Wednesday, February 20, 2013

jiwa,hati,dan rasa

bismillah,dan assalamualaikum,

lama rasanya saya menyepi dari dunia blogger,saya harap semua sahabat berada dalam keadaan yang dirahmati oleh ALLAH,ameen.
ketandusan idea membuatkan saya betul-betul senyap dari dunia blogger,maklumlah saya tak lah pandai berkata-kata.

gulp....makin hari makin terasa kesedihan itu,menantikan detik perpisahan antara saya dan sahabat baik,merangkap kakak,merangkap saudara,merangkap musuh saya disini,
saya senyap,saya tak mampu nak meluahkan pd dia apa y saya rasa,ye,saya sedih,itu yang saya rasa sekarang,sedih teramat sangat,tetapi bila bersama dia,saya tak tahu nak realisasikan kesedihan saya itu.
lagi seminggu dia bersama saya,saya mampu bayangkan bagaimana keadaan di airport Queen Alia nanti,

kalau dulu seorang sahabat telah pergi meninggalkan saya utk terus berjuang dibumi malaysia,kini lagi seorang sahabat saya akan turut mengikuti jejak langkah sahabat y dulu,saya tertanya-tanya,dengan siapa saya akan bercerita,dengan siapa saya akan luangkan masa bersama lagi ?

setiap pertemuan pasti ada perpisahannya,itu yang saya pegang,itu y buat saya yakin bahawa setiap y datang bukan milik kita sepenuhnya,setiap y datang pasti akan pergi meninggalkan kita,sama ada berpisah kerana mati atau berpisah kerana tugas y lagi penting.

kerana itu,disebalik kesusahan y diberikan oleh ALLAH buat saya,disitu sy yakin ada kekuatannya.
ALLAH mahu sy berdikari,ALLAH mahu saya menjadi kakak buat adik-adik pula,
ALLAH mahu saya bersabar,ALLAH telah aturkan sesuatu y lebih indah buat saya.
dan semua itu bergantung kepada saya pula utk berusaha menggapainya.
ALLAH tidak pernah tinggalkan saya,cuma ALLAH nak saya belajar utk berusaha mendapatkannya.
*ALLAH kuatkan hati hambaMU*menangis*

semoga masih ada hari,dan waktu utk kita berjumpa lagi,jika bukan didunia insya'ALLAH diakhirat kelak.
maaf nida pinta,selama menjadi rakan serumah akak,nida banyak buat akak terasa hati,nida marah akak,
terimakasih sebab selalu marah nida,selalu terasa hati dengan nida,halalkan makan minum nida,atau apa-apa y tersangkut.*hibasebaksayu*

#loveuntiljannah