Tuesday, January 3, 2012

kesepian hati

disaat mereka sedang nyenyak tidur,diulit mimpi yang belum pasti indah atau tidak,aku yang masih berjaga sehingga angka jam betul-betul berganjak ke angka 2pagi,
keresahan yang cukup menggambarkan ketenangan hidup aku sedikit terganggu,Ya Allah kenapa dengan hati?
kenapa dengan fikiran,kenapa resah?
tiba-tiba otak berlegar teringat akan kata-kata yang tertulis didalam sebuah buku yang menjadi peneman dikala kedukaan aku terhadap mainan hidup,
Allah;sebaik-baik nama,susunan yang cukup indah,ungkapan yang paling tulus,dan kata yang paling bernilai.

belajarlah dari salah satu kesilapan kita dahulu,sekali kita silap tak semestinya kita akan silap selamanya.
Allah tetap bersama kita,sesungguhnya Dia tidak akan meninggalkan hambaNya yang didalam kedukaan.
melainkan kita betul-betul meninggalkanNya,
begitu istimewanya kita apabila kita dapat berdoa pada Allah.itulah rahsia kita bersama Allah,

sekalipun kulukiskan keagunganMu dalam goresan sebagai tanda kesucian yang mempererat jiwa,Engkau tetap yang teragung dan tempat segala yang bermakna.
Ya Tuhan hanya pada keagunganMu segalanya terasa lapang.

Ya Allah,gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan,balasan kesedihan ini sebagai perkara yang menggembirakan dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

semoga semua masalah yang kita lalui hari ini menjadi satu iktibar buat kita,pada masa akan datang,dan kita semakin matang untuk menanganinya nanti.jangan selalu mencari kesalahan orang lain,better kita mengaku salah kita kadang-kadang agar kita tahu bahawa Allah ciptakan kita semuanya dengan sifat yang cukup adil bagiNya.


yaAllah bersihkanlah hati ini dari segala jenis titik-titik hitam.serta jauhkanlah hambaMu ini dari sifat putus asa.

Monday, January 2, 2012

first post for this year,most Welcome to 2012



بسم الله الرحمن الرحيم

selamat bersua wahai tahun 2012,terkubur sudah tahun 2011,
banyak kenangan yang tak dapat dilupakan untuk tahun 2011,
namun kenangan itu biarlah menjadi kenangan,
kerana perjalanan kita masih panjang,

selalu sangat kita pasang impian baru pada tahun baru,sedangkan impian yang lepas belum tertunai,kira bagusla tu kan,sekurang-kurangnya kita ada impian,
bagaimana mereka yang hidup tanpa impian,tanpa arah tuju,waallahuallam,

perit bila terkenang terlampau banyak ujian yang diberi,namun masih tetap bersyukur kerana kau salah seorang insan yang menjadi pilihan ALLAH,kerana ALLAH tidak akan memberi ujian pada hambaNYA yang tak mampu untuk menerimanya,namu aku berharap ALLAH maafkan segala dosa-dosa kita yang lalu,

peganglah kata-kata ini,semalam adalah sejarah bagi kita,hari ini kenyataan yang terpaksa kita lalui,dan esok adalah satu permulaan yang baik untuk kita memulakan langkah untuk menjadi lebih baik dari hari ini dan semalam,namun ingat jua,kita hanya merancang ALLAH yang menetapkan,kerana,ALLAH adalah sebaik-baik perancang,

terlalu banyak kekhilafan yang berlaku pada masa yang lalu,aku berharap untuk masa-masa akan datang kekhilafan itu dapat digantikan dengan sesuatu yang berfaedah nanti,buat mak ayah,dan muslimin muslimat nanti,

manusia boleh berubah kerana sayang,so why not letakkan sayang kita kepada ALLAH melebihi segalanya,pasti satu masa kita akan menjadi insan yang lebih baik dr hari ini,peringatan buat diri!

kadang-kadang kita terlupa,atau kita terleka,bahawa kata-kata dari luar bukanlah sesuatu yang elok untuk didengar,so bila kita tidak tahu sesuatu kisah itu betul atau tak,lebih elok tanya dulu tuan empunya badan,
kita ingin mengelak dari berlakunya fitnah atau dosa,
sebab itu diam bukanlah tanda kita salah,namun kita buat orang terfikir sama ada betul atau tak cerita itu,
dan itu salah satu sifat org yang benar.tidak cepat melenting.tidak cepat marah.
dan cuba belajar untuk memaafkan orang lain,kalau ingin hati kita tenang.
kerana manusia sentiasa melakukan kesilapan.muhasabah diri adalah penting buat kita.

dan semoga kita makin matang untuk menghadapi masalah serta menanganinya nanti.
dan sekarang aku sudah 21!ulang okey 21.makin dewasa!
semoga ALLAH sentiasa ada didalam hati dan minda.