Monday, July 4, 2011

selamat petang.

selamat petang semua,time-time macam ni semua orang tengah kusyuk tido je kan,tapi aku tak,sebab ape?sebab aku tengah tengok cerita cinta akhbar.
dengar-dengarlahkan orang cakap tido petang ni salah satu sebab boleh jadi gila?tak tahula kan,sebab ada orang dia kena tido petang baru boleh study malam-malam.

okey tadi aku tengok cerita cinta akhbar ni,ada something aku tiba-tiba ingat.

wuduk.
begitu pentingnya wuduk dalam kehidupan seharian kita kan,ia membersihkan luar dan dalam diri kita.ini kerana hari-hari yang kita lalui kita sering bercakap sesuatu yang tidak berfaedah.
membasuh muka dengan begitu tertib,ini kerana ahli syurga wajahnya putih bersih.
serta membasuh tangan sehingga paras siku kanan kerana ahli syurga diberi hisap melalui tangan kanan,serta membasuh tangan hingga keparas siku kiri,kerana ahli neraka jua diberi hisab melalui tangan kiri,nauzubillah.
membasuh kepala biar tekena rambut kerana panas dipadang masyar kelak sejengkal dari kepala kita,
membasuh kedua-dua telinga kerana kehidupan seharian kita sering mendengar orang mengumpat dan memfitnah,
membasuh kedua-dua kaki,kerana ahli syurga melintasi titian dengan begitu pantas seperti kilat.
dan semua benda ini akan diambil kira pada hari akhirat yang kekal untuk kita suatu hari nanti.
dan tidak ada sesuatu benda atau perkara pun yang dapat melawannya.kerana qada' dan qadar kita hanya ditangan allah.

begitulah pentingnya wuduk dalam kehidupan kita seharian.umpatan dan fitnah yang kita dengar sehari-hari begitu kotor.dan waktu wuduklah semua kekotoran itu kita nak gugur seperti air yang mengalir disetiap anggota tubuh badan kita semua.

No comments:

Post a Comment