membasuh muka dengan begitu tertib,ini kerana ahli syurga wajahnya putih bersih.
serta membasuh tangan sehingga paras siku kanan kerana ahli syurga diberi hisap melalui tangan kanan,serta membasuh tangan hingga keparas siku kiri,kerana ahli neraka jua diberi hisab melalui tangan kiri,nauzubillah.
membasuh kepala biar tekena rambut kerana panas dipadang masyar kelak sejengkal dari kepala kita,
membasuh kedua-dua telinga kerana kehidupan seharian kita sering mendengar orang mengumpat dan memfitnah,
membasuh kedua-dua kaki,kerana ahli syurga melintasi titian dengan begitu pantas seperti kilat.
dan semua benda ini akan diambil kira pada hari akhirat yang kekal untuk kita suatu hari nanti.
dan tidak ada sesuatu benda atau perkara pun yang dapat melawannya.kerana qada' dan qadar kita hanya ditangan allah.

begitulah pentingnya wuduk dalam kehidupan kita seharian.umpatan dan fitnah yang kita dengar sehari-hari begitu kotor.dan waktu wuduklah semua kekotoran itu kita nak gugur seperti air yang mengalir disetiap anggota tubuh badan kita semua.

Sunday, July 3, 2011

Nur Salwa Adnin bt Mohd Rozainey








-2julai2011
-10.30pg.


selamat melihat dunia adnin,semoga awak jadi anak yang solehah didunia dan diakhirat kelak.

sorry sangat sebab cik da tak dapat lihat awak ketika ini,sabar tau.

tapi cik da memang tak sabar nk tengok awak.

awak ada iras mak awak,tapi cik da akan makesure kan hidung biat macung macam hidung cik da tau hehehehe.


dan sekalung tahniah buat awak nurhamizah n mohd rozainey kerana telah selamat melahirkan anak pertama korang,

buat ayah dan mak,tahniah atas kehadiran cucu sulung ini,bertambah la ahli keluarga kita.

harapan ayah tadi,semoga dgn kehadiran adnin,dapat mengeratkan hubungan keluarga kita.

dan memberi sinar kebahagian dalam kehidupan kita.


disebalik suara yang lemah,ada sinar yang cukup indah untuk sepanjang hayat mu.

semoga kehadiran mu adnin menjanjikan keberkatan buat ahli Che'




Saturday, July 2, 2011

love it's begin?






ape pendapat korang bila ada orang cakap 'saya jatuh hati pada awk'


.dicatat oleh hati.

Friday, July 1, 2011

aku tertanya sendiri

selamat menyelak tirai kembali laman bagi luahan rasa dan minda aku ini,myblog.owh serius i miss you sayang.

tetiba petang tadi terfikir nak tulis something about lelaki dan perempuan.
selalu la bila aku tengok,kalau yang couple kan.bila keluar makan ke,keluar pegi mana-mana ke,
kenapa mesti lelaki yang bayar?

seriusly,aku tertanya,bila aku fikir,kenapa tak kadang-kadang biarlah perempuan yang keluarkanduit pulak kan.

ada sesetengah dari mereka akan cakap,baru gentlemen.then kalau si perempuan cakap,tak apela bia saya pulak bayar,sure2 si lelaki marah,cakap tak apela simpan je duit awak.

entah tak faham la.ada sesape nak tolong jawab tak?
dan mata aku ni tolonglah pejam,dah lewat sgt dah ni.