Saturday, May 18, 2013

REDHA

akhirnya airmata laju mengalir,tidak dikisah orang ramai yang lalu lalang,sebelum ini Sarah cukup kuat menghadapi ujian dunia pada first dan second exam,tetapi untuk final ini,dia tidak mampu,

tanya jamilah,kenapa Sarah?Sarah jawab entah,aku tak tahu kenapa,tapi aku rasa down dengan paper hari ini.
Jamilah cakap mengapa,benda dah lepas,sekarang tawakkal je jalan kita,ye sebelum ini itulah yang Sarah selalu pegang,tawakkal,yakin,bergantung pada ALLAH sepenuhnya.
namun dia tidak tahu kenapa hari ini dia tidak mampu,

dalam waktu yang sama,Sarah call ibu di kampung,bila mendengar suara ibu,lagi Sarah sedih,ibu kurang sihat,
Sarah ingin menangis dengan ibu,Sarah cakap dekat ibu,Sarah tak dapat jawab exam tadi dengan baik,ibu cakap tak mengapa,insyallah tiada apa-apa semua akan baik-baik,dan Sarah ambil sedikit kekuatan disitu,Sarah yakin dengan kata-kata seorang ibu,kata-kata dan doa ibu tiada hijab kepada ALLAH.

dalam perjalanan balik kerumah,Sarah terfikir,mungkin usaha dia masih lagi tak cukup,dan ALLAH ingin lihat lebih lagi,mungkin juga dosa-dosa dia pd manusia yang buatkan dia tidak mampu menjawab dengan baik,
namun dia percaya,ALLAH telah melihat semua itu,ALLAH melihat dia menelaah matapelajaran.
apa yang perlu dia buat sekarang is berserah,bertawakkal,yakin,bergantung,dan doa jangan putus,
"cium sejadah tiap waktu,pasti ALLAH kasihan,kitakan hambaNYA"

dan akhirnya Sarah balik kerumah dan terus tidur,ada persediaan yang harus dia lakukan untuk menghadapi paper pada hari isnin nanti.Sarah selalu pesan dekat diri dia,ingat ALLAH akan bagi apa yang kita fikir,so dia kena selalu fikir yang baik-baik,

"dan hendaklah kepada ALLAH sahaja orang-orang mukmin bertawakkal"


 

No comments:

Post a Comment