Tuesday, May 31, 2011

creditt too...



nida,maira',ra,mila


ingat tak post yang aku dan jugak mereka dekat atas ini pergi bercuti,okey,harini sempena hari yang baik,dan last day untuk mei 2011 ini,aku nak creditkan post aku ni untuk korang-korang yang ada dekat dalam gambar ini,dan jugak dua insan yang tidak boleh disebut nama....


salah sorangnya sekarang tengah melakukan ibadah ditanah suci mekah,dan insyallah aku doakan selamat segalanya buat kau...


untuk cuti sem kali ni,aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih buat korang kerana menaja aku punya cuti kali ini,aku nak tolak tawaran korang haritu,tapi korang tak kasi korang cakap takpe la kita pegi,act seganla jugak,tapi thanks sangat2 tau,aku gembira dgn korang...



sayang korang!

Friday, May 27, 2011

about everything....

assalamualaikum,selamat pagi bagi anda yang masih berjaga diwaktu begini,dan pada masa cuti semester kali ini,sebijik skema ayat aku,

ingatkan post aku yang terakhir,yang mana aku mengharapkan perginya aku malam itu akan memberi seribu ketenangan buat aku.act,xtenang pun,
tapi aku gembira bersama mereka,melangkah bersama menyusuri pergigian pantai aqabah,yang berjaya menarik minat ramai pengunjung ke sana,

aqabah,salah satu pantai yang cukup indah di negara jordan,ia bersempadan dengan palestin,dan ia merupakan salah satu aliran dari laut merah,betul ke tidak?aku pun tak berapa pasti,tapi menurut kawan aku macam gitula,

act,aku xnak cerita details,sebab tuan haji,dan jugak datin puan hajjah humaira' terlebih dahulu memutarkan cerita tentang percutian kami,

dan sekarang aku masih lagi di tengah bandar irbid menikmati lebihan cuti aku.tapi pagi ini akan terus memulakan perjalanan balik ke mafraq,
kerana ada kerja yang masih belun diselesaikan,

aku berharap,aku,dipermudahkan segala tugas yang diberi,maybe aku akan busy sedikit,kerana menguruskan hal kahwin teman aku yang jatuh pada 30 mei nanti,
insyaallah seandainya diberi keizinan waktu kita akan bertemu kembali,

dan,alhamdulillah,fiqh uqubat kerana baik pada aku,walaupun tak banyak tapi melepasi apa yang aku harapkan,dan aku berharap sem yang akan datang,markah aku akan terus naik,dan semoga aku dikekalkan usaha yang berganda,untuk terus membanggakan kedua orang tua aku,atas hasil usaha aku di sini,amin.

nyamuk:(sakit kaki sudah.okey kepada yang menjenguk kesini,silalah memberi komen,dan kalau masih belum mengikuti blog aku,terus je tekan follow okey,wah nida bujet gila kau,ingat ayat kau ni best ke?bukan macam ayat mira utika ni wey:)

wassalam.

Tuesday, May 24, 2011

pergilah hati

seandainya kau berbahagia dengan menyakiti hati orang aku,aku berharap perasaan itu berkekalan untuk selamanya,yang menanti pada hari esok siapa tahu...
aku berharap perjalan yang bermula malam ini akan pasti memberikan aku seribu ketenangan bersama kalian...

kepada anda:(sory atas segalanya...

Monday, May 23, 2011

ketenangan.

mata berkelip kelip menghitung masa untuk melihat kembali sinaran pada hari yang seterusnya,mengharapkan masa sekarang biarlah berlalu dengan pantas,
namun kenapa mata yang diharap pejam masih lagi segar,sudah berhari hari keadaan mmerelakan aku terus begini,roommate aku pun agak teperasan dengan keadaan aku sekarang,bila kat atas katil ni mula la keadaan gelisah memaparkan yang aku memang tak boleh tidur,aku mencari ketenangan itu,

aku cuba mengosongkan minda aku ketika ini,aku letih untuk berfikir sesuatu yang belum pasti tujuannya,namun,aku tak mampu,selalu memberi nasihat buat orang lain,namun dalam hati semua aku simpan,aku mengharapkan kalau mereka saling menyayangi pastikan sayang itu ikhlas dari hati,aku tak mampu melihat penderitaan orang lain,kerana mereka semua teman aku.

percaya dan yakinlah,
letakkan insan yang kau sayang dalam hati kerana ALLAH,dan bila kau percaya pada ketentuan darinya kecewa yang kau rasa tak akan membuatkan kau mahu berputus asa macam manusia yang tiada arah untuk hidup.

aku mengharapkan hari esok masih lagi ada sinar buat aku dan dia.
dan yang pasti aku masih lagi menantikan sesuatu yang baik buat aku di penghujung perjalanan aku.

ikhlas sukar diperolehi:

Friday, May 20, 2011

kesekian kali aku berdiri disini tlus hati dihadapanmu,masih merayu dengarkan aku,
jalan yang berliku sepanjang hayatmu aku juga merasainya,lantas aku mengerti dan memahami,cuba lah kau lihat kedalam hatimu percikan cahaya yang akan membara menjadi penerang segala yang dihadapanmu.
lihatla jua kedalam hatiku,aku lah temanmu kita kan bersama mengharung dunia yang fana ini.
ku ulangi lagi tidakkan pudar keyakinanku yang kau akan berdiri atas kemuncak
tinggi.

.maaf.

Thursday, May 19, 2011

adakah aku yang kejam

dulu kamu sering melemparkan kata kata yang cukup mengguris hati aku,ada aku kisah ketika itu?ada kamu fikir perasaan aku?oleh kerana aku cukup terkenal dengan kenakalan aku yang tidak pernah berkira diatas apa yang kau lakukan terhadap aku,
aku kau jadikan tempat meluahkan marah kau pada orang lain,
kalau kau tahu,aku juga cukup kejam,bila aku juga boleh melakukan perkara yang sama dengan kau,jangan menyesal,kerana siapa tahu,di suatu masa kelak,orang ini yang akan kau cari....

akan aku rungkaikan rasa cinta demiMU.

sekalipun cinta telah ku huraikan,
dan kujelaskan panjang lebar,namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri,meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang,
sementara pena tergesa gesa menulis.
kata kata pecah berkeping keping namun sampai pada cinta,dalam mengurai cinta,
akal terbaring tak berdaya,bagaikan keldai terbaring dalam lumpur.

sungguhpun berat ujian cinta,aku berharap aku mampu melawannya,aku tahu aku lemah,kerana aku bukan malaikat yang tidak punya nafsu,aku manusia.

seandainya benar dia bukan insan yang akan mengimamkan aku di suatu sudut,jauhkan aku dari dia,namun dekatkan dia padamu ya RABBI.
dan seandai benar dia insan yang akan menunjukka aku jalan kepadaMU,dekatkan kanlah perasaannya dan jua perasaanku,namun biarlah semua ini berlaku,hanya kerana mu ALLAH.

Saturday, May 14, 2011

disuatu sudut

situasi1:kita selalu berangan-angan nak kan orang yang sempurna untuk bersama kita,
tapi kita tak pernah fikir untuk menjadi yang terbaik bagi orang lain,
sedangkan kita tahu manusia bukan satu sifat yang sempurna,
kenapa manusia tak pernah bersyukur dgn apa yang ada padanya,

situasi 2:kalau betul kita sayang seseorang tu,kita kena korbankan banyak perkara,kita kena percaya,kalau sayang tak semestinya kita memilikinya,
kenapa perlu ada rasa dendam dalam hati kita?sekiranya kita berpegang pada yang SATU.
sekiranya kita yakin perasaan sayang itu hanya pinjaman dari allah buat kita.

situasi 3:kenapa pula kita selalu ambil mudah sesuatu perkara?bila ia melibatkan hati dan perasaan,ia bukanlah suatu perkara yang boleh kita anggap macam program bola sepak.kenapa kita terlalu yakin dgn kelebihan yang ada pada kita.
sedangkan kita tahu andainya ia melibatkan hati dan perasaan ia akan buatkan sifat dendam menguasai diri kita sendiri.

situasi 4:andai kita sayang dan benci kerana ALLAH,kita akan ihklaskan hati kita untuk hadapi segala ujian dari ALLAH,kerana semua yang bermain disekitar kita hanyala ujian dari ALLAH,untuk melihat bagaimana kita menghadapi segala kemungkinan yang datang.

situasi 5:janganlah kita mudah ketawa dengan kesusahan orang lain,kerana bila sampai suatu saat tempat kita akan berubah dengan sekelip mata.
tidak mustahil,YANG JAHAT BERUBAH MENJADI BAIK,DAN YANG BAIK BOLEH BERUBAH MENJADI SEBALIKNYA.NAUZUBILLAH.

Thursday, May 12, 2011

masa yang seminit ini sangat berharga


i miss all of you!



heart you girl


percayakan masa yang seminit itu sangat berharga,tengok aku la sekarang ni,kejap lagi nak keluar pergi bandar,tapi sempat lagi nak berblongging.tapi tak ape,time time macam ni la idea tu datang mencurah curah bukan,

okey,tadi bukak fb,tengok ada gambar mereka mereka ini,then terus je perasaan mula mengingati detik detik bersama mereka,lagi lagi mygirl YASMIN ALIAS.

dah besar dh kamu semua,sekarang dah jadi sunbae!dah nak SPM dah,mesti korang study hard kan,ape ape pun k.nida ucapkan all the best,

then tuk si budak humaira' ibrahim,sory ganggu kau tadi,aku ingat kau dah habis exam,hehehehe,aku nak kasi tau sama kau,aku gembira sekarang,sebab dia aku pun tak tau,cume sekarang aku mampu tersenyum,salah satu sebab nye,aku rindu kau cik humai,
aku tak saba nak jumpa kau,even banyak sangat benda yang mengganggu fikiran aku sekarang,tapi bila terfikirkan mak dgn ayah,kau,then budak dekat atas ni,terus je aku mampu mengukir senyuman,

dah,heart you,tak saba nak berskype dengan qheela azlan malam nanti.

Tuesday, May 10, 2011

sedarkah kamu wahai hati....

kau tau tak kau sekarang sedang diperbodohkan orang lain,aku mentionkan sekali lagi.
DIPERBODOHKAN!
kenapa menangih pada yang tak sudi?biarlah dia bahagia dengan pilihannya,
dimana harga diri kau sebagai seorang lelaki?

seriusly,act aku fed up gila dengan semua ni,plesss matang sikit!naik mual segala urat tengkak aku lihat lakonan korang ni,naik berbulu bijik mata aku ni,
kalau benci!cakap benci!tak perlu nak kena layan macam dulu dulu,
tapi tu la,perasaan sayang mengatasi perasaan benci lagi kan,

tapi seriusly aku tak dapat terima!apa apa pun asal korang bahagia....

Saturday, May 7, 2011

selamat hari ibu WAN AZIZAH.

hai,sihat semua?semoga berda dalam keredhaan ALLAH insyallah,
hari ni hari sabtu,time sekarang kalau dekat jordan ni baru pukul 6.40 ptg,sambil sambil tunggu waktu nak berbuka puasa ni,aku online kejap,alhamdulillah,dah 2hari aku selamat menunaikan janji aku kepada ALLAH,namun segala diserahkan kepada ALLAH untuk menilai amalan setiap hambanya bukan,

alhamdulillah jua,kerana akhirnya aku berjaya melangkah kan kaki aku terus ke kuliah untuk sem akan datang,terima kasih buat mak dan ayah yang tak penah jemu jemu menadah tangan untuk memastikan anak mak dengan ayah yang sorang ni terus kuat untuk menjalani kehidupan di negara orang ini,dan syukran jua buat doc kamal,yang telah memastikan nama saya terkeluar dari list ML.
setinggi tinggi kesyukuran aku panjatkan buatmu ALLAH,
tinggal satu lagi paper final aku,fiqh uqubat,plesss semoga baik baik saje paper tu nanti.

act entry kali ni is about mother's day.


okey,mari saya mentionkan yang kanan anda itu adalah wan azizah,
dan yang kiri che abd hamid.

-mak,selamat hari ibu,sory tadi mak call tak sempat nak cakap,sebab mak dgn ayah bz kan,so,nida wish dekat sini,even nida tau mak tak kan bukak bendalah ni,tapi nida update jugak buat mak.
-terima kasih atas segala pengorbanan mak selama ini,yang telah membawa nida dalam perut selama 9bulan,kehulu kehilir,
-terima kasih sebab bagi nida makan dari nida umur sehari sampai umur nida 20 dah sekarang,dah besar dah anak mak ni,dah dapat kahwin dah pun mak,hehehehe.
-terima kasih sebab ada bila nida nak story something.
-terima kasih belikan nida baju,kasut,tudung,segalanya la.
-terima kasih temankan nida keluar jalan jalan.
-terima kasih di atas setiap perkara lucu yang mak selalu buat untuk nida.
-terima kasih sebab jadi doktor ketika nida sakit.lagi lagi kalau sakit pompuan.
-terima kasih tak pernah putus putus bagi sokongan dari nida sekolah rendah,sampai nida dah jauh dari mak sekarang.
-terima kasih bagi duit untuk nida.
-terima kasih bagi makan segala jenis masakan yang mak pandai buat tuk nida.

-mak nida mintak maaf sebab nida banyak buat mak terasa hati,susah hati,sakit hati,segala jenisla.
-mak,nida mintak maaf sebab tak dapat buat yang terbaik untuk mak dalam segala jenis hal,tapi insyaallah nida akan terus berusaha.
-mak jangan sedih sedih,sebab nida dah tak de dekat dengan mak nak dengar cerita mak.
-mak,nida mintak maaf sebab dulu dulu zaman kanak kanak,nida nakal sangat,kalau mak suruh nida tak buat.
-mak,nida nak mak tau nida sayang mak lebih dari segalanya dekat atas dunia ni,kalau boleh nida nak bawak mak datang sini dengan nida sekali,\.
-nida rasa nida tak mampu nak balas balik segala yang telah mak dengan ayah dah buat untuk nida dan adik beradik yang lain.
-semoga doa kami mengiringi perjalanan hidup mak dengan ayah.aminnnn...
-caiyok mak!tunggu nida tau.nanti kita kelua jalan jalan dengan kereta ayah lagi.
-I LOVE YOU WAN AZIZAH OMAR!

selamat hari ibu buat ibu ibu dekat luar sana,teristimewa buat k.long NURHAMIZAH,yang akan menyambut kedatangan baby sulung next month.
semoga direstui oleh PENCIPTA LANGIT DAN BUMI sentiasa.INSYAALLAH.

dah salam.

sesuatu tentang aku

1:aku tak suka orang marah aku.bila orang marah aku mula la kelua air jernih aku ni.
2:aku tak pandai pujuk orang,kalau orang merajuk,aku hanya mampu telefon2 sampai dia angkat.
3:bila aku suka seseorang semua tentang dia aku nak cerita dekat orang.
4:aku seorang setia kawan.
5:kawan baik aku dekat malaysia,is qilah,cah,chek,merekala yang aku selalu kongsi semua benda,
6:kalau dekat jordan ni humaira' lah kawan paling aku percaya,even kdg2 dia susah nk ikut cakap aku,tapi aku still sayang dia tahap cipang,
7:aku suka merajuk.
8:aku minat siti nurhaliza.
9:aku cakap banyak,(semua orang tau benda tu)
10:aku suka baca novel.
11:aku suka tengok cerita korea.
12:aku suka berkawan.
13:aku suka menulis.
14:aku seorang pemalas(tapi ada jugak sometime aku rajin)
15:aku ada kakak,abang,dan adik.
16:aku nak dapat anak buah sulung bulan6 nanti.
17:aku tak suka terus terang kalau soal hati dan perasaan,bagi aku it's complicated.
18:kalau aku sayang kau,aku memang sayang betul-betul.
19:kalau aku ada masalah,aku akan silentkan aku punya phone.
20:aku suka coklat.dan icecream.
21:aku suka SENYUM.

yang pasti hari ini,aku cukup terasa.

Wednesday, May 4, 2011

kesedaran yang pasti.

jangan terlalu gembira dengan melihat kesusahan orang lain,
kerana sekali jatuh balik dekat kita,baru kita tahu langit itu tinggi atau rendah,

janganlah kamu berdendam dengan orang yang buat kamu sakit hati,sepatutnya kamu mendoakan dia supaya mereka sedar dimana khilafnye mereka,

situasi study oversea

ustaz pernah cakap dulu,kalau study oversea ni 2benda paling takut:
tidur.
kahwin.

tidur bila masuk musim sejuk aje semua sedia je duduk atas katil bawah hiram memang best gila la time tu,

kahwin,penah je dengar orang cakap kalau study oversea perkara paling biasa kahwin la,bila dah sampai sini,memang betul kalau kita dengar ada irang kahwin sambil belaja dah biasa dah,

okey,bagi aku,kahwin?siapa yang tak nak kahwin kan,kalau aku pun aku nak,tapi atas kemampuan masing-masing,kalau kau nak kahwin maih aku gitau pendapat aku,
bagi lelaki:
kalau kau dah kahwin,kau dah tak boleh keluar lepak-lepak dengan kawan-kawan kau dah,
kau kena tau cari duit,bukan untuk sehari dua,tapi untuk jangka masa yang lama,
kau dah tak boleh malas-malas,kau kena jaga wife kau lagi,kau kena jadi imam bagi family kau,

bagi perempuan:kau dah tau masak?dah tau kemas rumah?dah tau basuh kain?lipat kain?
mane kau nak piki nak masak ape tuk husband kau lagi bila dia balik nanti.

memang,kalau kita kahwin kita akan rasa tanggungjawab itu kita kena buat,
namun,ingat,kita berkahwin,bukan hanya dengan dia sahaja,tetapi dengan seluruh ahli keluarga dia,kita kena jaga hati semua orang,

tahin first kita di oversea,perasaan untuk kahwin yang datang tiba-tiba,memang sangat overexiterd buat kita,tetapi semua tu atas kita yang pandai tuk kawal bagaimana perasaan itu boleh berlalu,aku sekadar memperingati diri aku sendiri,
jangan jadi yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...