Friday, September 13, 2013

101.kisah

dia berjalan beriringan bersama junior adilah,meniti hari hari yang bakal dilalui disini,menghabiskan sisa sisa pengajian disini.tetiba dia menangis,adilah sempat mengusap belakangnya dan berkata,ukhti sabarlah,
masalahmu pasti selesai,lalu pantas saja dia menangis,dan berkata,akak teingat mak dan ayah dikampung,

sedih,hanya kerana kesilapannya pada dua sesi yang lepas,dia terpaksa membayar dengan dua kali ganda,
mana mak dgn ayah akak nak cari duit dik,akak masih ada banyak subjek yang berbaki,akak tak sanggup nak bagitahu mak dengan ayah tentang yuran madah yang mahal.

sabar kak,kita usaha selagi termampu,insyallah khaier,

kembali dia berkumpul bersama-sama mereka yang suka pada ukhuwah,dan dia tersenyum,namun hati dan fikirannya masih memikirkan hal yang sama.tenang?sudah tidak tahu apa makna tenang selagi masalah ini belum selesai.

awak tahu,kalau dulu ada senior yang rapat sudi tolong akak utk hal ini,tapi hari ini senior sudah tiada,akak doa supaya ALLAH yakinkan hati akak untuk akak terus bertahan berjalan meniti kehidupan sebagai seorang siswi disini.

dia kembali pulang dengan fikiran yang berserabut.lalu terdengar laungan azan memanggil agar disegerakan tugasan pada yang Maha Esa.
lantas dia kembali menangis ditikar sejadah,meluahkan segala rasa pada Pencipta semesta alam.
lantas hatinya yakin,kuat mengatakan pasti ada jalan pada masalah yang berlaku.lantas dia bermonolog sendiri didalam hati,ini baru sikit ujian yang menimpa,masih ramai yang begitu banyak masalah yang menimpa,namun tetap biasa,tenang,dan seharusnya riak itu yang patut dia pamerkan buat mereka yang disekeliling.

ahad nanti dia akan cuba dan cuba lagi.insyallah dia yakin pasti ada yang ikhlas utk membantunya nanti.


No comments:

Post a Comment