Monday, December 12, 2011

jangan ditangisi dunia,kerana ia tidak selayaknya untuk ditangisi.

harga hukuman sangatlah mahal dan itulah yang harus dibayar oleh seoarang pendendam dan pendengki,orang yang menderita kerana memelihara dendam dalam hatinya jika dia ingin membalas dendam dia harus mengorbankan hatinya,dagingnya,darahnya,perasaannya,kedamaiannya,ketenteramannya,dan kebahagiannya,dan akhirnya hanya kerugiaan yang diperolehinya.

maafkan orang yang menyakiti kita itu lebih baik.

Thursday, November 3, 2011

kesedihan bukan keharusan.

kesenangan dan kesedihan sudah menjadi lumrah dalam kehidupan,
ia sudah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan seharian kita,
dan ia hanya menjadi satu mainan dalam kehidupan,
kadang-kadang ia menjadi satu hiasan dalam kegiatan harian kita,
hari ini mungkin ada seseorang yang dapat diselamatkan,
sedangkan pada hari lain sekelompok manusia sudah mati.

sedih itu pasti ada buat insan yang hidup atas nama manusia.
namun biarlah kesedihan itu berpada-pada.
bila kita yakin dengan janji allah.
pasti kita tahu dusebalik kesengsaraan itu pasti ada kebahagian,

selalulah memohon dariNYA,
supaya dijauhkan segala rasa yang tidak elok dari dalam hati kita.

Monday, October 31, 2011

31 oktober 2011

hello semua,sedar tak sedar sudah begitu lame aku tak menulis diruang blog ini kan,
entahlah sekarang makin sibuk,dekat bilik pun takde nampak muka aku lagi sekarang,
sibuk dengan uruskan rumah baru,sibuk dengan paper exam,sibuk dengan kawan.
all the things aku nak kena fikir,jarang sangat nak nampak aku menghadap laptop lama-lama sekarang.kalau ada pun tengok notification dekat fb je.

rindu nak luahkan segala macam rasa dalam hati dekat blog ni dah tak terhingga,
tapi tak tahu nak mula dari mana,lagipun malas nk bukak cerita.

sekarang nak cari kawan yang betul-betul boleh ada time susah dan senang bukan mudahm
lagi-lagi kalau kita hidup bermusafir ni,menahan airmatala kan.
kawan yang faham segala kehendak kita,kawan yang tahu isi hati kita.
bukan pinta semua itu sebab aku tahu allah takkan bagi sesuatu yang cukup sempurna untuk kita,
sebab ada satu pepatah yang penah aku dengar,
jangan kita idamkan sesuatu yang sempurna buat kita kerana bila kita perolehi yang biasa dan kita hidupkan benda itu nescaya ia akan menjadi sempurna.

sebab itu muhasabah itu penting bagi setiap manusia.kesedaran itu penting untuk kita tahu dimana kelemahan dan kekurangan kita.,

buat orang yang paling aku sayang selama aku berkawan,siti aqilah azlan,dan adik yasmin alias,
sorry sgt tak dapat nak creditkan sesuatu yang special buat korang pada hari lahir korang,tapi asal korang tahu,aku disini sentiasa doakan yang terbaik untuk korang.

untuk kamu.walau dah jauh dari tarikh kamu aku tetap nak mentionkan disini selamat hari jadi.
maaf untuk segalanya.thanks for being myonlyKawan here.yang sentiasa marah aku,yang sentiasa merajuk dgn aku.yang sepatutnya aku yang merajuk tapi jadi terbalik sbb kau manjakan...c.

aku harap bukan yang terakhir post aku ini.dan aku berharap keadaan kembali normal seperti selalu.

Wan Aina Syahida,Norshiha hassan,Nur Syazwani,Ainun Nadrah.
thanks sebab sudi ada ketika nida sunyi,thanks sebab buat nida gelak sampai terguling dengan korang.semoga ukhuwah kita kekal.


Wednesday, October 12, 2011

assalamualaikum.

selamat bersua kembali bukan,memang lama sangatla tak berblog2 ni,bukan tak sudi,tapi disebabkan telah meninggalkan dunia internet untuk sebulan yang lalu,jadi dengan serta merta ingatan pada blog makin luput.
Rindu pada laman ini bukan dapat diungkap dgn kata2,lagi2 bila balik ke bumi Syam ni balik, kena pulak pindah dekat lua,internet sini pulak slow tahap gaban.so terpaksala aku menahan hati aku dari terus melayan internet.
alhamdulillah,aku sihat sejahtera,kawan aku pun ramai dah selamat mendirikan rumah yang bertangga.hahahahaha.tiba2 keluar cerita sal rumah pulak.
sekarang makin sibuk dengan banyak benda.bila dah senior ni,semua benda buat sendiri,jarang orang nak tolong kan.

okeylah aku tinggalkan korang dengan satu ayat.

semalam bagi kita adalah sejarah.
hari ini kenyataan,
esok belum tentu kita tahu apa akan terjadi,corak lah ia dengan sehabis baik.

Sunday, July 31, 2011

termiliknya kita pada sesuatu.

dalam islam,seandainya seorang lelaki telah memberi kata putus bahawa dia ingin mengambil seorang perempuan itu sbg isteri,itu bermakna perempuan itu adalah hak lelaki tersebut,
maka tiada sesiapa pun yang berhak mengambil perempuan itu dari lelaki tersebut.
jika lelaki lain mengambil perempuan itu jua ia dikira merampas.

merampas bermakna mengambil sesuatu yang bukan milik kita tanpa izin kita adalah dikira merampas secara mutlak.sedangkan kalau orang lain duduk atas katil kita tanpa keizinan kita,itu sudah dikira perampas.

susah bila tiba masa kita nak kena nasihat orang lain,kerana kita juga bukan sempurna,
namun ada pepatah mengatakan,
jangan melihat pada orang yang berkata-kata,tetapi lihatlah apa yang dituturkan.
kerana kalau kita perasan,untuk melihat kematangan seseorang bukan bergantung pada umur.
kerana umur bukan melambangkan kematangan seseorang.

wahai kaum wanita,pandailah membawa diri dalam pelayaran kali ini,bukan mudah untuk mencari seseorang yang dapat membimbing kita kejalan yang diredhai oleh allah.
jagalah perasaan orang lain.kerana kita hanyalah seorang wanita.sekuat mana pun kita,tetap lemah bila dihadapan seorang lelaki.
bukan untuk melemahkan kita kaum wanita,tetapi hakikatnya begitulah.

semoga semua diberi petunjuk olehmu ALLAH.

Tuesday, July 26, 2011

pasti ada pelangi selepas hujan

assalamualaikum,lame kan tidak mengupdate blog,sorry sangat sebab sekarang dah final exam,
makin hari makin banyak dugaan kan,bukak buku mengantuk,tapi mengadap benda ni tak pulak,
tapi ape2 pun aku exam sabtu ni dgn isnin then merdeka,

kenapa title aku macam tu,sebab aku nak kongsi sesuatu dengan kalian,
jangan pernah mengeluh dengan ujian dari allah,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,macam hujan lepas hujan pasti ada pelangi yang menceriakan hari kita bukan,malahan lagi cantik,subhanallah sungguh tak terduga rahmat yang diberi oleh allah buat kita semua bukan,

allah tidak akan menguji hambanya yang tidak kuat menerima ujian darinya,
bila kita ditimpa musibah,allah yakin kita mampu memikulnya,
mungkin allah masih tidak dapat melihat usaha kita,atau mungkin allah masih mahu mendengar suara kita memanggilnya,siapa tahu kan,kerana dia lah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.
allah malu untuk menjawab doa kita dengan sesuatu yang kurang baik,kerana allah maha kaya,
namun bila mana dia masih lagi tidak menjawab doa kita,mungkin ada sesuatu yang lagi baik dari apa yang kita inginkan,
kerana allah tidak akan memberi apa yang kita minta,tetapi memberi apa yang kita perlukan.

so,tetapkan hati,yakin dengan hubungan kita dengan ALLAH dan jua makhlukNya yang lain.

Monday, July 11, 2011

assalamualaikum,sekarang kalau korang perasanla,status fb aku mesti bernombor kan.
bagi sesetengah kawan aku dekat fb maybe diorang tahu kenapa.
aku xnak sebut sebab it's gonna be suprise for you all see la nanti.
bila dah tiap-tiap hai aku dop mengadap buku fiqh ahwalu syahksiah tu,timbul pulak rasa minat pada ilmu yang ada dalam tu,orang nak habis belaja dah,aku baru nak minat kan.
nasibla ada google translate.dia penyelamat aku ketika aku hampir putus asa.
mula-mula belaja buku tu penim wey nak cari makna,tapi bila semalam macam menarik je makna aku cari tu terus hati berbunga tak saba nak habis untuk semesta ni.

dengan kekuatan yang ada pada aku sekarang,aku memang tak saba nak tunggu second exam ahad nanti,bujetla ko nida,macam la ko dah habis baca,act tak habis study pun lagi k.
tapi sebab ada something menanti awal bulan ogos nanti,tu yang macam exciterd lebih.

tolongla exam be nice with me k.
aku nak cemerlang.
mood:tak saba.selepas 11month being perantauan.

Thursday, July 7, 2011

perasaan aku ketika ini

assalamualaikum,dan selamat malam,seandainya rasa dan perasaan aku dapat dilihat dengan mata kasar,tidak perlu aku bersusah payah menaip untuk tatapan kalian bukan.
semua rasa ada,cinta,sahabat bercampur seperti nasi kerabu.

betullah kata pepatah untuk memilih yang terbaik dalam hidup kita bukanlah satu keputusan yang mudah.
bila rasa sayang kita padanya timbul dan ada penghalang memang susahkan,dan bila kita terpaksa membuat pilihan untuk mencari yang terbaik bagi kita.terlalu perit.
namun pilihan itu terpaksa kita buat jua.untuk mendapatkan kepuasan kita sendiri.
memerlukan pengorbanan yang banyak.
namun jangan disalahkan pada takdir yang telah tertulis buat kita,kerana setiap kejadian yang datang dari allah akan ada hikmahnya nanti.sekadar lambat atau cepat.
untuk memilih sesuatu,jangan dilihat pada masa kini,tapi renungkan untuk masa akan datang.
kerana kalau boleh biarlah pilihan kita itu kekal untuk satu jangka masa yang lama.

sepanjang hidup aku 20tahun,aku cuba mencari kebahagian memilki sahabat.
sampai aku terlupa kawan jua adalah pinjaman dari allah.
letih dengan kerenah kawan,tidak terniat aku untuk menyalahkan sesiapa yang menjadi punca,kerana aku tahu masing-masing bukanlah sempurna untuk melengkapi antara satu sama lain.
namun aku sudah penat mengalah,kerana sikap aku juga mudah melatah,aku bukan malaikat yang 24jam tidak pernah melakukan dosa.asal kamu tahu,kehidupan seharian kita ini sentiasa bergeloman dengan dosa.
bukan ego yang aku perjudikan namun sudah tiba masa kamu lihat dan sedar yang tidak semua orang dapat memenuhi kehendak kamu.dan kadang kala sikap toleransi kamu juga amat diperlukan dalam kehidupan kita sebagai sahabat.

kadang-kadang aku teringin untuk hidup seperti teater yang bersiaran langsung di atas pentas,
sehinggakan aku terlupa hidup mereka diatur oleh manusia yang digelar pengarah.
oleh kerana itu mereka nampak begitu gembira dengan kehidupan mereka.
sedangkan kita terlupa hidup mereka di luar bagaimana.

bukan aku tidak bersyukur dengan segala nikmat yang aku perolehi,aku dapat bernafas menghirup udara segar yang diciptakan oleh allah,
nukan aku merungut,namun kadang-kadang aku terlalu mengikut emosi dalam membuat keputusan.sehingga aku terlupa semua itu datangnya dari allah.

dan alhamdulillah,dengan itu kesedaran masih lagi bersama aku.

bila aku rasa cuak

first point aku,aku memang rasa sebal bangat hari ni,sedih semua ada,cuakkkkkkk tahap entah tahap keberape dah,
masuk kelas hasub tadi doc cakap exam sani 18 nanti,terus senyap aku,sebab 18 tu aku dah ada satu paper,memang aku tahu dah biasakan kalau exam dua paper,tapi entahlah dah la satu paper tu nak kata senang tipula kan.
dah tu dengan perangai manusia yang macam-macam ragam ni.
kalau aku cuak mula lah benda-benda macam ni jadi,

-aku tak kan bercakap dengan sesape until aku punya feel ok.
-muka dah memang terang-terang nampak tension.
-jalan bukan main laju.
-hati jadi tak keruan.
-mula rasa nak nangis.
-mula rasa nak balik malaysia.
-masuk bilik cari makanan.

tapi tadi,bila aku mula rasa semua tu,aku jadi sedih,aku cuba call kawan aku nak story-story,
tapi dia xangkat,tu salah satu sebab allah suh aku cari dia dulu,terus pegi ambik wuduk solat,then mengadap kitab dgn menggunakan google translate.

tapi bila dah makna aku cari macam pelik,aku jadi cuak balik,nak tido tapi xboleh,sebab tak nak aja tido petang,
then terpiki dekat blog,kerja aku menaipla jadinya,

now aku tau,bila rasa sedih tu datang allah yang paling layak untuk kita dampingi.

Tuesday, July 5, 2011

jika aku jatuh cinta



bismillahirrahmanirrahim


ya allah, jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu,

agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu.

ya muhaimin,jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu agar tidak terjatuh aku kejurang cinta nafsu,

ya rabbana, jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatimu.

ya rabbul izzati, jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanmu.

ya allah, jika aku menikmati cinta kekasihmu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

ya allah,jika aku jatuh hati pada kekasihmu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu..

ya allah,jika kau halalkan aku merindui kekasihmu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padamu..


amin...

Monday, July 4, 2011

selamat petang.

selamat petang semua,time-time macam ni semua orang tengah kusyuk tido je kan,tapi aku tak,sebab ape?sebab aku tengah tengok cerita cinta akhbar.
dengar-dengarlahkan orang cakap tido petang ni salah satu sebab boleh jadi gila?tak tahula kan,sebab ada orang dia kena tido petang baru boleh study malam-malam.

okey tadi aku tengok cerita cinta akhbar ni,ada something aku tiba-tiba ingat.

wuduk.
begitu pentingnya wuduk dalam kehidupan seharian kita kan,ia membersihkan luar dan dalam diri kita.ini kerana hari-hari yang kita lalui kita sering bercakap sesuatu yang tidak berfaedah.
membasuh muka dengan begitu tertib,ini kerana ahli syurga wajahnya putih bersih.
serta membasuh tangan sehingga paras siku kanan kerana ahli syurga diberi hisap melalui tangan kanan,serta membasuh tangan hingga keparas siku kiri,kerana ahli neraka jua diberi hisab melalui tangan kiri,nauzubillah.
membasuh kepala biar tekena rambut kerana panas dipadang masyar kelak sejengkal dari kepala kita,
membasuh kedua-dua telinga kerana kehidupan seharian kita sering mendengar orang mengumpat dan memfitnah,
membasuh kedua-dua kaki,kerana ahli syurga melintasi titian dengan begitu pantas seperti kilat.
dan semua benda ini akan diambil kira pada hari akhirat yang kekal untuk kita suatu hari nanti.
dan tidak ada sesuatu benda atau perkara pun yang dapat melawannya.kerana qada' dan qadar kita hanya ditangan allah.

begitulah pentingnya wuduk dalam kehidupan kita seharian.umpatan dan fitnah yang kita dengar sehari-hari begitu kotor.dan waktu wuduklah semua kekotoran itu kita nak gugur seperti air yang mengalir disetiap anggota tubuh badan kita semua.

Sunday, July 3, 2011

Nur Salwa Adnin bt Mohd Rozainey








-2julai2011
-10.30pg.


selamat melihat dunia adnin,semoga awak jadi anak yang solehah didunia dan diakhirat kelak.

sorry sangat sebab cik da tak dapat lihat awak ketika ini,sabar tau.

tapi cik da memang tak sabar nk tengok awak.

awak ada iras mak awak,tapi cik da akan makesure kan hidung biat macung macam hidung cik da tau hehehehe.


dan sekalung tahniah buat awak nurhamizah n mohd rozainey kerana telah selamat melahirkan anak pertama korang,

buat ayah dan mak,tahniah atas kehadiran cucu sulung ini,bertambah la ahli keluarga kita.

harapan ayah tadi,semoga dgn kehadiran adnin,dapat mengeratkan hubungan keluarga kita.

dan memberi sinar kebahagian dalam kehidupan kita.


disebalik suara yang lemah,ada sinar yang cukup indah untuk sepanjang hayat mu.

semoga kehadiran mu adnin menjanjikan keberkatan buat ahli Che'




Saturday, July 2, 2011

love it's begin?






ape pendapat korang bila ada orang cakap 'saya jatuh hati pada awk'


.dicatat oleh hati.

Friday, July 1, 2011

aku tertanya sendiri

selamat menyelak tirai kembali laman bagi luahan rasa dan minda aku ini,myblog.owh serius i miss you sayang.

tetiba petang tadi terfikir nak tulis something about lelaki dan perempuan.
selalu la bila aku tengok,kalau yang couple kan.bila keluar makan ke,keluar pegi mana-mana ke,
kenapa mesti lelaki yang bayar?

seriusly,aku tertanya,bila aku fikir,kenapa tak kadang-kadang biarlah perempuan yang keluarkanduit pulak kan.

ada sesetengah dari mereka akan cakap,baru gentlemen.then kalau si perempuan cakap,tak apela bia saya pulak bayar,sure2 si lelaki marah,cakap tak apela simpan je duit awak.

entah tak faham la.ada sesape nak tolong jawab tak?
dan mata aku ni tolonglah pejam,dah lewat sgt dah ni.

Monday, June 27, 2011

sometimes



satu perasaan itu pasti ada dalam hati bagi insan yang bergelar manusia,namun perit mengalami perasaan itu satu benda yang sukar digambarkan,seperti tangan yang terluka kerana pisau,


bila ia datang,yang pahit pasti manis,yang sakit pasti sembuh,yang mandi pasti tak basah,yang makan pasti tak kenyang,


benar perasaan itu cukup indah,seperti pelangi yang cukup indah selepas hujan,


namun bila ia datang sama seperti kita mencari penyakit,


namun for now,perasaan i normal lagi.cuma ada kadang-kadang bila rasa ingin tersenyum pasti lebar senyuman diwajah untuk semua yang memandang.


ia seperti



ia seperti warna warni,

jarang orang nampak,

ia seperti pelangi.

ia datang selepas hujan.

sungguh indah.


begitu jua hidup kita,

walau pahit yang muncul dahulu,

di hujungnya pasti ada manisnya.

Thursday, June 16, 2011

sesungguhnya benar kita adalah HAMBANYA yang lemah.

assalamualaikum buatmu teman.




sesungguhnya iblis berdiri didepanmu,jiwa disebelah kananmu,nafsu disebelah kirimu,

dunia disebelah belakangmu,dan semua anggota tubuhmu berada disekitar tubuhmu,

sedangkan allah diatasmu,sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama,

jiwa mengajakmu ke arah maksiat,nafsu mengajakmu memenuhi syahwat,

dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat,dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa,dan tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunannya.




sebagaimana firmannya yang bermaksud'dan allah mengajakmu ke syurga serta menuju keampunann-nya'.


dan benarlah iman itu bukan diwarisi.

Wednesday, June 15, 2011

siapa sangka KISAH dahulu diPUTARKAN kembali

aku tahu aku salah.okay tak payah nak mention banyak kali dekat telinga aku.sebab aku,kau jadi seorang yang serius.

tapi semua tu dah lama berlalu,aku tahu aku yang silap,namun masa tidak dapat diputarkan kembali.

apa yang aku harapkan kau dapat maafkan aku.
dan insyallah benda ini tak kan terjadi untuk kedua kali.

Monday, June 13, 2011

aku tujukan kisah ini buat kau.

oneday ago,aku memang sangat-sangat tak suka kau,kalau dalam kelas tu ada saja benda yang aku memang tak puas hati dengan kau.

sebab kadang-kadang kau pun sombong dengan aku,tapi bila aku dengar story-story ada yang
cakap aku sombong,muka aku garang,susah nak cakap dengan orang.

yang realnya,bila aku bercakap susah nak berhenti la beb.

then,bila keluar jalan-jalan dengan doktor haritu,aku pinjam kau punya DSLR.
dah nampak yang kau bukan la sombong sangat.
then,aku tahu pulak kau ada minat somebody,yang memang aku kenal sangat.

bila dah start sem2,aku makin selesa berkawan dengan kau,bila kau ada masalah kau story dekat aku.tapi someday kita ada selisih pendapat,dan ada cerita-cerita yang tak sedap kita dengar dekat telinga kita berdua.terus kita dua senyap.

then bila aku ingat balik kisah-kisah kau,aku tahu aku kena ada dengan kau,sebagai sahabat.
kerana,aku tak nak orang anggap aku macam waktu senang je ada,waktu susah entah lari kemana.

sebab tu aku ada satu pesanan buat kau.
ingat tau,walau apa pun orang nak cakap,walau buruk mana pun aku atau kau,
aku nak kau ingat aku akan jadi kawan kau ketika susah dan senang.
kalau ada cerita-cerita yang kita tak sedap dengan tentang kita berdua,
aku nak kau datang tanya aku terlebih dahulu.

kerana sehingga hari ini.kita sahabat.

sesuatu tanpa dijangka

the true is,act banyak sangat kejutan dalam hidup ni kita tak sedar,

bila kita ingat kita dengan dia tak akan jadi kawan,

tapi tiba-tiba dia masih ingat kita lagi,

dia masih lagi cari kita bila dia ada masalah,

itulah kita panggil 'sahabat'

dia tetap ada walau pun,sebelum ni kita dengan dia always gaduh.


seburuk mana pun dia untuk kita,dan kita untuk dia,

kita saling ada untuk satu sama lain,

yang penting.

walaupun banyak mana cerita yang kita dengar tentang kawan kita,

it's better,kalau kita tanya kawan kita itu yang terlebih dahulu.

Sunday, June 12, 2011

first day

okay fine! dari ghazali berlari ke muslim.it's killing me.

Saturday, June 11, 2011

esok mula buku baru SYG.

memang title aku macam ni la malam ni,dengan senyuman yang sentiasa mekar di wajah aku sekarang,biarpun masih ada sesuatu yang buat aku tak senang hati dengan sikap seseorang terhadap aku kan kan.aku akan pastikan aku menulis malam ini sehingga jarum jam yang panjang tu sampai betul-betul angka 12 okay.

esok memang akan mula buku baru,sebab aku ambik subjek fiqh ahwallu syakhsiah wey.takut.

dah siap iron baju sampai 3pasang sekali aku iron tadi,dah kapur kasut?dah susun buku?dah jahit lencana?dah susun beg letak tepi?gelak sampai teguling aku tadi.bila ada sorang kakak ni masuk dalam bilik buat lawak yang memang ternyata lawak gila la.

siap buat metting yang tak rasmi lagi tadi bersama dengan senior-senior ni.
then terimbasla kisah-kisah dahulu kala.ala masa dulu-dulu kalau time nak bukak sekolah kan.
ingat tak ingat tak?semua nak baru,malam tu bukan main lagi exciterd sampai tak boleh tido,
kalau tiap kali spochekk lagila,mula gelabah cari kawan yang cukup lengkap uniformnya,sengal kan.aku respect la dekat pengawas-pengawas yang memang sedia ada cukup lengkap uniformnya.
teringin nak kembali pada zaman dulu tu.nak merasa suasan hijau yang ada dekat MMP .

sekarang dah tak sama la syg,aku dekat UNIVERSITI ok! kelas tak menentu,pagi sampai petang.sorang-sorang bukan dengan kawan lagi.

esok bermula la kesibukan yang dirasai seperti sem-sem lepas,cuma bezanya maybe this sem akan lebih sibuk,sebab kelas tiap-tiap hari wey,dari ghazali berlari ke su'ukas.
i can't imagine it sebab soifi kan.takut letih.dah la first exam dah mula 20 haribulan.adoi belaja tak mula lagi ni.it's killing me you know.

tapi-tapi jangan risau sayang.itulah pengorbanan yang harus dibayar kerana yang menanti dihujung sana ialah KEJAYAAN.
so,sabar tau.

and this for you:biane.sy tahu maybe sy tak layak kawan dengan awk.
satu je pesan sy janganla terlampau memilih,org puteh cakap demand erk.
sebab ALLAH tak bagi apa yang kita nak.tapi Dia bagi apa yang kita perlu.

ala,tak sampai jam 12 pun.tak mengapalah.aku berharap,aku dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan study untuk sem ni.baik dengan aku pleasss.
kalau ada masa.aku akan menjenguk kau kembali blog.

bahana bola sepak KELANTAN vs TERENGGANU.

bola,bola,bola,sekarang pukul 7.11 mlm kalau ikut waktu jordan la,pukul 11.11 ikut malaysia punya timer.nak story dekat sini,semalam ada bola sepak kelantan lawan terengganu.

mula0mula bukan main la lagi,kelantan masukkan 1gol,i though that kelantan is the winner for this time,tapi alih-ali,bila masa dah nak tamat,salah sorang pemain kelantan terbawak masuk bola salam jaring kelantan jugak,yang membuatkan mata free-free dapat dekat terengganu,
apa lagi frust menunggengla kelantan.

dan tak tahan nya,bahana bola sepak ni sampai JORDAN wey.kalau perasan la,dekat wall aku ada aku post tentang bola sepak ni.berderet orang like.orang komen.
tak tahan nya kawan aku yang dekat malaysia tu lagilah,kelua dekat cafe depan bilik dia semata-mata demi bola.

bagi aku.game kan.biasala ada kalah dan menang,maybe kelantan belum ada rezeki untuk pegang piala kot kan kan kan.

that's all.
ape2 pun aku still SYG kelantan aku.

Friday, June 10, 2011

11 jun 2011

ai mata yang makin mengantuk tetapi sempat lagi mencari-cari something untuk blog kesayangan saya ini.
ohh gosh,i have lagi satu hari untuk cuti kan kan kan,ahad nanti dah start kuliah,semakin tiada masa saya bersama anda sayang.

kadang-kadang perasaan bukan main lagi tak sabar nak melangkah ke short sem ni,nak merasa ambik madah time soifi la katakan,

benda pertama yang aku akan tengok ahad nanti.sure-sure,dekat bangunan syariah tu ramai budak melayu je kan,ye la budak arab ramai yang balik 3bulan,
mesti tak ramai yang merayau-rayau dekat tepi-tepi bangunan nanti.tak tahu act suka ke tidak dengan situasi itu nanti.

dalam exciterd nya perasaan saya ini,saya masih lagi ada perasaan takut dengan study saya nanti.
tapi saya akan rasa masa itu cepat berlalu,kerana saya akan menyibukkan diri saya dengan kuliah.

dan saya akan jadi tak sabar untuk bertemu kembali muka yang saya tinggalkan lebih kurang 9bulan lalu.saya nak balik masak untuk mak dengan ayah saya tau.

act,tadi saya buat sambal ikan bilis,tapi terlebih pedas,kesian dekat kakak saya yang dua orang dalam bilik ni.sory.

dan tulisan saya malam ni agakla baik.kerana bahasa yang diguna cukup sopan bukan.

Thursday, June 9, 2011

there's no title for this post

semalam aku baru sampai dari IRBID,banyak yang berlaku dalam hidup aku seharian kali ini,
aku gaduh dengan gadis cumil humaira'.act,aku tak tahu pun kenapa aku gaduh dengan kau dik,
tapi macam pelik je kan,that's we call friendship sayang.

aku suka something yang dipanggil riben,comel lol,tersangat sangat comel,dan aku dapat banyak sangat something yang macam riben nanti sampai masa aku postkan pict yang semua beriben okay,tunggu tau.

aku belajar satu benda semalam,
hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya,bukan menerima sebanyak-banyaknya,
kejarlah pelangi kamu sampai ke hujungnya,
dan jangan penah menyerah,aku takut bila fikir masa akan datang,serius,banyak cabaran yang akan aku tempuh,nanti-nanti kalau kakak berdua dalam bilik aku ni dah khirij siapa akan jadi roomate aku nanti?

teman tak akan selalu bersama kita,that's the true,not the fake okay!

jauh dari ayah dan mak,banyak sangat dugaan kan,study overseas ni kena kuat,kalau lalai or leka susah,dan bila fikirkan balik,satu je,kalau niat nak study mesti boleh.

betullah orang dulu-dulu kala cakap,sayang tak semestinya memiliki,kita selalu mengharapkan pelangi akan sentiasa bersama kita,tapi sedarkah kita pelangi itu milik allah,
kedukaan yang datang pada hati kita akan buat kita lebih dekat dengan penciptanya,
kerana perasaan itu telah didatangkan oleh allah buat kita,supaya kita tak selalu gembira dengan dunia.
dan harapan kita pada manusia tak selalunya menjanjikan kebahagian dipenghujungnya,
kerana harapan kita yang kekal hanya pada allah.

dan sekarang,aku sedang memerhatikan sinar matahari yang akan memberi sinarnya buat kita semua,setiap tulisan aku,aku mengharapkan akan timbul rasa-rasa yang boleh membuatkan orang lain akan tersenyum apabila membaca tulisan aku.

ahad depan akan mula sesi kuliah,semoga muadal aku terus naik.

kalau mahu berjaya belajar.
kalau mahu hasil usaha.

Wednesday, June 8, 2011

its all about SAHABAT...

aku ada seorang sahabat yang sama-sama belajar dengan aku dekat sini JORDAN.
namanya biarlah jadi ingatan dalam minda aku.

kadang-kadang,bila berkawan,kita tak sedar yang kawan kita jua perlukan privacy kan.

aku akui,aku seorang yang suka control kawan aku.
aku seorang yang sangat sangat SAYANG kan kawan aku.

tapi aku kena sedar,sedangkan lidah lagi kan tergigit,inikan pula,
aku dan juga dia.

aku berkawan bukan kerana harta!
that's the true,not the fake!

sometimes EGO aku tinggi.kerana aku tak pandai nak leraikan yang terbuku.
tapi whatever is.the true is.
aku sangat SAYANG kan kawan aku ini.
kerana bila kami dah okay,kami akan SENYUM....
dan dengan senyuman itu,kami akan rasa lega.then KETAWA.

thanks untuk segalanya.
dan maaf untuk everything.

Sunday, June 5, 2011

saat kame sedang enak tidur...

mata yang sepatutnya pejam pada malam ini,entah kenapa rasa macam memang langsung tak boleh tidur.

luahan rasa kali ini biarlah aku coretkan buat kekanda-kekanda aku di malaysia.
buatmu NURHAMIZAH,RUSYDI HARITH,IMAN HANAFI,




sungguh benar aku telah jauh dari kalian,

kadang-kadang timbul rasa bimbang bila berjauhan dari kalian,

kerana hanya kita berempat harta ayah dan jua mak,

dalam istilah anak bagi ayah dan juga mak tiada rasa pilih kasih,

kerana kelebihan yang diberi buat kita sama rata,


tiada perbezaan antara kita,

walaupun tuntutan ilmu aku jauh dari kalian,

kerana kalau kita yakin dengan ALLAH,

ilmu itu semua sama,

tidak mengira tempat yang kita tuntut,





sungguh masa itu berlalu dengan pantas,

sekarang aku sudah pun 20 tahun,

dan along dengan angah apa lagi,

mereka lagi berumur dari aku,

adik,17




kalau boleh aku mahu putarkan kembali masa kita kecil-kecil dahulu,

disaat kita tak tahu berjalan

mak dengan ayah yang ajarkan,

indahnya saat itu,

bagi mereka kita racun,dan kita juala penawar,


aku khuatir dengan kalian,

kerana kalian bukan matang seperti yang aku bayangkan,

kerana bagi aku,umur bukan penentu seseorang itu matang,


aku mengharapkan,

korang dapat menjaga ayah dan mak dengan sebaiknya,

kerana aku bukan lagi bersama kalian disana,

gembirakan hati mereka dengan situasi kita sekarang,

jangan bebankan mereka dengan masalah kita,

mereka hanya inginkan perhatian dari kita,



harapan aku:)

Saturday, June 4, 2011

target:untuk buat aku sakit hati



TARGET:NURHASNIDA CHE ABDUL HAMID

DATE:04 JUN 2011

LOCATION:MECCA MALL

PENGARAH:ZAKIRIN

PELAKON UTAMA:IMAN,ASMAQ,NADHIRAH

PELAKON PEMBANTU:HUMAIRA',TIEYAH,SYAMILA,SAKINAH,FAEZ.



korang memang terbaik,berjaya buat aku sakit hati,hmmm,biarpun birthday aku is 31 mei haritu,tapi sempat lagi korang buat something untuk aku,

aku memang sakit hati gila dekat korang pagi tadi,bukan main lagi janji nak pegi amman sama-sama tapi tup tup aku kena pegi sendiri,siapa tak naik angin kan,bukan main aku call umai pagi tadi mengadu si iman k.maq dgn k.nad tinggal aku,tapi tak sangka aku mengadu dekat salah sorang pelakon korang,

then,bila tiba dekat amman,si iman call nak balik,sebab tak sihat,time ni pun memang la aku bengang gila,kalaula pakcik-pakcik kat tepi jalan tu tahu bahasa melayu,aku sure-sure pakcik tu akan tanya kenapa muka aku masam macam cuka,

dah bila si tieyah ni ajak pegi mecca mall,act memang aku tak nak pegi sebab malas plus takde mood kan,tapi bila dia cakap nak beli kasut,aku kena la teman kan jugak,

bila sampai tetiba nampak faez,adoi dah mula musykil dah time tu,yang si faez tu plak macam nak sengih tak nak sengih je bila jumpa kami,bila nampak budak melayu ramai,aku tanya si tieyah ni asal melayu ramai sangat,ada ke dia buat bodoh je dekat aku,dah bila nampak iman,aku cuak gila!terus kaki cepat gila lari,tapi sempat dihalang oleh si tieyah ni,tiem tu memang la semua tauke-tauke kedai kat tepi-tepi tu semua tengok adengan time ni,malu siot!

then,si cumil humaira' ada sekali membawa kek bersama,sambil berlari-lari anak mengejar aku.sengal tak?macam cerita hindustan la plak kan,


tapi,memang terkejut tahap cipangla,plus sakit hati tahap gabang!dekat korang!

thanks korang,aku tak sangka tahun ni aku berjaya disakiti oleh orang lain,selain kawan aku dekat malaysia sana!


dan bila dapat tahu plan A plan B dan seterusnya memang kelakarla,bila korang cakap,

act,nak tinggal aku dekat mafraq ni,bia pegi sendiri amman,

plan B ,bila cakap nak tinggal aku dekat amman sesorang,bia aku pegi sendiri mecca mall tu,wey,kalau tinggal aku sorang-sorang memang sah-sah aku balik mafraq balik.


macam mane la situasi korang time buat plan ni semua kan,time tengah ribut-ribut contact antara satu sama lain.mesti kelakar gila kan.

apa-apa pun,banyak-banyak terima kasih tau,

sayang korang sampai bila-bila.terima kasih untuk segala yang korang dah buat sepangjang hari jadi aku ini.


nati kita tengok siapa yang kena untuk this JUN and JULAI!

terjah!

Friday, June 3, 2011

okay,aku pandai bagi nasihat dekat orang,tapi aku tak pandai nak jaga diri aku sendiri.

kadang-kadang bila ia melibatkan hati dan perasaan,ia bukan mudah nak selesaikan,
walau banyak mana pun ilmu kita,menasihati bukan satu perkara yang mudah,
kerana hati manusia lain-lain,

tapi,kenapa hati keras sangat nak menerima teguran orang lain,sedangkan teguran itu dapat membantu kita menjadi orang yang lagi baik dari hari ini,

susah sangatkah nak menerima yang ia bukan hak kita!

si gadis comel:yakin dan pasti dengan setiap langkah kita,setelah usaha kita tahu dimana tempat kita,biarlah apa orang nak kata,asalkan kita tahu apa yang kita buat adalah yang terbaik bagi orang sekeliling kita,biarkan dia,pasti suatu hari dia akan berfikir,

ara!

Thursday, June 2, 2011

act post ni sepatutnya aku update at 31 mei lepas lagi,tapi disebabkan ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan aku terpaksa tunda post aku ini,

31 mei 2011
tarikh yang bermakna bagi aku nurhasnida che abdul hamid,sebab that date aku dah cukup 20 tahun bernafas atas muka bumi ALLAH ini,cuma yang berbeza tahun ini aku bukan di malaysia,
tetapi aku di jordan meneruskan perjuangan aku mencari sekelumit ilmu yang akan aku perjuangkan di masa depan aku nanti.

alhamdulillah walaupun situasinya tak sama di malaysia tetapi aku bersyukur kerana sekurang2nya aku masih lagi dapat memberu senyuman aku buat orang lain,dan insyaallah aku masih lagi dapat mencari peluang untuk membalas segala jasa dan budi mak dan ayah,
dan sekurang kurangnya aku masih lagi mampu beramal ibadah buat pencipta kita ALLAH.
aku dah besar,20 tahun bukan angka yang boleh dianggap masih lagi belum dewasa,
20 dah cukup dewasa,sepatutnya di umur aku ini,aku sudah tahu untuk berdikari,
aku sudah tahu untuk menguruskan rumah,aku sudah tahu untuk memasak,dan aku sepatutnya tahu banyak benda bukan,
aku berharap tahun ni aku dapat buat sesuatu yang boleh memajukan diri aku sendiri,
doakan aku erk.

terima kasih untuk pertama sekali buat anda amirah ibrahim,
-video yang sangat buat aku terharu sampai menangis
-for tshirt.

yang kedua terima kasih buat anda hasma mustafakhma,sarbaiti yusof,k.shiha,k.fiza,k.izzatul aini,kawani,
-untuk lakonan yang berjaya buat nida blurrr.
-untuk kek.
-untuk bunga bunga kecik.

yang ketiga untuk anda iman,k.asmq,k.nad.
-untuk kek jugak.

dan terima kasih bagi anda yang wish aku punya birthday.

off.gembira kerana anda yang jauh masih ingat saya even mendengar suara sekejap sahaja tadi.

Tuesday, May 31, 2011

creditt too...



nida,maira',ra,mila


ingat tak post yang aku dan jugak mereka dekat atas ini pergi bercuti,okey,harini sempena hari yang baik,dan last day untuk mei 2011 ini,aku nak creditkan post aku ni untuk korang-korang yang ada dekat dalam gambar ini,dan jugak dua insan yang tidak boleh disebut nama....


salah sorangnya sekarang tengah melakukan ibadah ditanah suci mekah,dan insyallah aku doakan selamat segalanya buat kau...


untuk cuti sem kali ni,aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih buat korang kerana menaja aku punya cuti kali ini,aku nak tolak tawaran korang haritu,tapi korang tak kasi korang cakap takpe la kita pegi,act seganla jugak,tapi thanks sangat2 tau,aku gembira dgn korang...



sayang korang!

Friday, May 27, 2011

about everything....

assalamualaikum,selamat pagi bagi anda yang masih berjaga diwaktu begini,dan pada masa cuti semester kali ini,sebijik skema ayat aku,

ingatkan post aku yang terakhir,yang mana aku mengharapkan perginya aku malam itu akan memberi seribu ketenangan buat aku.act,xtenang pun,
tapi aku gembira bersama mereka,melangkah bersama menyusuri pergigian pantai aqabah,yang berjaya menarik minat ramai pengunjung ke sana,

aqabah,salah satu pantai yang cukup indah di negara jordan,ia bersempadan dengan palestin,dan ia merupakan salah satu aliran dari laut merah,betul ke tidak?aku pun tak berapa pasti,tapi menurut kawan aku macam gitula,

act,aku xnak cerita details,sebab tuan haji,dan jugak datin puan hajjah humaira' terlebih dahulu memutarkan cerita tentang percutian kami,

dan sekarang aku masih lagi di tengah bandar irbid menikmati lebihan cuti aku.tapi pagi ini akan terus memulakan perjalanan balik ke mafraq,
kerana ada kerja yang masih belun diselesaikan,

aku berharap,aku,dipermudahkan segala tugas yang diberi,maybe aku akan busy sedikit,kerana menguruskan hal kahwin teman aku yang jatuh pada 30 mei nanti,
insyaallah seandainya diberi keizinan waktu kita akan bertemu kembali,

dan,alhamdulillah,fiqh uqubat kerana baik pada aku,walaupun tak banyak tapi melepasi apa yang aku harapkan,dan aku berharap sem yang akan datang,markah aku akan terus naik,dan semoga aku dikekalkan usaha yang berganda,untuk terus membanggakan kedua orang tua aku,atas hasil usaha aku di sini,amin.

nyamuk:(sakit kaki sudah.okey kepada yang menjenguk kesini,silalah memberi komen,dan kalau masih belum mengikuti blog aku,terus je tekan follow okey,wah nida bujet gila kau,ingat ayat kau ni best ke?bukan macam ayat mira utika ni wey:)

wassalam.

Tuesday, May 24, 2011

pergilah hati

seandainya kau berbahagia dengan menyakiti hati orang aku,aku berharap perasaan itu berkekalan untuk selamanya,yang menanti pada hari esok siapa tahu...
aku berharap perjalan yang bermula malam ini akan pasti memberikan aku seribu ketenangan bersama kalian...

kepada anda:(sory atas segalanya...

Monday, May 23, 2011

ketenangan.

mata berkelip kelip menghitung masa untuk melihat kembali sinaran pada hari yang seterusnya,mengharapkan masa sekarang biarlah berlalu dengan pantas,
namun kenapa mata yang diharap pejam masih lagi segar,sudah berhari hari keadaan mmerelakan aku terus begini,roommate aku pun agak teperasan dengan keadaan aku sekarang,bila kat atas katil ni mula la keadaan gelisah memaparkan yang aku memang tak boleh tidur,aku mencari ketenangan itu,

aku cuba mengosongkan minda aku ketika ini,aku letih untuk berfikir sesuatu yang belum pasti tujuannya,namun,aku tak mampu,selalu memberi nasihat buat orang lain,namun dalam hati semua aku simpan,aku mengharapkan kalau mereka saling menyayangi pastikan sayang itu ikhlas dari hati,aku tak mampu melihat penderitaan orang lain,kerana mereka semua teman aku.

percaya dan yakinlah,
letakkan insan yang kau sayang dalam hati kerana ALLAH,dan bila kau percaya pada ketentuan darinya kecewa yang kau rasa tak akan membuatkan kau mahu berputus asa macam manusia yang tiada arah untuk hidup.

aku mengharapkan hari esok masih lagi ada sinar buat aku dan dia.
dan yang pasti aku masih lagi menantikan sesuatu yang baik buat aku di penghujung perjalanan aku.

ikhlas sukar diperolehi:

Friday, May 20, 2011

kesekian kali aku berdiri disini tlus hati dihadapanmu,masih merayu dengarkan aku,
jalan yang berliku sepanjang hayatmu aku juga merasainya,lantas aku mengerti dan memahami,cuba lah kau lihat kedalam hatimu percikan cahaya yang akan membara menjadi penerang segala yang dihadapanmu.
lihatla jua kedalam hatiku,aku lah temanmu kita kan bersama mengharung dunia yang fana ini.
ku ulangi lagi tidakkan pudar keyakinanku yang kau akan berdiri atas kemuncak
tinggi.

.maaf.

Thursday, May 19, 2011

adakah aku yang kejam

dulu kamu sering melemparkan kata kata yang cukup mengguris hati aku,ada aku kisah ketika itu?ada kamu fikir perasaan aku?oleh kerana aku cukup terkenal dengan kenakalan aku yang tidak pernah berkira diatas apa yang kau lakukan terhadap aku,
aku kau jadikan tempat meluahkan marah kau pada orang lain,
kalau kau tahu,aku juga cukup kejam,bila aku juga boleh melakukan perkara yang sama dengan kau,jangan menyesal,kerana siapa tahu,di suatu masa kelak,orang ini yang akan kau cari....

akan aku rungkaikan rasa cinta demiMU.

sekalipun cinta telah ku huraikan,
dan kujelaskan panjang lebar,namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri,meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang,
sementara pena tergesa gesa menulis.
kata kata pecah berkeping keping namun sampai pada cinta,dalam mengurai cinta,
akal terbaring tak berdaya,bagaikan keldai terbaring dalam lumpur.

sungguhpun berat ujian cinta,aku berharap aku mampu melawannya,aku tahu aku lemah,kerana aku bukan malaikat yang tidak punya nafsu,aku manusia.

seandainya benar dia bukan insan yang akan mengimamkan aku di suatu sudut,jauhkan aku dari dia,namun dekatkan dia padamu ya RABBI.
dan seandai benar dia insan yang akan menunjukka aku jalan kepadaMU,dekatkan kanlah perasaannya dan jua perasaanku,namun biarlah semua ini berlaku,hanya kerana mu ALLAH.

Saturday, May 14, 2011

disuatu sudut

situasi1:kita selalu berangan-angan nak kan orang yang sempurna untuk bersama kita,
tapi kita tak pernah fikir untuk menjadi yang terbaik bagi orang lain,
sedangkan kita tahu manusia bukan satu sifat yang sempurna,
kenapa manusia tak pernah bersyukur dgn apa yang ada padanya,

situasi 2:kalau betul kita sayang seseorang tu,kita kena korbankan banyak perkara,kita kena percaya,kalau sayang tak semestinya kita memilikinya,
kenapa perlu ada rasa dendam dalam hati kita?sekiranya kita berpegang pada yang SATU.
sekiranya kita yakin perasaan sayang itu hanya pinjaman dari allah buat kita.

situasi 3:kenapa pula kita selalu ambil mudah sesuatu perkara?bila ia melibatkan hati dan perasaan,ia bukanlah suatu perkara yang boleh kita anggap macam program bola sepak.kenapa kita terlalu yakin dgn kelebihan yang ada pada kita.
sedangkan kita tahu andainya ia melibatkan hati dan perasaan ia akan buatkan sifat dendam menguasai diri kita sendiri.

situasi 4:andai kita sayang dan benci kerana ALLAH,kita akan ihklaskan hati kita untuk hadapi segala ujian dari ALLAH,kerana semua yang bermain disekitar kita hanyala ujian dari ALLAH,untuk melihat bagaimana kita menghadapi segala kemungkinan yang datang.

situasi 5:janganlah kita mudah ketawa dengan kesusahan orang lain,kerana bila sampai suatu saat tempat kita akan berubah dengan sekelip mata.
tidak mustahil,YANG JAHAT BERUBAH MENJADI BAIK,DAN YANG BAIK BOLEH BERUBAH MENJADI SEBALIKNYA.NAUZUBILLAH.

Thursday, May 12, 2011

masa yang seminit ini sangat berharga


i miss all of you!



heart you girl


percayakan masa yang seminit itu sangat berharga,tengok aku la sekarang ni,kejap lagi nak keluar pergi bandar,tapi sempat lagi nak berblongging.tapi tak ape,time time macam ni la idea tu datang mencurah curah bukan,

okey,tadi bukak fb,tengok ada gambar mereka mereka ini,then terus je perasaan mula mengingati detik detik bersama mereka,lagi lagi mygirl YASMIN ALIAS.

dah besar dh kamu semua,sekarang dah jadi sunbae!dah nak SPM dah,mesti korang study hard kan,ape ape pun k.nida ucapkan all the best,

then tuk si budak humaira' ibrahim,sory ganggu kau tadi,aku ingat kau dah habis exam,hehehehe,aku nak kasi tau sama kau,aku gembira sekarang,sebab dia aku pun tak tau,cume sekarang aku mampu tersenyum,salah satu sebab nye,aku rindu kau cik humai,
aku tak saba nak jumpa kau,even banyak sangat benda yang mengganggu fikiran aku sekarang,tapi bila terfikirkan mak dgn ayah,kau,then budak dekat atas ni,terus je aku mampu mengukir senyuman,

dah,heart you,tak saba nak berskype dengan qheela azlan malam nanti.

Tuesday, May 10, 2011

sedarkah kamu wahai hati....

kau tau tak kau sekarang sedang diperbodohkan orang lain,aku mentionkan sekali lagi.
DIPERBODOHKAN!
kenapa menangih pada yang tak sudi?biarlah dia bahagia dengan pilihannya,
dimana harga diri kau sebagai seorang lelaki?

seriusly,act aku fed up gila dengan semua ni,plesss matang sikit!naik mual segala urat tengkak aku lihat lakonan korang ni,naik berbulu bijik mata aku ni,
kalau benci!cakap benci!tak perlu nak kena layan macam dulu dulu,
tapi tu la,perasaan sayang mengatasi perasaan benci lagi kan,

tapi seriusly aku tak dapat terima!apa apa pun asal korang bahagia....

Saturday, May 7, 2011

selamat hari ibu WAN AZIZAH.

hai,sihat semua?semoga berda dalam keredhaan ALLAH insyallah,
hari ni hari sabtu,time sekarang kalau dekat jordan ni baru pukul 6.40 ptg,sambil sambil tunggu waktu nak berbuka puasa ni,aku online kejap,alhamdulillah,dah 2hari aku selamat menunaikan janji aku kepada ALLAH,namun segala diserahkan kepada ALLAH untuk menilai amalan setiap hambanya bukan,

alhamdulillah jua,kerana akhirnya aku berjaya melangkah kan kaki aku terus ke kuliah untuk sem akan datang,terima kasih buat mak dan ayah yang tak penah jemu jemu menadah tangan untuk memastikan anak mak dengan ayah yang sorang ni terus kuat untuk menjalani kehidupan di negara orang ini,dan syukran jua buat doc kamal,yang telah memastikan nama saya terkeluar dari list ML.
setinggi tinggi kesyukuran aku panjatkan buatmu ALLAH,
tinggal satu lagi paper final aku,fiqh uqubat,plesss semoga baik baik saje paper tu nanti.

act entry kali ni is about mother's day.


okey,mari saya mentionkan yang kanan anda itu adalah wan azizah,
dan yang kiri che abd hamid.

-mak,selamat hari ibu,sory tadi mak call tak sempat nak cakap,sebab mak dgn ayah bz kan,so,nida wish dekat sini,even nida tau mak tak kan bukak bendalah ni,tapi nida update jugak buat mak.
-terima kasih atas segala pengorbanan mak selama ini,yang telah membawa nida dalam perut selama 9bulan,kehulu kehilir,
-terima kasih sebab bagi nida makan dari nida umur sehari sampai umur nida 20 dah sekarang,dah besar dah anak mak ni,dah dapat kahwin dah pun mak,hehehehe.
-terima kasih sebab ada bila nida nak story something.
-terima kasih belikan nida baju,kasut,tudung,segalanya la.
-terima kasih temankan nida keluar jalan jalan.
-terima kasih di atas setiap perkara lucu yang mak selalu buat untuk nida.
-terima kasih sebab jadi doktor ketika nida sakit.lagi lagi kalau sakit pompuan.
-terima kasih tak pernah putus putus bagi sokongan dari nida sekolah rendah,sampai nida dah jauh dari mak sekarang.
-terima kasih bagi duit untuk nida.
-terima kasih bagi makan segala jenis masakan yang mak pandai buat tuk nida.

-mak nida mintak maaf sebab nida banyak buat mak terasa hati,susah hati,sakit hati,segala jenisla.
-mak,nida mintak maaf sebab tak dapat buat yang terbaik untuk mak dalam segala jenis hal,tapi insyaallah nida akan terus berusaha.
-mak jangan sedih sedih,sebab nida dah tak de dekat dengan mak nak dengar cerita mak.
-mak,nida mintak maaf sebab dulu dulu zaman kanak kanak,nida nakal sangat,kalau mak suruh nida tak buat.
-mak,nida nak mak tau nida sayang mak lebih dari segalanya dekat atas dunia ni,kalau boleh nida nak bawak mak datang sini dengan nida sekali,\.
-nida rasa nida tak mampu nak balas balik segala yang telah mak dengan ayah dah buat untuk nida dan adik beradik yang lain.
-semoga doa kami mengiringi perjalanan hidup mak dengan ayah.aminnnn...
-caiyok mak!tunggu nida tau.nanti kita kelua jalan jalan dengan kereta ayah lagi.
-I LOVE YOU WAN AZIZAH OMAR!

selamat hari ibu buat ibu ibu dekat luar sana,teristimewa buat k.long NURHAMIZAH,yang akan menyambut kedatangan baby sulung next month.
semoga direstui oleh PENCIPTA LANGIT DAN BUMI sentiasa.INSYAALLAH.

dah salam.

sesuatu tentang aku

1:aku tak suka orang marah aku.bila orang marah aku mula la kelua air jernih aku ni.
2:aku tak pandai pujuk orang,kalau orang merajuk,aku hanya mampu telefon2 sampai dia angkat.
3:bila aku suka seseorang semua tentang dia aku nak cerita dekat orang.
4:aku seorang setia kawan.
5:kawan baik aku dekat malaysia,is qilah,cah,chek,merekala yang aku selalu kongsi semua benda,
6:kalau dekat jordan ni humaira' lah kawan paling aku percaya,even kdg2 dia susah nk ikut cakap aku,tapi aku still sayang dia tahap cipang,
7:aku suka merajuk.
8:aku minat siti nurhaliza.
9:aku cakap banyak,(semua orang tau benda tu)
10:aku suka baca novel.
11:aku suka tengok cerita korea.
12:aku suka berkawan.
13:aku suka menulis.
14:aku seorang pemalas(tapi ada jugak sometime aku rajin)
15:aku ada kakak,abang,dan adik.
16:aku nak dapat anak buah sulung bulan6 nanti.
17:aku tak suka terus terang kalau soal hati dan perasaan,bagi aku it's complicated.
18:kalau aku sayang kau,aku memang sayang betul-betul.
19:kalau aku ada masalah,aku akan silentkan aku punya phone.
20:aku suka coklat.dan icecream.
21:aku suka SENYUM.

yang pasti hari ini,aku cukup terasa.

Wednesday, May 4, 2011

kesedaran yang pasti.

jangan terlalu gembira dengan melihat kesusahan orang lain,
kerana sekali jatuh balik dekat kita,baru kita tahu langit itu tinggi atau rendah,

janganlah kamu berdendam dengan orang yang buat kamu sakit hati,sepatutnya kamu mendoakan dia supaya mereka sedar dimana khilafnye mereka,

situasi study oversea

ustaz pernah cakap dulu,kalau study oversea ni 2benda paling takut:
tidur.
kahwin.

tidur bila masuk musim sejuk aje semua sedia je duduk atas katil bawah hiram memang best gila la time tu,

kahwin,penah je dengar orang cakap kalau study oversea perkara paling biasa kahwin la,bila dah sampai sini,memang betul kalau kita dengar ada irang kahwin sambil belaja dah biasa dah,

okey,bagi aku,kahwin?siapa yang tak nak kahwin kan,kalau aku pun aku nak,tapi atas kemampuan masing-masing,kalau kau nak kahwin maih aku gitau pendapat aku,
bagi lelaki:
kalau kau dah kahwin,kau dah tak boleh keluar lepak-lepak dengan kawan-kawan kau dah,
kau kena tau cari duit,bukan untuk sehari dua,tapi untuk jangka masa yang lama,
kau dah tak boleh malas-malas,kau kena jaga wife kau lagi,kau kena jadi imam bagi family kau,

bagi perempuan:kau dah tau masak?dah tau kemas rumah?dah tau basuh kain?lipat kain?
mane kau nak piki nak masak ape tuk husband kau lagi bila dia balik nanti.

memang,kalau kita kahwin kita akan rasa tanggungjawab itu kita kena buat,
namun,ingat,kita berkahwin,bukan hanya dengan dia sahaja,tetapi dengan seluruh ahli keluarga dia,kita kena jaga hati semua orang,

tahin first kita di oversea,perasaan untuk kahwin yang datang tiba-tiba,memang sangat overexiterd buat kita,tetapi semua tu atas kita yang pandai tuk kawal bagaimana perasaan itu boleh berlalu,aku sekadar memperingati diri aku sendiri,
jangan jadi yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...

Saturday, April 30, 2011

cinta sejati

seandainya kamu yakin cinta sejati milik ALLAH yang maha ESA,
kamu tidak akan mudah mengalah dengan ujian yang diberikan,
kerana kamu tahu,
perasaan itu hanya pinjaman dari ALLAH buat kamu,
cinta yang sejati bukan dari tindakan yang dipengaruhi oleh hati,
kerana ingin memiliki kebahagian yang kekal pada satu jangka masa yang kekal memerlukan pemikiran yang panjang dari segenap segi,
berpijaklah kamu pada bumi yang nyata,kerana menyayangi seseorang memerlukan pengorbanan yang besar,dan bila kamu yakin dengan semua itu,seandainya kamu ditinggalkan kamu akan berkata,biarlah mungkin dia bukan untuk aku.

Thursday, April 28, 2011

aku tak nak

PLEASE AKU TAK NAK KAMU DATANG!JAUHKAN IA DARI AKU,KERANA AKU TAHU AKU TIDAK CUKUP KUAT UNTUK MENAHANNYA NANTI,






setitik demi setitik ia jatuh lagi.....

Friday, April 22, 2011

jumaat:)

selamat petang you,:)bajet kan,act nak bagitau dalam banyak-banyak minggu this week yang i rasa dapat berguling-guling atas katil empuk i ni dekat bilik 18 bersama dengan kakak tercinta i,

ye la as you know last week we had to attending cosmic program.and then last-last dapat jugak bertapa dalam bilik menyiapkan assigment yang masih tergendala dengan 5page aje lagi.bila nak siap i pun tak tahu,isi banyak lagi tak siap,

final exam dah dekat,tapi buku tak tersentuh lagi,nasibla fiqh uqubat ni i kena buat assigment,kalau tak tak tersentuh langsung awok rasenye.

tapi sempat lagi berkumpul-kumpul dengan member-menmber dekat bilik kome ye,sambil menjamu makan tengahhari,ala-ala korean food pun ada,
thanksla bagi awok makan ye,tapi awok mintak maaf la ye tak sempat nak membasuh pinggangnye,sebab awok tergesa-gesa nak siapkan assigment ni,nak kena print lagi nak kena masuk dalam cd lagi,semua kerja doc jabir kita la ni.

okay,dah,awok kelua dulu,nanti senang-senang awok muncul kembali.

Wednesday, April 20, 2011

assalamualaikum

pembukaan kalam yang cukup menarik pagi ini bukan,okey,aku nak share something yang berkaitan dengan malu ni,mungkin kadang-kadang kita terleka sampai malu pun salah ertikan ia,

Abi Mas'ud Uqbah bin Aru al-Ansari berkata:RASUL s.a.w bersabda:
bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi terdahulu:
ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakan apa yang engkau kehendaki.

malu berkaitan rapat dengan akhlak bukan,bila akhlak seseorang itu sopan,dia akan malu untuk berbuat sesuatu perkara yang boleh mendatangkan malu pada diri sendiri,dan jugak orang sekelilingnya,kalau tak pun pada agamanya,dan sudah disediakan maklum bila perbuatan mencerminkan perangai ataupun diri seseorang itu.

namun janganla pula kita malu untuk bertanya,
kata orang-orang tua,kalau malu bertanya sesat jalan,

tapi aku?kalau makan pun aku main makan je depan sesape,kata kakak aku pulak
'nida cover sikit makan tu,tak malu ke orang tengok,macam budak yang baru dapat icecream'kakak aku cakap la.

k ah,babai.

Tuesday, April 19, 2011

melayan perasaan:

okay,bahas tak siap-siap lagi tapi aku sibuk dengan berblogging,bila taip dalam bahasa melayu ni,laju aja jari aku berlari bukan,jari korang pun sama kan,tapi bila nak taip dalam bahasa arab fuh bukan main lembab aje jari aku ini,

okay,tengah kusyuk-kusyuk menaip ada orang suruh dengar lagu egokah aku,dgn lagu puaskah,terus tersentuh perasaan wey,

sayang,satu ungkapan yang sinonim dengan hidup manusia bukan,
cinta,suka semua itu memang sangat-sangat famous dengan kehidupan kita,

kalau kita sayang seseorang kita akan cuba untuk jadi yang terbaik untuk dia,
kalau kita suka seseorang kita nak nampak cantik/hensem bila bersama dia,
tapi kita terlupa bila kita cinta seseorang itu dia akan terima kita seadanya,
kerana perasaan itu datang tulus dari hati bukan dari fikiran,

betul,hidup dalam suka,adalah satu ungkapan yang sangat memaksa,bila kita suka tak semestinya kita sayang dan cinta,

sayang,kita akan biarkan dia yang membuat keputusan,dan kita akan menerima dengan hati yang terbuka,bukan dalam jiwa yang terpaksa,

kalau cinta,kita bukan bercinta dengan dia sahaja,tetapi dengan seluruh ahli keluarga dia,kerana kalau kita percaya dia adalah jodoh kita suatu hari nanti,
kita akan menyarungkan cincin di jarinya,dan ketika itu tergalas satu tanggungjawab yang bukan hanya terhadap dia,tetapi seluruh ahli keluarga dia,

suka pula bukan selalu perasaan itu bersama kita,sekejap kita suka dia sekejap tak,
kerana,suka hanya bermain difikiran sahaja,kalau suka kita nak sangat dia perhatikan kita,sedangkan kalau dia betul-betul sayang kita tak payah kita yang menarik perhatiannya,dia sendiri akan melihat kita,

okey dah.

Monday, April 18, 2011

perasaan ketika ini

kalau tiba-tiba kita senyum sendiri orang akan cakap kita kurang siuman kah?
kita senyum bila something good berlaku dekat kita bukan,

bila kita dapat result exam andaila markah tu ala-ala,tapi kita tetap senyum itu tandanya kita bersyukur dengan natijah yang telah ditetapkan,

kita akan senyum bila kita dapat lihat keluarga yang kita sayang bahagia even kita jauh dari mereka,

kita juga akan senyum bila kita dapat tengok orang yang kita sayang bahagia,
'if you love her/he let her/he go,if one day he/her come to us he/her is belong to us

kita akan senyum bila something word's is yang boleh buat hati kita gembira,

kita akan senyum bila kita dengar muzik yang dapat tenangkan hati kita,

kita akan senyum bila kita dapat lihat dunia yang aman,burung yang bebas berterbangan,air pantai yang beralun mengikut ombak,cahaya matahari yang akan terbenam dengan cantik,ulat-ulat yang dapat bergerak dengan sesuka hati,subhanaallah,

kita juga akan senyum bila kita lihat anak-anak yang cukup riang bermain bersama mereka,kita juga dapat senyum bila kita dapat mengembirakan hati mereka-mereka yang kita sayang,

dan sekarang saya tengah senyum menampakkan baris-baris gigi saya yang lawa.
dan sedang melayan muzik titanic,just muzik.

Saturday, April 16, 2011

sudah selesai,tapi masih ada kesanNYA


ADA GAYA MACAM LAWYER TAK?
one day i'm going to be a lawyer,see la,

okey,act gambar ni diambil hari jumaat lalu,sempena minggu COSMIK,
aku sebagai programer sangat-sangat berasa bertuah kerana dapat manaburkan bakti dalam program sebegini,best jugak jadi AJK ni even AJK kecik kan,ye la kita dapat pengalaman macam mane nak handlekan majlis yang agak besar la jugak kan,
persediaan buat diri kita jugak,
tapi biasala majlis-majlis sebegini turut menjadi buah mulut orangkan,
aku pun tak tahula apa sebenanya yang bermain dalam fikiran mereka,kenapa pandangan mereka sangat-sangat tertutup?
bercakap dengan lelaki dikatakan haram,sangat-sangat menjaga benda itu,sedangkan,
kami dalam satu team!kami perlukan interaksi antara kami,kami programer,
kami kena back up apa yang kurang,
kalau rasa bercakap pun tak boleh baik tak payah buat majlis aku rasa,,
bagi pandangan aku la,tapi siapa nak dengar pandangan aku yang nampak sangat bukan dari orang yang cukup dengan ilmu agama kan,
aku harap sangat postmoterm nanti perkara ini dijadikan isu utama,agar mereka berfikiran terbuka sedikit,bukan aku cakap bercakap dengan lelaki boleh,of cause not,because i know that is memang tak boleh,lagi2 dalam islam kan,tapi.
tapi yer sekiranya kita dalam satu kerja,perkara itu boleh dirundingkan,tolong jgn salah sangka k...

tolonglah kadang2 tu hargai pandangan orang lain,even pandangan kita berbeza.

Thursday, April 14, 2011

hati dan perasaan

bila kita kenal seseorang,hati mula terpaut,sedangkan ada lagi orang yang sayangkan kita,orang itu lama dah kita kenal,sedangkan orang yang kita suka,baru saja kita kenal,
bila mulut dah terlanjur kata,lama-lama,bila kenal balik,hati mula makin tawar,
time tu kita baru sedar orang yang sukakan kita itu sebenaya betul-betul sukakan kita,
tapi kita tak mampu untuk berbuat apa-apa,kerana mulut sudah terlanjur kata,

Sunday, April 10, 2011

text message:)

berkata ayah pada seorang anaknya yang sedang belajar di timur tengah.
:mak dgn ayah sihat,
k.long tengah sarat,kalau tak ada aral bulan 5 nanti dapatlah cucu,
abang dah break kerje atas kapal,sbb dapat offer kerje di pelantan minyak,
nanti nida doa2 kan lah abang berjaya,
nia,nisa',mint dgn izhani ada balik minggu lepas tapi tadi dh pegi sekolah balik,
nanti kalau ada masa msg la adeq,blaja rajin2,

berkata pulak anak pada ayahnya.
:insyallah semua baik2,sal adeq tu insyaallah nnt org cakap,
tunggu orang balik tau ayah!

pap,jatuh airmata dalam kelas doc kamal tadi,nasibla xde yang perasan.

Wednesday, March 30, 2011

melepasi sekolah menengah:)

destinasi kita seterusnya sure-sure institusi pengajian tinggi yang ada didalam serta diluar negara bukan,

begitu jugak dengan aku hari ini,
genapla 6bulan lebih aku disini dibumi jordan,yang mana tiap-tiap pagi kaki aku akan berpijak di atas tanah-tanah di university al-bayt ini,
sometime rasa macam tak percaya je aku dekat sini,kalau jalan sorang-sorang balik dari kelas ke mesti terpiki betul ke aku dekat sini dah sekarang.
kalau dekat rumah dulu ayah ada cakap:

-study dekat jordan nanti cukupla empat tahun.

bila dah sampai sini memang la aku nak study 4tahun saje tak nak lebih,
dan aku kena makesure kan aku ambik madah betul-betul kena dengan aku punya tahun bukan,

tapi bila dah sampai sini,ramai sangat yang push cakap rugi kalau ambik madah sikit sebab kita nak balik awal bukan,
yup that's right,
tapi kita kena ingat niat kita balik,datang sini kerana nak tuntut ilmu dari ulamak-ulamak sini yang terdahulu,
aku bukan tak setuju dengan pendapat mereka yang nak balik dengan tergesa-gesa,
tapi,sometime aku terpiki kenapa nak tergesa-gesa sedangkan ilmu yang kita dapat tak cukup mantap untuk kita bawak balik malaysia bukan,
sedangkan ilmu itu nanti kita akan ajar pada mereka anak bangsa kita suatu hari nanti,
siapa yang tak nak berjaya?tanyala budak tadika pun pasti jawapan mereka tetap macam aku,nakkan kejayaan,tapi yang pasti biarlah kejayaan itu didunia dan jugak diakhirat kelak.

mungkin pendapat orang lain-lain,kita tak sama,aku jugak nak habiskan aku punya degree disini hanya dgn 4tahun.dan aku harapkan ilmu yang aku dapat,aku boleh sebarkan buat mereka ahli keluarga aku terdahulu,dan seterusnya mereka anak bangsa malaysia.pleass doakan aku...


menanti debaran untuk KARISMA malam esok:)

Tuesday, March 29, 2011

ikatan yang kekal

ada doktor tanya'ada tak kawan awak yang sangat-sangat rapat tapi last2 gaduh?'dan awak tinggalkan dia macam tu je.

-dulu,kalau dekat sekolah,semua benda aku nak buat dengan mereka kawan aku,
-nak pegi mana-mana pun mesti aku nak dia ada sekali dengan aku,
-aku nak mak aku kenal dia,sama jugak aku nak mak family aku kenal family dia,
-kalau beli something aku nak yang agak sama dengan dia,
-kalau nak kuruskan badan pun aku akan ajak dia sekali,
-kalau aku sedih dia ada,
-kalau dia sedih aku ada,
-kalau dia ada masalah aku nak aku orang first yang tahu,
-kalau dia gembira aku pun tumpang sekali,
-kalau ada event ape2 kami akan buat sesama,
-kalau buat kerja tak berapa baik pun sekali,
-kalau buat benda baik pun sekali,
-kalau ada rahsia kami akan sama-sama keep it as a secret,
-kalau boleh aku nak mereka tahu aku sayang mereka lebih dari aku sayang diri aku,

dekat sini,macam-macam aku jumpa orang,dan betullah mereka semua bukan orang yang sama,

-ada yang suka puji diri sendiri,
-ada yang buat bodoh je kalau orang nak cakap ape dekat dia,
-ada jugak yang pentingkan diri sendiri,
-ada yang suka tunggu kawan dia,

dan sekarang baru aku sedar,sekali kita tuding jari dekat orang lain,berpuluh jari akan tuding dekat kita,
kita selalu nak orang yang perfect untuk kita,
tapi,adakah kita piki macamane nak sempurnakan diri kita untuk orang lain?

semoga hari esok kita akan lebih banyak belaja untuk menghargai diri kita buat orang lain...

Sunday, March 27, 2011

:menangis boleh:

ALLAH paling tak suka tengok orang menangis melampau-lampau.
contohnya:bila kita ditimpa musibah atau ujian kita menangis tersedu sedan.
lagi,bila ada kematian kita menangis bagai nak rak,
tahu bukan dalam islam menangis macam tu tak diharuskan,
aku baru perasan benda ni bila ada orang yang cakap dekat depan mata aku tadi,
kejadian yang tidak diingini berlaku pada diri sendiri dulu membuatkan segala jenis pokok zaitun dekat tepi jalan pun naik menyampah dengan aku,sebab ia tau menangis meraung-raung itu adalah salah,betapa ceteknya aku time tu,
betapa aku tak sedar ketika itu,tak malu ke aku time tu?
tapi insyallah aku tengah dalam proses belaja untuk mengawal perasaan aku sendiri,
kerana aku ingin menjadi seorang yang kuat.

Sunday, March 20, 2011

:sakura time:


myamira yang menjadi model pada petang khamis lalu,


aku tau tak lawa pun,tapi still aku mencuba.


dah jadi minat aku suka ambik gambar,


nasibla mira sporting.


yang lastnya she snap mypict also.

pagi yang damai.aku berjaya untuk tidak tido pada pagi ini,hehehehe.
ye la dari pagi tadi lepas subuh tu aku tahan mata aku dari terus mengantuk.
dapat jugak buat senaman ringan pagi ni,sebab tak nak lemak-lemak menguasai dunia aku!.
kalau semalam aku story dekat korang sal bayi kan,hari ni aku saje je nak share ape yang aku buat dengan missmyamira pada khamis lalu,
disebabkan kami ni agak renggang dua tiga bulan ni,so she ask me to round one of jam'iah albayt ni,sambil-sambil makan icecream.

dah alang-alang she bring the camera along with us,aku ape lagi,start r photoshot bersama dia.
and she be a model for that day.ape lagi suka la budak tuh.

dan gambar diatas itu hasil dari tangan aku,act banyak lagi,tapi malas nak post banyak-banyak pagi buta ni.cuma agak lain sedikit sebab gambar itu telah aku edit sedikit,ada yang aku sepiakan ia.dn aku letak kan mylink.
.saiabaekhati.blogspot.
betul lah kan tak semestinya camera DSLR yang aku duk gila-gilakan saje dapat bagi gambar itu jadi lawa.camera biasa pun dapat.cume kalau diberi peluang sure aku nak camera DSLR tu.

oke.going to out now!nak pegi kelas!

dia adalah anugerah dari ALLAH.


gambar ini sekadar hiasan,isinya nanti tiada kena mengena okey.

mukanya memang suci dari sejak dia dilahirkan,
dia bersih dari dosa,
dia tidak mengetahui apa-apa,
yang dia lihat hanya warna warni yang bermain disekeliling dia,
kalau dia lapar dia akan menangis,
dan kalau ada yang mengusik dia,dia akan senyum,

tapi kecerian yang keluar dari mata dia bukan lah selamanya indah,

kerana,ada dikalangan dia akan dibuang selepas lahir,
kenapa?malapetaka apa yang dibawa sampai mereka dibuang,

baru2 ini di china,satu berita yang amat mendukacitakan,
apabila seorang perempuan telah mengeluarkan janimnya,
selepas itu telah merebusnya,
dan kemudian dimakan janim itu,
dan satu ayat yang keluar dari mulut mereka yang makan janim tersebut adalah.
"sedap"
manusia jenis apa kah kamu semua?
memang dia bukanlah seorang islam,tapi,tidak timbul kah dalam hati mereka bahawa bayi itu adalah manusia jua,
tidak timbulkah rasa belas kasihan dalam jiwa mereka?
seluruh jiwa dan raga aku terketar2 mendengar cerita tersebut,keluar segala jernih airmata aku kerana perbuatan manusia itu,
ada jugak mulut-mulut yang mendengar cerita ini mengatakan,
"zalim"
memang,kalau boleh bukan setakat zalim aku nak bagi segala jenis raja permaisuri zalim tu kalau ada aku nak bagi dekat manusia itu.
tapi siapa kita,kita hanya mampu menbenci kejahatan yang bermain didepan mata kita bukan,kita tidak cukup kuat untuk melawan semua ini,
apa yang kita dapat buat adalah berdoa,agar mereka semua diberi petunjuk oleh
ALLAH.

sayangilah mereka.kerana mereka anugerah dari ALLAH,dan sebelum kita meningkat dewasa kini kita jua sama seperti mereka.

Tuesday, March 15, 2011

ada rasa habuk dekat mata tak

hai,lame kan tak post story2 dekat sini,sory sangat i'm so busy lately ni,ada exam lagi,petang tadi baru settle,alhamdulillah,
erm,okey what the news now?ape erk,tak tau la,tapi yang pasti alhamdulillah semangat semakin kuat untuk terus hidup,

exam tadi tersangat la lucu,sebab aku memang tak paham soalan yang doc bagi yang soalan last tapi semoga semuanya berjalan dengan baik,dan natijahnya berpatutan dengan usaha aku.
bila tengah kusyuk sangat tengah jawab2 exam tadi,terpandangla sorang budak arab ni,
dia punya syarah panjang gila la beb,sampai habis satu mukasurat kertas tu dia syarah,hmm,aku pun tak tau la ape yang dia syarah,tapi bagi mereka suatu kebiasaan sebab tengok tempatla kami study dekat mane bhai,

kalau dekat malaysia dulu nak bukak buku pun tunggu mak dengan ayah suruh dulu,tapi
alhamdulillah dekat sini aku berada dekat dengan kakak aku berdua ni yang memang kuat sangat study,dan memang best student la,
kakak:saya mahu jadi macam awak!cemerlang,

kalau rasa hati tak kuat dengan dugaan dekat sini aku cepat2 ingat yang aku jauh dari keluarga,
kalau ada je masalah yang datang menimpa,aku cepat2 ingat aku kena matang untuk hadapi semua ini,
sebab kata orang,aku dah 20,memang angka usia bukan melambangkan kematangan
seseorang.tapi aku rasa dah sampai masa untuk aku mematangkan diri aku sendiri,

kalau nak piki pasal kawan,atau sahabat sampai akhirat pun tak habis bukan,
sebab aku tau zaman sekarang susah sangat nak cari kawan yang sanggup mati kerana kawan bukan,salah aku ke semua ini terjadi?
kadang2 aku pelik,kenapa mereka yang dulu memang rapat gile dengan aku dulu,
sekarang,nak tengok batang hidung mereka pun susah,
adakah sebab aku jarang bertanya kaba korang?
kalau dulu semua nak sekali,tapi sekarang aku jalan pun sorang2.
aku rasa lagi baik aku kawan dengan orang yang aku tak kenal dari kawan dengan orang yang memang aku hormati,

apa yang aku harapkan selalu,
ikatan aku dengan kalian akan berkekalan sampai bila2,
memang aku kalau berkawan aku akan masuk kan terus dalam hati aku,
dan apabila aku berkecil hati,susah utk sembuhkannya,

tapi,jangan khuatir,kerana semua itu hanya ada pada diri aku yang dulu,
kerana sejak beberapa hari ini,satu anjakan paradigma telah menembusi kedalam hati,minda dan jugak jiwa aku,

terima kasih ALLAH kerana hadiahkan aku ujian yang membuatkan aku lebih matang untuk menghadapinya,
dan aku tau,ENGKAU tidak akan memberi ujian yang tidak mampu kami tanggung,

ALLAH

Thursday, March 10, 2011

alasan yang tidak munasabah.

sekali aku berkawan sampai bila2 aku ingat mereka kawan aku.

even orang buat jahat dengan kita,
jangan kita balas setimpal dengan apa yang dia buat pada kita betul tak?

Thursday, February 24, 2011

rasa ini.

PERTAMA.
program ini akan diadakan pada hari esok,mula2 ingat tak nak join,tapi atas nasihat dari senior dapat jugak aku pikir2kan benda ini,dan setelah aku piki semalam,petang tadi nasib masih menyebelahi aku,apabila sempat lagi nama aku menduduki tempat didalam dewan mudarrash husinn ini,

ye aku tau PERTAMA ada banyak manfaatnya,bukan aku tak nak join tapi mungkin ada alasan2 aku yang aku rasa biar aku sorang je tau bukan,

satu aku nak share,dan aku rasa time2 macam ni mulala aku nampak muka yang tek seberapa nak senyum dekat orang sekeliling nya bukan,
semua sudah sedia maklum bila bekerja untuk salah satu program yang melibatkan
3jamiah,pasti keletihan itu terasa,dan kepenatan itu pasti terpancar jelas dimuka kamu semua bukan,

bukan nama yang kita pinta bagi salah satu program,tapi bergantung pada niat masing2,
aku bukan lah siapa2 dalam program ini,tapi aku sebagai pesertanya,
aku tau letih melayan kerenah manusia2,
mungkin aku tiada banyak pengalaman,tapi aku pernah merasai semua itu,

senyumlah walau pun sedikit,kerana ia pasti akan membuatkan keltihan kita hilang dengan sekelip mata,kerana keikhlasan yang terpancar pada muka kita.

Wednesday, February 16, 2011

salam maulidur rasul buat kamu semua,

assalamualaikum,even terlewat satu hari tapi aku tetap ingat 15022011 adalah hari maulidur rasul,
selawat buat baginda sentiasa dibibir kita insyaallah,

ada orang pernah tanya aku kalau kita dapat jumpa nabi muhammad s.a.w ape kita nak cakap padanya...
jawapan pertama aku,terlalu banyak benda aku nak cakap dengan baginda,
siapa yang tak nak jumpa nabi kita bukan,
kadang-kadang aku sendiri leka bila satu hari aku tak teringat pada baginda,
kadang-kadang jua hati mudah sangat sebak dan airmata terus mengalir apabila sesuatu program dijalankan dan isu rasul menjadi santapan pertama buat kita bukan,
kalau satu hari sekali selawat buat baginda pun sudah cukup menandakan kita amat mengingati baginda bukan,

sebelum kewafatan baginda kalimah yang keluar dari mulut baginda adalah
ummatku sebanyak 3kali,betapa baginda kasih dan cinta kpd kita ummat baginda yang terakhir,ummatnya yang akan memperjuangkan agama islam,
ketika disaat-saat malaikat maut ingin mengambil nyawa baginda,baginda berkata biarla sakit ketika malaikat maut mengambil nyawanya asalkan kesenangan bersama ummatnya.kasih dan cinta baginda buat kita tidak terhingga,
sedarkah kita tentang itu semua,jika baginda masih hidup ketika ini,
pasti akan terlihat titisan airmata melihat ummatnya pada zaman kini,,
takut kan,sayu apatah lagi bila terdengar kisah-kisah baginda yang sanggup dilemparkan najis oleh kaum kafir ketika mengerjakan solat,
tapi kita kini hendak menengur yang mungkar sudah tidak berdaya,apatah lagi suatu hari ingin berdakwah buat mereka yang sesat.
bagaimana hendak memancing mereka yang kufur kembali kejalan yang diredhai.

benar suatu hari islam akan bangkit kembali,
tahukah kamu siapa yang akan memperjuangkan agama kalau bukan kita.
kita adalah umatnya yang terakhir,
kumpulkan kekuatan kita semua untuk sama-sama memperjuangkan agama kita suatu hari nanti.

cintailah baginda melebihi cinta kita pada manusia yang lain,
lebihkanlah baginda melebihi segala benda yang ada didunia ini,
kerana diakhir jalan nanti kembali kita hanya pada ALLAH,
dan jalan yang dihujungnya nanti kita akan mencari nasab kita yang sebenarnya yaitu
NABI MUHAMMAD S.A.W

namun selemah-lemah iman adalah penyedaran dalam hati kita sendiri bukan,
pasanglah impian untuk bertemu baginda kerana aku tahu walau gila mana pun otak kita sebagai anak muda,terdetik jua dalam hati kita untuk mengingati nabi kita bukan,
kerana itu jua,ALLAH masih lagi memberi kesedaran iman dalam hati kita,
gembira mana pun kita,atau pun kesedihan itu melebihi kegembiraan kita,
kembalilah hanya pada ALLAH n RASUL kita.
percaya bukan di suatu sudut ALLAH n BAGINDA sedang menyaksikan segala perilaku kita bersama.pasti akan timbul rasa sedih dihati BAGINDA melihat kita sekarang,

sedarlah hati even sedikit,hari-hari kamu pasti bermakna:)
hati yang sentiasa alpa dan leka dengan dunia,kesedaran ini buat hati aku sendiri...

wassalam...sahabatku sekalian.

Saturday, February 12, 2011

ceritaKAMIbertiga

kadang-kadang hidup ni susah sangat nak duga benda yang akan berlaku pada masa hadapan,senang cerita esokla,aku selalu tengok orang menangis dan jugak ketawa,
tapi aku tak tahu ape sebenanya masalah yang dialami dalam jiwa mereka kan,
nasib aku.aku pun tak tahu lagi,entah ape akan jadi pada aku esok,aku pun kurang pasti,
bersama mereka aku banyak belaja perkara yang sepatutnya aku tahu dari dulu,
antara kata-kata mereka,
:jangan biarkan diri menjadi hamba CINTA:
:kalau tak bercinta baik tak payah lansung kenal dengan cinta itu:
:hidup kena berfikiran terbuka:
kami kongsi banyak benda bersama,even aku kenal mereka disini,tapi aku tahu mereka baik dengan aku,

kakak sayang:
sabarla menghadapi dugaan dari allah,kalau selalu kakak yang bagi nasihat buat nida,
apa kata kali ini kakak biarkan hati kakak itu berkata utk minda akak,okey?
akak:gudlark utk esk,,nida tau kakak pasti dapat buat soalan dari doc nanti,

kadang2 hati kuat berbisik,tak sabar menanti kehadiran mei tahun ini...
k.long tggu nida yer.

Friday, February 11, 2011

.rindu dekat awak sangat gulagula.

serius badan ni rasa letih sangat sangat,mata pom dah layu tak bertempat dah,idea pun dah tak datang mencurah-curah dah sekarang ni,
semua gara-gara BOLATAMPAR utk KARISMA,

kurang masa dah sekarang nak duduk depan natty ni sambil goyang kaki macam dulu,sebab banyak sangat kerje nak kena buat,
sampai mood pom kadang-kadang tak menentu,

aku penah terfikir ada orang cakap,
kalau nak seribu daya,taknak seribu dalih kan,
aku rasa aku dah alami benda tu,aku tak tahu la kenapa manusia ni suka sangat memberi alasan,sampai dah tahap aku meluat dengar manusia bagi alasan,
kalau tak nak tak payah bagi alasan ka babe,

kalau dulu korang online aku pun mesti online kan,sekarang?tentu korang heran kan,
aku mintak sangat sorry sebab emosi aku tak menentu sekarang ni,
mood kekurangan.

Tuesday, February 8, 2011

.menyepi seketika.

olla,hahak,assalamualaikum,dan selamat malam semua,lame kan tak dengar aku punya cerita,ape sihat ke tidak aku ni kan,entah entah pitam kt tepi jalan pun korang tak tahu,nak tahu macam mane bukan nya korang ada dengan aku kan,

act,aku a little bz right now,sebab sekarang kan dah bukak fasa baru so,macam banyak sikit benda nak kena buat,homework pun dah jadi bertimbun,
kalu dulu boleh la nak main main sekejap,tapi sekarang macam nak duduk duduk diam ambik miss natty letak kedebak atas katil pun dah jadi kurang dah sekarang,
dengan latihan bola tampar untuk karisma lagi sekarang,adoi bai,bz wey.
tapi tiba tiba je malam ni lepas je siap semua kerje aku,terus je tangan aku mencapai miss natty ni teringin nak tgk gulagula aku macam mane kan,

so,aku nak sharing something,tapi aku tak tahu la nak sharing or nak gtau sebenanya,
tuptup aku teringat kan kawan aku dekat malaysia,
dulu kalau aku nak make something decision aku mesti akan tanya kawan aku,kalau aku nak pegi mane mane aku mesti akan plan dengan kawan aku,
everything yang aku nak lakukan,aku akan make sure kan kawan aku ada sekali,
tapi aku tak sedar satu hari aku akan berjalan sendirian jua,aku tak sedar aku kena buat keputusan mengikut kata hati aku,bukan dengan mendengar orang lain memberi jawapan bagi aku,
bila aku kat sini aku banyak belaja dari mereka-mereka yang berpengalaman,
aku mula sedar kurangnya aku dimana,aku mula cuba nak mendisiplinkan diri aku,

confirm,tahun ni aku balik,tapi satu bulan aje,
okey bai,eheheheheh,kejap,post ni aku tak penah nak tuju kt sesape,
humaira' jangan la ko pulak terasa hati dengan aku,aku saja je post ni hilang kan borim aku.

Saturday, February 5, 2011

belajar untuk menerima sesuatu...

hai,okey seriusly aku cakap aku seorang yang memang agak susah nak menerima sesuatu kenyataan,aku tak tahu kenapa,maybe sifat manusia yang lahir dalam bulan mei macam ni erk,aku penah terbaca dalam horoscope yang mengatakan mereka yang lahir bulan 5 ini,susah untuk menerima teguran orang lain,dan jugak susah nk menerima sesuatu perkara yang berlaku pada dirinya,tu la kelemahan aku,

aku ingat lagi satu ayat yang mengatakan'bila kita sayang seseorang tu tak semestinya kita memiliki kan'
dan'bila kita menginginkan sesuatu perkara itu tapi ALLAH tak kasi.mungkin jugak ALLAH nak bagi yang lagi baik dari apa yang kita mahukan kan,'
dan'sesungguhnya allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita kan'

kalau aku berinteraksi dengan kawan-kawan aku,selalunya kami akan pertahan kan pendapat kami masing-masing,sama-sama tak nak mengalah,selaulnya part macam ni aku akan jadi sedikit emo,aku pom tak tahu kenapa,
tapi,kadang-kadang aku cepat tersedar dan aku akan biarkan otak aku mula berfikir mungkin allah yang nak tegur aku sebenanya,

keyakinan yang aku perlukan dalam diri aku jugak aku tak tahu nak cari dimana,
sampai aku dah dapat study ke overseas ni pom aku masih lagi tak dapat nak independent,patut la mak aku penah cakap dulu,
'boleh ke awak study jauh-jauh nida?'
aduh bai,
kalau dulu-dulu aku selalu gaduh dengan kaklong,
dia selalu cakap,'memang sah la ko ni nida tak boleh nak terima pendapat orang pun'

kalau nak dihitung dan dibilang terlalu banyak kelemahan yang ada pada aku.
'nurhasnida'
tapi tu la,aku pom dah tulis terang-terang lagikan menyerlah dah kan,
kalau kenal aku,kenal dulu dengan kekurangan yang ada pada aku,

dude!esk start kelas markazlughah dah,wey takut bai,mane tak nye dengan doc ibrahim,
sebab tu aku cakap tadi,kalau ALLAH tak bagi apa yang kita mahukan mungkin ALLAH dah tentukan sesuatu yang lagi baik buat kita tuk masa hadapan,
tengok yang ini la,aku nak dengan doc kamal,tapi sudah tertulis aku dengan
doc ibrahim..
so,don't think to much nida!make clear kan mind u...
sebab esok you nak kena face to face dengan ramai students kan,
dah la nida,ape ko mencarut pom aku tak tau,


hari esok kita tak tahu apa yang bakal berlaku!
alwanys think positiv!
buat semua orang tersenyum dengan kamu!
see you next time dear blog!

Friday, February 4, 2011

nothing


gambar ini diambil ketika kami nak pegi jalan-jalan
dekat balai polis

betul la kata orang-orang ni kalau nak post something ni nak kena ada idea yang betol-betol cukup kot,tapi tu la bagi aku,apa aku rasa aku tulis,kalau aku rasa hari ni aku nak tulis aku tulis,
selama seminggu start kuliah ni,adoi bai macam rasa nak tidooo kat birai-birai jalan kot,kena berkejar-kejar ke bangunan,lagi-lagi aku punya jadual memerlukan energy yang sangat2 stabil kot dude,mane tak nye bangunan aku punya kuliah bukan nye dekat bai,satu kutub utara,satu lagi kutub selatan kot,tapi aku suka kot keadaan macam ini,
sebab outimatik aku akan cepat bergerak,dah tak piki banyak benda,jalan pom dah tak pandang orang kat sebelah aku,sampai kalau jalan dengan kawan aku,aku boleh aje tinggal dia kat belakang,
tapi bila kawan aku start kuliah tu kawan aku cakap best jugak terkejar-kejar macam ni nida,
best la sangat,okey,aku nak share lagu sikit,sebab dalam bilik aku ni ada kakak-kakak
yang memang minat gila dengan lagu ni,


beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

okey,pen off.