Saturday, December 22, 2012

kosong

22disember2012
751pm.

aku berjalan,menyusuri stadium universiti albayt,aku tidak tahu mana arah tuju aku,begitu ramai manusia yang menyesakkan fikiranku,begitu ramai juga yang bergelak ketawa bersama,namun jiwa aku kosong.

ya,mereka begitu gembira sehingga mereka tidak terperasan aku disisi mereka,bersama jiwa yang kosong,
aku tidak meminta untuk diberi perhatian,kerana aku tidak mahukan perhatian.

lalu aku keluar mencari secebis udara petang,agar aku bisa bernafas dengan bebas,niat dihati cuma ingin melihat suasana petang yang indah dengan hiasan oleh PENCIPTA dunia,namun tidak aku sangka,ketika berjalan airmata laju mengalir,mengalir dan terus mengalir,sungguh aku rasa kosong,

tiada lagi surat cinta dr ALLAH,tiada lagi sujudku pd lima waktu yang tetap DIA panggil tidak kira masa,
mungkin kerana itu aku rasa kosong,bukan mungkin,namun memang sah kerana itu.

fikizal,mental,jasmani,rohani,dan paling utama jiwa aku begitu lemah,sangat lemah,tiada keceriaan pada nada percakapanku,susuk tubuhku makin hilang isinya,cengkung diwajahku begitu ketara kelihatan,
begitu besar dosaku pada RABBIku,kerana itu DIA uji aku sebegini rupa.

kata sahabatku,ucapkanlah alhamdulillah kerana ALLAH memberi balasan buatmu didunia,
diakhirat sana mungkin insya'ALLAH berkurang,siapa tahu,semua itu kerja ALLAH.

aku berdoa,dan aku terus berharap,biarlah mentari hari ini tenggelam dengan secepatnya,biar ia bawa semua tangisanku hari ini,kerana aku ingin hari esok jasmani,.rohani,dan jiwaku kembali yang lebih baik,lebik bagus,lebih baru,agar aku bisa bernafas dengan baik kembali,agar aku bisa berdamping dgn cintaku lagi,agar aku menjadi lebih sopan disisi kekasihku,

jadi,sama-samalah kita berdoa dan berharap.berhenti bersedih,krn hidup ini begitu singkat utk kita berlama-lama dalam kesedihan.

No comments:

Post a Comment