bangunnya aku dari lena pagi ini,aku yakin dia sudah selamat tiba dipangkuan keluarga tercinta,
perit melihat dia menangis membuatkan aku seorang yang cukup tabah menghantar kepulangannya,
walau beribu dugaan datang menghampiri hubungan kami namun aku tetap yakin padaNya,
kerana itu Allah uji kami sehingga kami tahu bagaimana utk mengatasi semua ini,
walaupun disaat-saat akhir kepulangannya,kami bukan bersama,
aku yakin disuatu sudut hatinya pasti terukir indah namaku sebagai salah seorang insan yang banyak mengajar suka dan duka dalam kehidupannya,
aku menghargai segala kenangan antara aku dengan dia,
dan aku mengingati semua cerita yang disampaikan buat aku,
aku bersyukur kerana suatu saat dulu aku pernah jadi salah seorang yang bertahta dihatinya,
aku tahu dia jua berusaha utk melakukan yang terbaik didalam hubungan kami,
kerana itu aku yakin dengan dia sehingga kesaat ini,
kerana itu aku tidak putus berdoa agar dia kuat utk hadapi segala ujian yang bakal berlaku nanti,
dan kerana dia juga manusia aku hormati segala kekurangannya dan aku besar besarkan kelebihan yang dia ada,
dan kerana ujian itu indah,aku yakin dia yang akan bersama dengan aku berjalan seiringan menuju kekampung halaman kami disyurga kelak,
aku akan pastikan bila dia tersungkur tangan aku yang akan menyambut dia untuk bangkit kembali bersama berjuang untuk kesyurga itu nanti,
dan aku akan pastikan aku sentiasa di belakang dia untuk menolak dia kehadapan,
aku akan pastikan jua bila dia terjatuh,tangan ini yang akan dia gapai utk bangun kembali,
walau jarang kami luangkan masa bersama,
namun aku pasti dalam doanya ada disebut nama aku,
kerana ukhuwah itu lagi indah bila kita mengingatinya didalam doa kita bukan,
aku bersyukur kerana dengan dia aku belajar banyak benda,
aku belajar indahnya berukhuwah,
aku belajar indahnya bersabar,
aku belajar menjadi seorang kakak yang akan melayan adiknya bila adiknya lapar,
bila adiknya ingin dimanjakan,
bila adiknya mengadu kesakitan,
bila adiknya merajuk,
aku akan terus tersenyum bila mengingati segala kerenahnya,
yang mana dia selalu terlupa barang dia,
dia akan senyap bila aku tengah marah diatas kecuaian dia sendiri,
dia akan bermain-main dengan hidung aku,
saat kami selalu berbalas-balas wall ke wall,sedangkan kami bersebelahan,
aku akan mengingati saat-saat dimana aku akan biarkan dia tidur dulu untuk melihat ketenangan diraut wajahnya,
untuk memastikan setiap hari yang aku lalui aku dapat merasai keyakinan itu,
bila aku jatuh tersungkur,dia tidak mahu aku susahkan untuk menggapai tangan aku,
kerana itu aku harus kuat untuk dia,,
kerana aku yakin dia tahu aku lebih mengenali dia,
jadi dia tetap berpaut pada aku,
aku pasti akan terus berdoa agar Allah tetapkan keikhlasan dan keredhaan hati-hati kami untuk semua ini,
maafkan segala kekurangan diri,dan kelebihan itu kita manfaatkan bersama,
sungguh saya sayang Izyan Hayati ismail.
pastikan anda tidak lupa nama saya,
NurHasnida Che Abd Hamid.
lot's of love:NurHasnida :P
coretan si kakak buat si adik...;) ukhuwahfillah...
ReplyDelete