assalamualaikum,dan selamat malam,seandainya rasa dan perasaan aku dapat dilihat dengan mata kasar,tidak perlu aku bersusah payah menaip untuk tatapan kalian bukan.
semua rasa ada,cinta,sahabat bercampur seperti nasi kerabu.
betullah kata pepatah untuk memilih yang terbaik dalam hidup kita bukanlah satu keputusan yang mudah.
bila rasa sayang kita padanya timbul dan ada penghalang memang susahkan,dan bila kita terpaksa membuat pilihan untuk mencari yang terbaik bagi kita.terlalu perit.
namun pilihan itu terpaksa kita buat jua.untuk mendapatkan kepuasan kita sendiri.
memerlukan pengorbanan yang banyak.
namun jangan disalahkan pada takdir yang telah tertulis buat kita,kerana setiap kejadian yang datang dari allah akan ada hikmahnya nanti.sekadar lambat atau cepat.
untuk memilih sesuatu,jangan dilihat pada masa kini,tapi renungkan untuk masa akan datang.
kerana kalau boleh biarlah pilihan kita itu kekal untuk satu jangka masa yang lama.
sepanjang hidup aku 20tahun,aku cuba mencari kebahagian memilki sahabat.
sampai aku terlupa kawan jua adalah pinjaman dari allah.
letih dengan kerenah kawan,tidak terniat aku untuk menyalahkan sesiapa yang menjadi punca,kerana aku tahu masing-masing bukanlah sempurna untuk melengkapi antara satu sama lain.
namun aku sudah penat mengalah,kerana sikap aku juga mudah melatah,aku bukan malaikat yang 24jam tidak pernah melakukan dosa.asal kamu tahu,kehidupan seharian kita ini sentiasa bergeloman dengan dosa.
bukan ego yang aku perjudikan namun sudah tiba masa kamu lihat dan sedar yang tidak semua orang dapat memenuhi kehendak kamu.dan kadang kala sikap toleransi kamu juga amat diperlukan dalam kehidupan kita sebagai sahabat.
kadang-kadang aku teringin untuk hidup seperti teater yang bersiaran langsung di atas pentas,
sehinggakan aku terlupa hidup mereka diatur oleh manusia yang digelar pengarah.
oleh kerana itu mereka nampak begitu gembira dengan kehidupan mereka.
sedangkan kita terlupa hidup mereka di luar bagaimana.
bukan aku tidak bersyukur dengan segala nikmat yang aku perolehi,aku dapat bernafas menghirup udara segar yang diciptakan oleh allah,
nukan aku merungut,namun kadang-kadang aku terlalu mengikut emosi dalam membuat keputusan.sehingga aku terlupa semua itu datangnya dari allah.
dan alhamdulillah,dengan itu kesedaran masih lagi bersama aku.
No comments:
Post a Comment