Wednesday, February 16, 2011

salam maulidur rasul buat kamu semua,

assalamualaikum,even terlewat satu hari tapi aku tetap ingat 15022011 adalah hari maulidur rasul,
selawat buat baginda sentiasa dibibir kita insyaallah,

ada orang pernah tanya aku kalau kita dapat jumpa nabi muhammad s.a.w ape kita nak cakap padanya...
jawapan pertama aku,terlalu banyak benda aku nak cakap dengan baginda,
siapa yang tak nak jumpa nabi kita bukan,
kadang-kadang aku sendiri leka bila satu hari aku tak teringat pada baginda,
kadang-kadang jua hati mudah sangat sebak dan airmata terus mengalir apabila sesuatu program dijalankan dan isu rasul menjadi santapan pertama buat kita bukan,
kalau satu hari sekali selawat buat baginda pun sudah cukup menandakan kita amat mengingati baginda bukan,

sebelum kewafatan baginda kalimah yang keluar dari mulut baginda adalah
ummatku sebanyak 3kali,betapa baginda kasih dan cinta kpd kita ummat baginda yang terakhir,ummatnya yang akan memperjuangkan agama islam,
ketika disaat-saat malaikat maut ingin mengambil nyawa baginda,baginda berkata biarla sakit ketika malaikat maut mengambil nyawanya asalkan kesenangan bersama ummatnya.kasih dan cinta baginda buat kita tidak terhingga,
sedarkah kita tentang itu semua,jika baginda masih hidup ketika ini,
pasti akan terlihat titisan airmata melihat ummatnya pada zaman kini,,
takut kan,sayu apatah lagi bila terdengar kisah-kisah baginda yang sanggup dilemparkan najis oleh kaum kafir ketika mengerjakan solat,
tapi kita kini hendak menengur yang mungkar sudah tidak berdaya,apatah lagi suatu hari ingin berdakwah buat mereka yang sesat.
bagaimana hendak memancing mereka yang kufur kembali kejalan yang diredhai.

benar suatu hari islam akan bangkit kembali,
tahukah kamu siapa yang akan memperjuangkan agama kalau bukan kita.
kita adalah umatnya yang terakhir,
kumpulkan kekuatan kita semua untuk sama-sama memperjuangkan agama kita suatu hari nanti.

cintailah baginda melebihi cinta kita pada manusia yang lain,
lebihkanlah baginda melebihi segala benda yang ada didunia ini,
kerana diakhir jalan nanti kembali kita hanya pada ALLAH,
dan jalan yang dihujungnya nanti kita akan mencari nasab kita yang sebenarnya yaitu
NABI MUHAMMAD S.A.W

namun selemah-lemah iman adalah penyedaran dalam hati kita sendiri bukan,
pasanglah impian untuk bertemu baginda kerana aku tahu walau gila mana pun otak kita sebagai anak muda,terdetik jua dalam hati kita untuk mengingati nabi kita bukan,
kerana itu jua,ALLAH masih lagi memberi kesedaran iman dalam hati kita,
gembira mana pun kita,atau pun kesedihan itu melebihi kegembiraan kita,
kembalilah hanya pada ALLAH n RASUL kita.
percaya bukan di suatu sudut ALLAH n BAGINDA sedang menyaksikan segala perilaku kita bersama.pasti akan timbul rasa sedih dihati BAGINDA melihat kita sekarang,

sedarlah hati even sedikit,hari-hari kamu pasti bermakna:)
hati yang sentiasa alpa dan leka dengan dunia,kesedaran ini buat hati aku sendiri...

wassalam...sahabatku sekalian.

2 comments:

  1. oke syg . i'd aware to that. thanks for reminding me . bunch of love from me ! <3

    ReplyDelete
  2. love you to dear<3 hidup kita kena sama2 mengingati bukan.

    ReplyDelete