Monday, May 23, 2011

ketenangan.

mata berkelip kelip menghitung masa untuk melihat kembali sinaran pada hari yang seterusnya,mengharapkan masa sekarang biarlah berlalu dengan pantas,
namun kenapa mata yang diharap pejam masih lagi segar,sudah berhari hari keadaan mmerelakan aku terus begini,roommate aku pun agak teperasan dengan keadaan aku sekarang,bila kat atas katil ni mula la keadaan gelisah memaparkan yang aku memang tak boleh tidur,aku mencari ketenangan itu,

aku cuba mengosongkan minda aku ketika ini,aku letih untuk berfikir sesuatu yang belum pasti tujuannya,namun,aku tak mampu,selalu memberi nasihat buat orang lain,namun dalam hati semua aku simpan,aku mengharapkan kalau mereka saling menyayangi pastikan sayang itu ikhlas dari hati,aku tak mampu melihat penderitaan orang lain,kerana mereka semua teman aku.

percaya dan yakinlah,
letakkan insan yang kau sayang dalam hati kerana ALLAH,dan bila kau percaya pada ketentuan darinya kecewa yang kau rasa tak akan membuatkan kau mahu berputus asa macam manusia yang tiada arah untuk hidup.

aku mengharapkan hari esok masih lagi ada sinar buat aku dan dia.
dan yang pasti aku masih lagi menantikan sesuatu yang baik buat aku di penghujung perjalanan aku.

ikhlas sukar diperolehi:

No comments:

Post a Comment