Tuesday, November 20, 2012

tiada yang dapat menggembirakan hati aku melainkn melihat dia atau mereka menutup aurat dengan sebaiknya,

Monday, November 19, 2012

tawakkal

pagi indah lagi nyaman,dimana kita sepatutnya bersyukur dikurniakan negara yang jauh dari peperangan,nauzubillah,namun jangan kita lupa utk berdoa pada tentera islam kita disana.mereka sedang berjuang utk terus hidup seperti kita,suara hati mereka sama jua dengan suara hati kita.,

alhamdulillah pagi ini saya mampu menulis lagi,diberi akal dan fikiran untuk mencoret sesuatu disini,bukan utk tatapan sesiapa,tapi jika ada yang membaca saya alu alukan,

setiap hari bila bangun dari tidur kita selalu berimaginasi sesuatu yang baik baik untuk sepanjang hari kita,begitu juga saya,dan alhmdulillah sekarang saya sedang belajar untuk mendisiplinkan diri dengan keadaan sejuk disini,bukan baru saya dengan musim ini,cuma kadang-kadang manusia cepat lupa,cepat terleka,sebenarnya dengan usaha yang sedikit pasti kita akan mendapat ganjaran drpd Allah,
kerana Allah akan tengok pada apa yang kita cuba usahakan.
dan sebenarnya bila kita berkata aku ingin berubah,kita sebenarnya dalam proses utk berubah kearah yang lebih baik atau tidak itu saya sendiri tidak tahu,kerana bergantung pada niat masing-masing.

hati manusia ada pasang surutnya,sama dengan iman manusia ada ketika ia naik ada ketika ia turun,macam semalam,saya tak pasti kenapa,tiba-tiba hati rasa sayu,dan saya menangis secara mengejut,tapi alhamdulillah saya menangis dirumah Allah.mungkin kerana iman saya tidak kuat,dan saya rasa jauh dari Allah,sedangkan Allah sedang menguji tahap keimanan saya,sungguh Allah sayang saya,saya perlu yakin pada Allah.
saya selalu berdoa supaya saya dijauhkan dari sifat malas dan sifat putus asa,kerana saya yakin Allah campakkan saya disini dibumi Anbia ini,kerana Allah tahu sy mampu bertahan dengan segala dugaan dan cubaan y akan mendatang,dan saya berharap kalian turut mendoakan supaya hati saya semakin kuat,semakin kental utk menghadapi semua ini.amin.

"jika ALLAH menolongmu maka tiada seorang pun yang mampu mengalahkanmu,tapi jika Allah tidak menolongmu maka siapakah yang akan membantumu,sesungguhnya kerana itulah pada Allah sahaja org mukmin perlu BERTAWAKKAL"

disini saya tekankan,kebergantungan kita dan tawakkal kita pada pencipta kita,
kenapa saya masih ragu-ragu utk meninggalkan dunia sedangkan saya pasti akhirat itu yang kekal.
sekiranya kita letak Allah dalam hati kita melebihi segalanya pasti kehidupan kita akan lebih bahagia drpd segalanya,

sekian.

Tuesday, November 13, 2012

13 november 2012

hari berganti hari,bulan berganti bulan,musim berganti musim,
lama rasanya aku tak menjejakkan jari dilaman yang serba putih ini,
sehingga jari rasa bagai terkaku untuk menulis sesuatu buat tatapan diri sendiri dikala keseorangan.

jatuh bangun sebagai seorang mahasiswi menjadikan diri ini semakin kuat untuk terus melangkah,
namun tidak dinafikan kadang-kadang perasaan takut itu semakin mengcengkam jiwa dan pemikiran,
apa yang aku harapkan ibunda dan ayanda dikampung tidak merasai semua itu,keran aku ingin mereka hidup tanpa ada rasa bimbang tentang anak yang diperantauan ini.

genap sudah 5bulan usia perkahwinan humaira' dan nazirul,insyallah mereka bahagia hingga kesyurga,dan aku turut merasai kebahagian mereka,
k.aina dan zakirin juga insyallah bakal bergelar ibu dan ayah tak lama lagi.
manakala hanin semakin giat membesar dala kandungan k.hasma.
makin ramai la anak buah mafraq nanti,terubat sedikit kerinduan buat salwa adnin yang jauh disana.

skema gila ayat aku hari ni,tapi okeyla untuk memulakan sesuatu langkah ini.
okeylah sebenarnya aku nak kena masak hari ni.so insyallah klau tiada apa-apa menghalang,dan otak pun tak tepu aku akan tetap mengisi ruang putih ini.

last aku tinggalkan dgn satu ayat yang aku petik dr seorang sahabat,
"Aku tidak takut doaku ditolak tapi aku lebih takutkan aku tidak diberi hidayah untuk terus berdoa"