بسم الله الرحمن الرحيم
selamat bersua wahai tahun 2012,terkubur sudah tahun 2011,
banyak kenangan yang tak dapat dilupakan untuk tahun 2011,
namun kenangan itu biarlah menjadi kenangan,
kerana perjalanan kita masih panjang,
selalu sangat kita pasang impian baru pada tahun baru,sedangkan impian yang lepas belum tertunai,kira bagusla tu kan,sekurang-kurangnya kita ada impian,
bagaimana mereka yang hidup tanpa impian,tanpa arah tuju,waallahuallam,
perit bila terkenang terlampau banyak ujian yang diberi,namun masih tetap bersyukur kerana kau salah seorang insan yang menjadi pilihan ALLAH,kerana ALLAH tidak akan memberi ujian pada hambaNYA yang tak mampu untuk menerimanya,namu aku berharap ALLAH maafkan segala dosa-dosa kita yang lalu,
peganglah kata-kata ini,semalam adalah sejarah bagi kita,hari ini kenyataan yang terpaksa kita lalui,dan esok adalah satu permulaan yang baik untuk kita memulakan langkah untuk menjadi lebih baik dari hari ini dan semalam,namun ingat jua,kita hanya merancang ALLAH yang menetapkan,kerana,ALLAH adalah sebaik-baik perancang,
terlalu banyak kekhilafan yang berlaku pada masa yang lalu,aku berharap untuk masa-masa akan datang kekhilafan itu dapat digantikan dengan sesuatu yang berfaedah nanti,buat mak ayah,dan muslimin muslimat nanti,
manusia boleh berubah kerana sayang,so why not letakkan sayang kita kepada ALLAH melebihi segalanya,pasti satu masa kita akan menjadi insan yang lebih baik dr hari ini,peringatan buat diri!
kadang-kadang kita terlupa,atau kita terleka,bahawa kata-kata dari luar bukanlah sesuatu yang elok untuk didengar,so bila kita tidak tahu sesuatu kisah itu betul atau tak,lebih elok tanya dulu tuan empunya badan,
kita ingin mengelak dari berlakunya fitnah atau dosa,
sebab itu diam bukanlah tanda kita salah,namun kita buat orang terfikir sama ada betul atau tak cerita itu,
dan itu salah satu sifat org yang benar.tidak cepat melenting.tidak cepat marah.
dan cuba belajar untuk memaafkan orang lain,kalau ingin hati kita tenang.
kerana manusia sentiasa melakukan kesilapan.muhasabah diri adalah penting buat kita.
dan semoga kita makin matang untuk menghadapi masalah serta menanganinya nanti.
dan sekarang aku sudah 21!ulang okey 21.makin dewasa!
semoga ALLAH sentiasa ada didalam hati dan minda.
Selamat tahun baru kak nida :D hee Semoge happy selalu ><
ReplyDeleteselamat tahun baru jugak dikk.
ReplyDelete